Monday, June 3, 2013

Pasca #PRU13 : Kini Pemimpin PKR Diketuai @azminali & @ShuhaimiShafie Persoal Lantikan @saifnasution Sebagai Chief Of Staff @Khalid_Ibrahim


3 Jun 2013
Shuhaimi Shafiei

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjelaskan mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar yang didakwa tidak pernah dibincangkan secara lanjut dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, MPN Selangor juga ingin mengetahui skop kerja jawatan itu supaya lebih jelas peranannya.


“MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agong PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Manakala saranan MPN Selangor di Kongres ke-9 PKR di disanggah tidak mahu pentadbiran kerajaan negeri melibatkan orang politik,” katanya.

Shuhaimi menegaskan, semua posisi penting yang berada di pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan yang terdiri dari Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan ahli majlis adalah terdiri daripada orang politik.

Beliau juga mempersoalkan dengan pelantikan tersebut, bagaimana pula tafsiran tidak mahu orang politik berada dalam kerajaan dapat dipenuhi atau diabaikan.

“PKR Selangor bertegas saranan pemantapan organisasi melibatkan ahli Pakatan Rakyat (PR) berkelayakan perlu dilakukan dan menyokong apa juga usaha pemantapan secara menyeluruh perlu segera dilaksanakan bermula di pejabat MB, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pihak berkuasa tempat (PBT) dan seterusnya GLC lain,” katanya.

Beliau berkata, peristiwa seorang wakil rakyat PR dihalau keluar dari mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu segera ditangani kerajaan negeri kerana insiden itu memalukan keseluruhan sistem penyampaian pentadbiran kerajaan Selangor.

Malah katanya, PKR Selangor menekankan penglibatan anggota PR yang berkelayakan supaya dasar bersama PR boleh segera dimulakan bagi memenuhi mandat besar diperoleh dalam PRU13.
sinar harian

No comments:

Post a Comment