Friday, June 28, 2013
Lagi Orang Cina Desak Setiausaha Agung @Cmlimguaneng Beri Penjelasan Dakwaan Pindah Pemilikan Harta Parti Ke Akaun Peribadi #KLChronicle
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak menjelaskan dakwaan bahawa parti cauvinis Cina itu sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat percaya, aset dimiliki parti tersebut bukan sahaja bernilai jutaan ringgit malah ratusan juta memandangkan DAP yang berusia 47 tahun memiliki banyak hartanah dan bangunan di Pulau Pinang, Perak serta Selangor.
Menurut beliau, dakwaan tersebut turut relevan memandangkan realiti semasa kini menunjukkan Guan Eng berada dalam keadaan tertekan berikutan partinya kini berdepan dengan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) semula.
"Dalam perkara ini, Guan Eng perlu mengemukakan bukti sekiranya tindakan ini tidak berlaku. Perkara ini perlu kerana kalau tiada api mana ada asap?
"Sekarang DAP dan Guan Eng perlu memberi penjelasan kerana ramai ahli parti yang inginkan dia membuka mulut. Janganlah Guan Eng menuding jari kepada orang lain kali ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan yang turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.
Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.
Mengulas lanjut, Tuan Tat mendedahkan, ramai dalam kalangan ahli parti yang tidak bersetuju dengan sikap angkuh Guan Eng dan ingin menjatuhkan kepemimpinan Ahli Parlimen Bagan itu melalui CEC .
"Justeru, perkara ini disedari sendiri oleh Guan Eng menyebabkan dia berasa takut sehingga melakukan pelbagai tindakan-tindakan kontigensi dalam memastikan segala kepentingannya dalam parti tidak hilang," katanya.
Labels:
MALAY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment