Friday, June 28, 2013

Alhamdulillah Dividen ASN2 Sebanyak 7.10 Sen Seunit #KLChronicle

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) sebanyak 7.10 sen seunit bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2013.

Pengagihan pendapatan itu adalah yang tertinggi bagi ASN2 selepas 13 tahun.

Pada 2000, ASN2 mencapai pengagihan pendapatan sebanyak 9.00 sen seunit.



Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah pembayaran tersebut dijangka dapat dimanfaatkan oleh 8,145 pemegang unit yang melanggan 178 juta unit ASN2.

"Secara keseluruhan, prestasi ASN2 pada tahap memuaskan meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia mengalami suasana ketidaktentuan yang didorong oleh ketikdaktentuan ekonomi Amerika Syarikat serta krisis hutang Eropah yang berterusan.

"Selaras perkembangan ekonomi dan pasaran saham semasa, Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) telah bersetuju untuk memperuntukkan pembayaran sebanyak RM12.61 juta sebagai pembayaran pengagihan pendapatan ASN2 bagi tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengumumkan keputusan pengagihan pendapatan ASN2 di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

ASNB adalah anak syarikat milik penuh PNB, manakala ASN2 yang diuruskannya adalah sebuah dana ekuiti pertumbuhan.

ASN 2 telah dilancarkan pada 9 Jun 1999 pada harga tawaran RM1 seunit sehingga 31 Disember 1999 sebelum diurus niaga mengikut harga pasaran pada 6 Januari 2000.

Pada tahun 2000, ASN 2 mencatatkan kadar pengagihan pendapatan tertinggi iaitu sembilan sen seunit manakala pada tahun lalu, pengagihan pendapatan ASN2 adalah 6.50 sen seunit.

Tambah Ahmad Sarji, semua urus niaga bagi ASN2 di ibu pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan selama empat hari bermula 27 Jun 2013.

Katanya, penangguhan urus niaga ini adalah bertujuan untuk pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun 2013 seperti yang telah diumumkan. Urus niaga ASN2 akan berjalan seperti biasa bermula 1 Julai 2013.

Sementara itu, Hamad Kama Piah menambah, pihaknya mampu untuk membayar sebanyak 20 sen seunit ASN2 berbanding 7.10 sen seunit, namun lebihan itu akan dibawa ke hadapan selain tujuan pelaburan-pelaburan lain.

"Pasaran saham juga mempamerkan trend yang baik pada waktu ini dan semua amanah saham yang diuruskan di bawah ASNB termasuk Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Gemilang telah mencatatkan prestasi seperti yang dijangkakan," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130628/ek_02/Dividen-ASN2-sebanyak-710-sen#ixzz2XVcjJ3UJ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment