Tuesday, May 14, 2013

Pasca #PRU13 : Kenapa Melayu DIkatakan Racist Jika Rujuk Pada Peristiwa 13 Mei ? #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13 #Najib4PM


Pada tarikh yang penuh bersejarah ini, penulis ingin mengucapkan ‘Selamat’ kepada semua rakyat Malaysia.   Selamatlah kita atas keamanan, kestabilan dan kemakmuran setelah 13 Mei 1969 jauh meninggalkan kita.    

Kita bertuah kerana masih selamat hari ini walaupun begitu banyak cubaan dan asakan untuk menghuru-harakan negara.   Bukan kita tidak tahu bahawa bantahan terhadap keputusan PRU-13 hanyalah alasan yang sengaja dicari bagi menggerakkan anarki.    



Dan kita merasa kasihan kepada anak-anak muda yang menyertai himpunan bantahan tersebut tanpa mengetahui niat sebenar dan strategi licik pemimpin mereka menjadikan mereka umpan.  Namun, atas kecekapan dan kebijaksanaan kepimpinan dan pihak keselamatan negara, Alhamdulillah, penulis masih dapat mengucapkan ‘selamat’ kepada semua termasuk peserta himpunan yang sering mencemuh kepimpinan dan pihak keselamatan negara itu.  

Dalam peristiwa 13 Mei 1969, huru-hara bermula apabila pihak pembangkang Cina menganggap kemenangan 25 kerusi di pihak mereka, berbanding Perikatan 66 kerusi, sebagai satu kemenangan di pihak mereka.   Keadaan ini hampir menyamai apa yang berlaku hari ini iaitu BN menang 133 dan pembangkang menang 89 kerusi tetapi pembangkang menganggap yang mereka telah menang.  

Jika pada tahun 1969 mereka berarak meraikan ‘kemenangan’ itu, pada tahun ini pula mereka berhimpun untuk menyatakan ‘kemenangan’ mereka. Bukan satu kebetulan jika dilihat dalam kedua-dua insiden, kita menyaksikan pembangkang diwakili majoriti Cina. 

Jelas, bahawa kaum Cina sejak 1969 sehinggalah ke hari ini, membawa semangat dan sikap yang sama serta tidak pernah berubah.  

Nampaknya, 13 Mei 1969 tidak memberi apa-apa pengajaran kepada mereka selain menghimpunkan dendam kesumat yang terus membara.  Azam dan tekad mereka untuk menafikan kedudukan Melayu, serta merampas negara ini tidak pernah padam.   Keinginan untuk bersatu dan berbaik sangka sesama kaum lain, langsung tidak wujud dalam hati nurani mereka.  Yang mereka tahu adalah keuntungan maksima di pihak mereka.  

Orang Melayu, termasuk kerajaan tidak boleh terus menerus menafikan hakikat ini bagi pihak kaum Cina, semata-mata untuk menjaga hati mereka.   Orang Melayu dan juga kepimpinan Melayu tidak boleh bersikap ‘defensive’ setiap masa apabila berhadapan dengan asakan mereka.  

Melihat dari apa yang terjadi, wajarlah jika kita berhenti sejenak dan mengkaji langkah seterusnya dengan lebih mendalam.   

Adalah penting bagi seorang pemimpin untuk terlebih dahulu memahami siapa dan apa yang dipimpinnya.  

Hakikatnya, kaum Cina adalah kaum yang pentingkan diri, amat berkeyakinan serta mempunyai semangat dan jatidiri yang teguh.    Justeru, mereka memerlukan kepimpinan yang jauh lebih tegas dan berani.  Kerana itu Maharaja Cina malah Lee Kwan Yew sendiri membawa perwatakan tegas dan tidak bertolak ansur kerana hanya itu saja caranya untuk memerintah kaum Cina.  Jika tidak, pasti akan dipermainkan oleh pengikut mereka.  

Mengharapkan kaum Cina memahami erti ‘tolak ansur’ dan mengamalkannya adalah sesuatu yang mustahil kerana ia tiada dalam kamus hidup mereka.  Mereka akan tetap bertanya, ‘apa saya dapat dari tolak ansur itu?’.   Jika jawapannya hanyalah keamanan dan tidak berbentuk material, maka ia tidak memadai bagi mereka.  

Benar, bukan semua Cina begitu secara individu, tetapi mereka berpegang kepada sikap ini sebagai satu kaum secara bersepadu.   Sikap inilah yang mengekalkan Cina sebagai sebuah empayar sejak 2000 tahun dahulu - tidak lupus dan tidak mengecil sepertimana empayar-empayar yang lain dalam sejarah ketamadunan manusia.  

Memahami psikologi berbagai kaum di Malaysia adalah satu langkah penting dalam menuju pembaharuan dalam pemerintahan.   Konsep 1Malaysia tidak akan berjaya tanpa penyertaan kaum Cina.  Namun, penyertaan yang bersifat ‘pentingkan diri’ oleh pihak kaum itu juga tidak akan membawa apa-apa makna.  

Justeru, untuk memastikan keadaan kekal aman dan 13 Mei tidak berulang hanya kerana kaum Cina ingin berkuasa sepenuhnya dan merobek serta menghancurkan struktur negara ini, kepimpinan wajib mengambil pendekatan yang sama dengan Lee Kwan Yew mahupun Maharaja Cina dahulu.  Kajilah cara mereka dan gunakan pengetahuan itu untuk mengawal dan memimpin kaum Cina agar mampu berjalan seiring dengan aspirasi negara.   Tiada salahnya untuk belajar sejarah, walaupun dari musuh sendiri kerana sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu, dan sejarah juga adalah guru yang terbaik.  

No comments:

Post a Comment