Wednesday, May 22, 2013

Pasca #PRU13 : Akibat Perebutan Kerusi EXCO Selangor & Kononya Letih Selepas PRU, PKR Mungkin Tangguh Pemilihan Parti #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13


Pemilihan parti PKR yang sepatutnya berlangsung November tahun ini mungkin akan ditangguhkan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini yang memberikan alasan langkah tersebut diambil kerana mereka baru sahaja melalui pilihan raya umum sengit pada 5 Mei lalu.
Setiausaha agung PKR itu walau bagaimanapun berkata penangguhan memerlukan kelulusan dalam kongres dan perlu meminda perlembagaan parti.


“PKR menimbang untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya dijalankan November ini,” kata Saifuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini.


“Namun, untuk parti menangguhkan kami perlu memanggil satu Mesyuarat Khas Tahunan bagi dapatkan kelulusan dan pinda perlembagaan.”

Menurut Saifuddin (gambar) lagi, antara faktor utama penangguhan tersebut adalah kerana jentera dan ahli akar umbi baru sahaja melalui “pertempuran” iaitu dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
“Salah satu sebab penangguhan ini adalah kerana parti baru sahaja melalui satu 'pertempuran' sengit, iaitu pilihan raya umum ke-13 dimana banyak sumber dan tenaga telah digunakan.
“Saya juga sendiri telah menemui pihak  Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk memberitahu mereka tentang kemungkinan parti menangguhkan pemilihan,” kata Saifuddin lagi.
Menyentuh tentang Kongres Nasional Tahunan Ke-9 yang bakal diadakan hujung minggu ini,
Saifuddin menegaskan ia diadakan hanya untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh RoS memandangkan PKR tidak mengadakan kongres tahunan tahun lepas.
Saifuddin menjelaskan tiga usul utama dalam kongres kali ini ialah ucapan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, perbincangan tentang Pilihan Raya 2013 dan seterusnya tentang perancangan parti untuk bergerak ke hadapan selepas ini.
MENYUSUL LAGI

No comments:

Post a Comment