Demi agama, bangsa dan negara undilah Barisan Nasional pada hari 5 Mei nanti.
Jika tiada lain alasan untuk mengundi BN ingatkan tiga elemen penting dalam kehidupan sebagai rakyat Malaysia khususnya orang -orang Melayu.
Demi Islam kerana agama persekutuan akan dihapuskan oleh Dap dan PKR sekiranya mereka memegang tampuk kekuasaan tanpa Pas dapat melakukan apa-apa untuk melawannya.
Demi bangsa kerana bangsa Melayu dahulunya amat dhaif dan serba kebelakang dalam semua aspek kehidupan bail ekonomi, politik, agama, sosial mahupun pendidikan kini amat jauh berbeza kini sejak lebih 50 tahun BN memerintah.
Islam dijaga dengan baik, rakyat hidup dalam keadaan harmoni serta saling hormat menghormati sebagai satu keluarga besar yang ceria dan dinamik, ekonomi negara berkembang maju dengan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama serta negara aman, makmur dan keselamatan serta kedaulatan Malaysia terjamin utuh sentiasa.
Demi negara kerana tanpa kerajaan yabg stabil, kuat, mantap dan berwawasan di bawah pentadbiran BN, Malaysia tidak mungkin mencapai tahap kemajuan dan berdaya saing seperti yang dinikmati rakyat kini.
Demi ketiga-tiga prinsip asasi inilah kita bukan sahaja perlu tetapi wajib mempertahankan segala pencapaian yang telah dihasilkan daripada perjuangan dan penat lelah pemimpin-pemimpin terdahulu.
Bayangkan jika Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn yang sudahpun pergi mendahului kita tidak berbakti dan mencurahkan segala kederat dan memerah pemikiran mereka untuk memajukan negara tidak mungkin Tun Dr Mahathir mampu meningkatkan negara kepada status negara perindustrian.
Begitu juga ketika di bawah teraju Tun Abdullah Ahmad Badawi negara terus mengharungi kepesatan pembangunan yang telah diasaskan oleh lima Perdana Menteri sebelumnya.
Kini Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya dengan cemerlang melonjakkan lagi martabat serta maruah negara di mata dunia.
Melalui program transformasi yang beliau lancarkan pada permulaan perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri empat tahun yang lalu, dunia telah terpesona dan kagum dengan kehebatan pemikiran pemimpin seperti Datuk Seri Najib.
Bukan itu sahaja para penganalisa serta media antarabangsa telah memberi pengiktirafan yang amat luar biasa kepada kejayaan program-program di bawah dasar transformasi negara.
Inilah yang perlu kita pertahankan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, dahagakan penerusan hasil kemajuan ekonomi dan pembangunan yang pesat serta kemakmuran yang diberkati Tuhan.
BN sudah cukup menunjukkan bukti bahawa ia mampu menerajui sebuah kerajaan yang berjaya Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian dan menjelang tahun 2015 sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
Daripada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM5 bilion apabila negara mencapai kemerdekaan hampir 57 tahun lalu kini Malaysia berada di antara negara paling pesat membangun dengan KDNK kini melebihi RM1 trilion.
Pencapaian ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh atau dientengkan kerana tanpa usaha gigih para pemimpin melakar satu peta perjalanan pembangunan negara yang lengkap dan mampan, sudah tentu ini tidak mungkin dapat diperolehi.
Kemajuan sesebuah negara adalah hasil daripada pemikiran bijak pemimpinnya dan kebijakan pemimpin sesebuah negara datangnya daripada ilmu, keikhlasan serta komitmen tinggi yang terpasdak di dalam sanubari mereka.
Pemimpin yang korup, tidak beretika, kualiti kepimpinan yang lemah, moral serta akhlak yang rendah, sifat mementingkan diri melebihi pembelaan nasib rakyat akan membawa negara ke lembah kehinaan dan kemusnahan.
Tidak mungkin Malaysia boleh menjadi begitu maju dan dipuji seluruh dunia jika pemimpin-pemimpinnya mempunyai sifat-sifat sedemikian.
Oleh itu adalah amat penting rakyat menyedari jika mereka tersilap mengundi kerajaan yang lemah, segala hasil kerja dan kemajuan yang telah dicapai selama ini akan musnah dan hilang dalam sekelip mata.
Amat payah membina jaya selama 57 tahun berdiri sebagai bangsa yang merdeka dan mandiri tetapi amat mudah untuk melenyapkan apa yang telah dijayakan dengan keputusan yang silap.
Janganlah kita membuat keputusan yang salah kerana yang akan membayar kesilapan itu bukannya kita tetapi anak cucu dan generasi akan datang.
Sanggupkah kita menerima jika anak cucu kencing di atas kuburan kita kerana mereka terpaksa menanggung merana dan kesengsaraan disebabkan tindakan kita yang tidak mengambil kira masa depan mereka?
Sanggupkah kita menanggung beban dosa yang kita lakukan terhadap agama, bangsa dan negara kita jika Dap, PKR dan Pas berjaya mendirikan kerajaan persekutuan di Putrajaya?
Jika pembangkang memerintah maka lenyap segala impian untuk membela anak bangsa yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain.
Sanggupkah kita melihat anak bangsa kita menjadi pengemis dan bangsat di bumi dan tanah air mereka sendiri.
Inilah yang perlu difikirkan sebelum kita memangkah pada kertas undi pada 5 Mei nanti.
Memangkah pembangkang bermakna membuka ruang dan jalan bagi Dap menghapuskan secara sistematik segala yang menjadi hak orang Melayu daripada pendidikan, politik hinggalah kepada agama.
Azan tidak lagi akan berkemundang dari mikrofon di masjid-masjid, MARA akan dimansuh, semua kamous UiTM akan dibuka seluas-luasnya kepada pelajar-pelajar Cina dan India, tidak ada lagi biasiswa atau pinjaman pendidikan yang diperlukan oleh pelajar Melayu, Islam hanya wujud pada nama sahaja tetapi hakikatnya kedudukannya lebih rendah daripada agama Kristian, Hindu atau Buddha.
Hanya BN boleh dan mampu mempertahankan maruah dan hak bangsa Melayu.
Silap satu langkah satu generasi atau lebih daripada itu akan menerima akibatnya.
Selamat mengundi dan semoga Allah terus merahmati serta memberkati Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan BN.
ends
No comments:
Post a Comment