Perkasa akan mendesak untuk mendapatkan 60 peratus sasaran ekuiti Bumiputera dan kuota untuk kemasukkan di universiti tempatan, sekali ganda dari kuota 30 peratus sekarang, kata pemangku presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Abu Bakar.
Abd Rahman mengatakan, Barisan Nasional (BN) telah mendapat peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei, menyatakan Umno mendapat 88 daripada 133 kerusi Parlimen gabungan pemerintah itu, meningkat berbanding 79 kerusi dari 140 dimenangi BN pada Pilihan Raya 2008.
“Kita tidak meminta sesuatu yang tidak realistik,” kata Abd Rahman (gambar)dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider, membangkitkan Bumiputera adalah 67 peratus daripada populasi.
“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu,” tambah timbalan presiden Perkasa, merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan kemenangan lebih besar kepada Umno.
Abd Rahman walau bagaimanapun, mengatakan Cina sebagai tidak menghargai kerajaan dengan menolak BN dalam pilihan raya umum ke 13, walaupun analisis awal menunjukkan kelas menengah dan pengundi bandar telah menyokong Pakatan Rakyat (PR) tanpa mengira kaum.
“Jangan mencurah air di daun keladi,” katanya memetik pepatah Melayu merujuk kepada “pembaziran” usaha kerajaan BN untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina.
Tuntutan Perkasa meningkatkan kuota kaum akan menyebabkan kesukaran usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan reformasi dan menamatkan polisi berdasarkan kaum bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.
Malaysia baru-baru ini merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 4.1 peratus dalam suku pertama tahun ini, pertumbuhan paling rendah semenjak suku ketiga pada 2009, lebih rendah berbanding 5.5 peratus disasarkan oleh ahli ekonomi.
Apabila Najib mula-mula mengambil alih kuasa pada 2009, beliau mengumumkan pelan reformasi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan ketelusan dan menamatkan polisi afirmatif pro-Bumiputera.
Akan tetapi impian Najib telah ditolak untuk kumpulan hak asasi Melayu dan golongan konservatif dalam Umno. Beliau masih lagi belum berani dengan langkah besar untuk menamatkan hak keistimewaan berasaskan etnik — dilihat memberikan manfaat kepada elit Melayu berbanding majoriti yang miskin.
Abd Rahman juga mengatakan syarikat Bumiputera seharusnya diberikan keutamaan dalam projek mega kerajaan dan mendesak agar Kementerian Pembangunan Usahawan perlu dihidupkan semula untuk membantu peniaga Melayu.
Beliau menambah universiti awam seharusnya menyediakan 60 peratus kuota kemasukan untuk Melayu dan Bumiputera lain.
Abd Rahman juga mengatakan kerajaan seharusnya berhenti memberikan dana atau tanah untuk sekolah Cina dan Tamil, selain mengurangkan kemasukkan mereka ke universiti awam dan biasiswa kerajaan untuk pelajar dari sekolah kebangsaan.
“Kita juga mahukan pelajar Melayu dan Bumiputera diberikan biasiswa penuh,” katanya.
“Kerajaan harus pertimbangkan untuk meneruskan Sekolah Wawasan… mereka mempromosikan perpaduan,” tambah timbalan presiden Perkasa itu.
Abd Rahman juga meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menukar pinjaman mereka kepada biasiswa bagi pelajar Bumiputera yang mendapat gred 2.5 keatas dalam ijazah mereka.
Abd Rahman menegaskan beliau bukan “rasis”, mengatakan Perkasa hanya memperjuangkan hak Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kumpulan lobi Melayu itu dinaungi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mempunyai 407,000 ahli di seluruh Malaysia.
Abd Rahman mengatakan Perkasa mensasarkan untuk meningkatkan keahlian mereka kepada sejuta orang akhir tahun ini selepas pemilihan Perkasa pada September.
“Bumiputera seharusnya diberikan keutamaan di negara ini,” katanya.
SETUJU !
ReplyDeleteamat setuju!
ReplyDeleteAMBO SETUJU SANGAT ...HIDUP MELAYU...HIDUP ISLAM...
ReplyDeleteItu lah...jangan di jolok sarang tebuan...kan dah kena..Teruskan perjuangan PERKASA..
ReplyDeleteSETUJU! SETUJU! DAN SETUJU!
ReplyDeleteMacam mana nak jadi ahli Perkasa?
ReplyDeleteHidup PERKASA! Malangnya, pemimpin-pemimpin UMNO lain asyik mengalah nak jadikan BN parti tunggal, (yang sangat diperjuangkan oleh si Star) nak mengampu kat orang Cina tak habis-habis, walaupun majoriti terbukti sekarang, tak lansung kenang budi dan bongkak tak sedar diri! Nampaknya PERKASAlah saja buat orang Melayu/Islam masih boleh bergantung! Maka, syukur Alhamdulillah, PERKASA yang sentiasa berani dan tangkas seperti pahlawan Melayu berzaman sejati, juga buka pejabat di P. Pinang seperti di:
ReplyDeletehttp://www.nst.com.my/streets/northern/perkasa-to-open-centre-in-penang-1.288481.
Tapi perlu juga dengan segera Perkasa buka pejabat di Johor; lihatlah di http://www.starproperty.my/index.php/property-news/malaysians-and-foreigners-can-still-find-good-bargains-for-properties-in-johor/? .
Lepas itu PERKASA juga perlu buka di Ipoh, Taiping, Lumut, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kucing, Miri dan Selangor saya syaki akan menjadi tumpuan paling agresif DAP dan sekutu penjajah Barat-Zionisnya serta yang pro-Barat-Zionis seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Kerana bangsa Melayu/Islam dan Bumiputera lain terutamanya yang miskin, makin TERHALAU dari tanah dan negeri-negeri pusaka berzaman nenek moyang, dari sebelum dijajah British lagi.
MAKCIK Tempurung.
(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung" untuk mengelirukan pembaca).
Surat saya kepada Utusan Melayu:
ReplyDeleteUtusan Melayu yang dihormati,
Berdasarkan artikel Utusan iaitu Sokong Chang Yeow Pengerusi BN P. Pinang di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130529/dn_20/Sokong-Chang-Yeow-Pengerusi-BN-P-Pinang, saya amat curiga sekali tujuan tersebut. Pulau Pinang sudah jauh tergadai kepada rakyat Singapura dan bangsa asing Barat-Zionis dan penyokong Bukan Bumiputera DAP/PKR, makin menjadi seperti Singapura dan Israel. Di mana bangsa Melayu/Islam dan Bumiputera lain terutamanya yan Islam dan yang miskin, makin terhalau dari negeri ini. Bahkan keadaan ini semakin menular di Seberang Perai termasuk Juru dan seluruh Bukit Mertajam yang dahulunya penuh kampung Melayu yang begitu indah dangan sawah padi pusaka berzaman nenek moyang, dari sebelum dijajah British lagi.
Maka, cukuplah kami orang Melayu/Islam yang berasal dari Pulau Pinang sudah puas merana (kedua datuk saya dari Bukit Mertajam sendiri meninggal muda akibat kerja penat-lelah bawah panas terik matahari di sawah padi – tetapi Melayu dipanggil ‘malas’ oleh penjajah Barat dan DAP amat durjana itu). Tolonglah bagi jawatan Ketua BN Pulau Pinang kepada UMNO - supaya kesilapan menghalau orang Melayu/Islam dan Bumiputera lain, dapat dihentikan dan diperbaiki dengan SEGERA. Ini termasuklah dengan membina segera kawasan perumahan kos rendah, dan Melayu serta Bumiputera lain terutamanya yang miskin, diberi balik hak mereka yang sudah lama tergadai oleh pengkhianat talam dua muka, termasuk dari dalam BN sendiri!
Sekian, Wassalam.
MAKCIK Tempurung.