Selepas beberapa pakar ekonomi daripada pelbagai bidang meyakini manifesto Barisan Nasional (BN), ia turut diperakui munasabah dan akan berjaya dilaksanakan oleh Persatuan Remisier Bumiputra Malaysia (PRIBUMI). Persatuan yang ditubuhkan sejak 1995 dan mempunyai keahlian daripada remisier dan golongan pengedar Melayu dan Bumiputera itu yakin manifesto yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat serta membangunkan ekonomi Malaysia.
Persatuan ini juga sebelum ini turut menyokong penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) kerana melihat ianya merupakan peluang keemasan Felda untuk meningkatkan pendapatan mereka sekaligus memberikan peluang kepada peneroka untuk menjana pendapatan. Selain mereka yang arif perihal ekonomi seperti PRIBUMI menyokong manifesto akijanji BN itu, penganalisis ekonomi juga menganggap ianya lebih realistik berbanding manifesto Pakatan Rakyat yang menjanjikan penurunan semua perkara, tanpa mengambil kira secara menyeluruh penjanaan pendapatan kerajaan.
Prof Amir Hussin Baharuddin, profesor ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum ini turut berkata penambahan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sehingga RM1,200 dalam manifesto Barisan Nasional (BN) juga tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Malah, berkata selain membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah, pemberian BR1M akan memberi impak positif kepada ekonomi negara.
Menurutnya pembangunan ekonomi negara akan terus berkembang pesat menerusi perbelanjaan yang dilakukan golongan tersebut dalam pasaran, sekali gus menyumbang semula ke dalam aliran tunai negara. Beliau menjelaskan bahawa penerima BR1M akan membelanjakan untuk membeli keperluan isi rumah dan proses itu mewujudkan permintaan dalam pasaran, sekaligus permintaan yang tinggi dalam pasaran akan menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baharu.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N. Marimuthu juga berkata pemberian BR1M akan meningkatkan kuasa membeli golongan kurang berkemampuan serta dapat membantu golongan peniaga memperoleh keuntungan yang baik. Presiden Gabungan Komputer Nasional Malaysia Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar juga menyambut baik aku janji BN untuk menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jelasnya yang merupakan pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah satu keperluan dan pendekatan itu akan menjadikan akses kepada internet lebih meluas dalam kalangan rakyat termasuk di luar bandar. Ternayata pakar ekonomi juga menyokong manifesto BN yang menyeluruh dan menyentuh aspek kehidupan dan keperluan rakyat Malaysia.
Dibandingkan dengan manifesto pembangkang, agak sukar dijangka apa akan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama pemerintahan mereka sekiranya janji-janji itu dilaksanakan, sedangkan lonjakan terhadap hutang kerajaan semakin meningkat. Situasi itu akan diburukkan lagi dengan kadar pengangguran yang tinggi ekoran majikan tidak lagi mampu menggaji pekerja tambahan.
Ternyata, kesan jangka panjang manifesto BN dan PR umpama langit dengan bumi.
Tidak menghairankan mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata PR tidak mempunyai pakar politik yang benar-benar bijak, dan disebabkan itu manifesto mereka bodoh.
No comments:
Post a Comment