KL CHRONICLE: Kini Keadaan di Sabah Mula Kembali Normal #PeaceSabah #Pahlawanku #ESSZONE #LahadDatu #OpsDaulat

Thursday, April 11, 2013

Kini Keadaan di Sabah Mula Kembali Normal #PeaceSabah #Pahlawanku #ESSZONE #LahadDatu #OpsDaulat



Lahad Datu: Dalam suka ada duka! Demikian perasaan penduduk Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu yang kini memulakan hidup baru selepas kampung mereka disahkan bersih ancaman pengganas, minggu lalu. 



Ketika sebahagian penduduk sibuk mengemas rumah dan kembali merasai nikmat tidur di kediaman sendiri, sebahagian lagi pula terpaksa tinggal bersama keluarga di masjid, surau dan balai raya beramai-ramai kerana rumah mereka ranap diserang pengganas. 
Kini, penduduk yang paling terjejas akibat insiden pencerobohan itu sibuk membuat laporan polis berhubung kerugian dialami akibat kehilangan harta benda atau kemusnahan rumah serta dalam proses bancian sebelum bantuan susulan disalurkan. 

Penduduk Kampung Tanjung Labian, Saudi Yunus, 42, berkata walaupun gembira pulang ke kampung selepas hampir sebulan di pusat penempatan Fajar Harapan, hasrat untuk menikmati hidup seperti dulu bersama isteri dan lima anak kini musnah. 

Rumah rosak teruk 

“Ketika meninggalkan rumah pada 3 Mac lalu, kediaman kami masih elok, tetapi bila pulang ke sini lima hari lalu, tak sangka rumah kami sudah rosak teruk. Sana sini penuh kesan tembakan dan bedilan. 

“Harta benda dan perabot juga banyak yang rosak, ada juga barang berharga hilang, menitis air mata saya mengenangkan apa yang berlaku,” katanya yang kini berlindung di Tadika Tanjung Labian ketika ditemui BH. 
Saudi berharap, pihak berkaitan dapat segera menyalurkan bantuan terutama menyegerakan pembinaan semula rumah mereka yang rosak dan musnah.




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget