KL CHRONICLE: Bahagian 5: Melayu Mahukan Perubahan #1Malaysia #TolakPR #GE13 #PRU13

Thursday, April 4, 2013

Bahagian 5: Melayu Mahukan Perubahan #1Malaysia #TolakPR #GE13 #PRU13


DIPECAT OLEH
PERDANA MENTERI YANG PALING MENGASIHINYA
 
Anwar Ibrahim tidak keluar dari UMNO; tetapi ianya dipecat oleh Perdana Menteri dari menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana moralnya, dan pemecatan ini ialah dalam bidang kuasa Perdana Menteri sepertimana Tengku Abdul Rahman memecat menterinya yang popular Abdul Aziz Ishak kerana pendekatannya terhadap industri baja yang tidak disetujui oleh Perdana Menteri di waktu itu. Waktu dipecat dari Kabinet Anwar masih menjadi ahli UMNO. 
Tetapi, apabila beliau berusaha menggerakkan UMNO ke dalam masalahnya maka Majlis Tertinggi UMNO, dan bukan Perdana Menteri, telah memecat beliau setelah beliau diberi peluang membela diri dalam majlis mesyuarat. Pada waktu itu Anwar tidak dipenjarakan. Hanya setelah berlaku huru-hara jalanan maka barulah Anwar ditangkap dan dipenjarakan di bawah ISA. Beliau tidak didakwa di mahkamah untuk menjaga maruahnya dan kesilapannya tidak menjadi pengetahuan umum. 
Dakwaan di mahkamah hanya dilakukan apabila kawannya di waktu itu, Nallakaruppan, yang juga ditahan di bawah ISA telah membuat affidavit yang mengaitkan Anwar sehingga beliau juga terpaksa dibawa ke pengadilan sebagaimana juga Nallakaruppan. Anwar bernasib baik kerana ada Karpal Singh yang pandai membelanya. Tun Daim lebih mengetahui mengenai prestasi Anwar dalam jawatan-jawatan yang dipegangnya. Yang perlu ditanya bukan prestasinya tetapi sebab dianya dipecat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget