Projek mega DAP Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 billion mendapat
kritikan hebat dari berbagai pihak. Projek-projek tersebut, termasuklah
Lebuhraya Gurney Drive–Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2km., Lebuhraya 4
lorong dari Tun Dr. Lim Chong Eu–Bandar Baru Air Itam sepanjang 4.6km.,
Terowong bawah laut antara Pulau Pinang–Butterworth sepanjang 6.5km dan Jalan 4
lorong dari Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km.
Secara umumnya, projek-projek ini dilihat sebagai kenyataan keangkuhan
Lim Guan Eng dalam mempamerkan kuasanya dan langsung tidak mempunyai objektif
untuk kesejahteraan rakyat. Terutamanya apabila merujuk kepada projek
terowong bawah laut yang dilihat sebagai ‘redundant’ atau berulang, kerana ia
membawa objektif yang sama dengan projek jambatan kedua yang belum lagi
siap.
Sumber dalaman DAP mendedahkan pihak-pihak yang terlibat dengan
projek-projek ini seperti berikut:
1. CZB: Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
·BUCG: Beijing Urban Construction Group - 10%
·ST: Sri Tinggi Sdn Bhd - 10%
§ Davy – 5%
§ Leslie&Co – 5%
·JU: Juteras Sdn Bhd (Annie & Party) - 10%
§ Pinny – 5%
§ Jimmy & Party –
10%
§ Terry – 3%
§ TBD – 2%
Blog DAP Insider membayangkan
nama-nama ringkas yang digunakan merupakan ‘kod panggilan’ bagi menyembunyikan
identiti sebenar mereka. Namun, ramai yang dapat mengagak bahawa ‘Annie
& Party’ bermaksud Anwar dan PKR, manakala ‘Davy’ ialah ‘Daddy’ atau Lim
Kit Siang sendiri.
Tindakan Lim Guan Eng memberi
‘habuan’ kepada kroni melalui projek ini tidaklah mengejutkan kerana semua
orang tahu bahawa slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ DAP hanyalah alat pemasaran
yang tidak membawa makna apa-apa kepada DAP, tetapi sekadar untuk
memperbodohkan penyokong mereka.
Namun, apa yang mengejutkan ialah
‘tahap’ korupsi yang dilakukan nampaknya hampir menyaingi rekod kebodohan PAS
Kedah kerana ia terlalu jelas dan terang-terangan.
Mana tidaknya, jika syarikat yang
mendapat kontrak bagi projek mega berbilion ringgit ini, iaitu Consortium
Zenith BUCG Sdn Bhd (CZB), merupakan syarikat RM2 yang baru sahaja ditubuhkan
pada 5 Julai 2012, iaitu sebulan selepas tarikh tutup penyerahan
tender bagi projek tersebut pada Jun 2012.
Perkara ini didedahkan oleh blog Stop
The Lies pada 16 Mac lalu.
Jika pendedahan ini benar, kita agak
‘kagum’ memikirkan bagaimana Lim Guan Eng boleh mempunyai kuasa ajaib untuk
menganugerahkan projek kepada syarikat yang belum lagi ditubuhkan?
Bagaimana dan dari segi apa syarikat tersebut dinilai?
Jika CZB hanya bertindak sebagai
orang tengah sekalipun dan tidak perlu menyediakan kepakaran, kita tidak faham
bagaimana ia boleh terpilih sedangkan ia belum wujud sewaktu tender
ditutup?
Apa yang lebih ‘menakutkan’ ialah
Pengerusi CZB, Zarul Ahmad Mohamad Zulkifli didapati pernah disabitkan di bawah
kesalahan jenayah di mana beliau terlibat dalam skandal pinjaman bersama dengan
tiga lagi bekas pekerja Rakyat Merchant Bankers Berhad (RMB), dan telah
dikenakan penjara sehari serta denda berjumlah RM10,000-RM50,000 pada tahun
1994.
Kesalahan mereka melibatkan Akta Bank
dan Institusi Kewangan, di mana mereka telah meluluskan pinjaman melebihi had
berjumlah RM127 juta. Zarul secara peribadi telah didapati bersalah
memberi pinjaman RM10.6 juta dan telah mengaku bersalah memindahkan RM67.5 juta
lagi kepada pelanggan RMB.
Selain soal kredibiliti syarikat yang
menerima projek dan pemberian tender yang tidak telus, termasuk amalan kronisme
dan nepotisme, seperkara lagi yang perlu diberi perhatian adalah soal kesannya
kepada rakyat memandangkan CZB akan turut menerima bayaran dalam bentuk
ambil-alih tanah seluas 44.51 hektar atau 110 ekar di Tanjung Pinang.
Bukankah tindakan seperti ini perlu
melalui proses kajian dan analisa yang mendalam bagi memastikan pembayar cukai
tidak perlu menanggung kerugian sekiranya projek tidak mampu dilaksanakan
sepertimana sepatutnya?
Kita tahu yang Lim Guan Eng punya kuasa Veto, tetapi kita tidak pula
tahu yang beliau turut mempunyai kuasa ajaib yang sehebat itu.
Harap, beliau juga dapat menggunakan kuasa ajaib itu untuk menyelamatkan keadaan
termasuk nyawa manusia sekiranya terowong bawah lautnya mengalami masalah
akibat melantik syarikat kontraktor yang tidak meragukan.
No comments:
Post a Comment