Kemelut berdarah yang sedang melanda Lahad Datu ketika ini telah mengundang pelbagai persepsi dari pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pembangkang. Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan ke atas kerajaan BN/Umno khususnya Datuk Seri Najib bagi menambahkan sentimen kebencian rakyat yang telah ditanam sejak sekian lama.
Tidak cukup dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakan, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandirawa Umno, malah ada di kalangan penyokong mereka yang tergamak menghina wira negara yang terkorban dengan kata-kata kesat seperti mati katak, anjing kerajaan dan sebagainya.
Sebelum kita membuat pelbagai andaian berhubung tragedi ini, ada baiknya kita meneliti analisa yang dikeluarkan oleh pemerhati politik dalam dan luar negara berhubung isu ini. Mereka berpendapat tindakan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan perjumpaan bersama pemimpin utama Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari adalah bertujuan untuk mempengaruhi tentera kerajaan Sulu agar datang ke Sabah.
Analisa itu juga berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Reuters dan agensi perisikan tentera Filipina sebelum ini. Mereka antara lainnya mendakwa Anwar adalah merupakan dalang utama terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pencerobohan bersenjata.
Namun yang menjadi persoalan utama ialah, mengapakah Anwar tergamak melakukan pengkhianatan tersebut? Ini adalah disababkan kerana, menurut analisa tersebut, pakatan pembangkang tidak mempunyai keyakinan terhadap sokongan rakyat Sabah untuk menolak kerajaan BN/Umno.
Dan sekiranya sokongan rakyat Sabah gagal diperolehi, ia sekaligus bakal menyebabkan impian Anwar untuk merampas Putrajaya hancur berkecai dan bakal menjadi mimpi ngeri buat dirinya. Oleh yang demikian strategi ‘matlamat menghalalkan cara’ perlu digunapakai dalam berdepan dengan dilema ini.
Secara keseluruhan Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen, dan pakatan pembangkang dikatakan hanya mampu mencapai kemenangan untuk kerusi Kota Kinabalu. Selebihnya masih lagi samar kerana beberapa faktor seperti jarak kawasan yang luas, pecahan pengundi dan sebagainya. Tanpa sebarang kepastian untuk menembusi kubu kuat BN/Umno ini, sudah pasti Awar tidak berani untuk memperjudikan nasibnya.
Maka sesuatu perlu dilakukan agar huru-hara dapat tercetus di Sabah dan sekaligus memaksa pemerintah untuk mengadakan darurat. Sekiranya Sabah telah diletakkan di dalam keadaan darurat, ia sedikit sebanyak dapat menghalang negeri di Bawah Bayu itu dalam menghadapi proses pilihanraya umum.
Dengan cara itu, kerajaan BN/Umno perlu menjalankan pilihanraya yang berasingan di Sabah sekaligus membolehkan Anwar untuk memberikan tumpuan dan fokus yang menyeluruh hanya di kerusi-kerusi yang boleh ditembusi dan memastikan BN kalah di dalam PRU13. Untuk mengelakkan dari menjadi tumpuan serangan, Anwar mengunakan isu pemberian kad pengenalan sabagai ‘escape point’ dalam perancanagn jahatnya itu.
Tidak ketinggalan juga, rakyat Sabah berketurunan Sulu pada ketika ini dianggarkan hampir 60 ribu orang. Oleh yang demikian, serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara terhadap penceroboh bersenjata, sekaligus mampu mengundang simpati rakyat Sabah dan seterusnya marah dengan tindakan pemerintah.
Pendekatan serampang dua mata ini, dilihat akan mampu memberikan kekuatan sokongan terhadap Anwar dalam memastikan usaha untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Begitulah telitinya perancangan Anwar dalam memastikan obejktifnya tercapai dan terlaksana.
No comments:
Post a Comment