KL CHRONICLE: Masa untuk bersatu melawan musuh, bukan berbalah #1Malaysia #Pray4Sabah #TolakPR

Monday, March 4, 2013

Masa untuk bersatu melawan musuh, bukan berbalah #1Malaysia #Pray4Sabah #TolakPR


KOMEN, 4 Mac – Akan tiba masanya apabila rakyat Malaysia perlu bersatu untuk melawan musuh bersama, bukan berbalah dan saling menyalahkan sesama sendiri tentang apa yang berlaku. Masa telah tiba untuk Sabah.
Kita harus menyokong polis dan tentera dalam berhadapan dengan militan Filipina yang meletakkan tuntutan ke atas tanah dimana penduduknya memutuskan untuk membentuk Malaysia 50 tahun lalu bersama Malaya dan Sarawak.
Kita harus pastikan pengorbanan lapan polis yang gugur dalam pertempuran tidak sia-sia, supaya balu dan anak - mereka tinggalkan tahu suami atau ayah mereka mati kerana mahu memastikan Malaysia tetap utuh dan bebas.

Kita harus melihat apakah paling penting sekarang, untuk menamatkan pertumpahan darah dan pertempuran di Sabah dengan militan Filipina yang telah mencabar kedaulatan wilayah dan undang-undang kita.
Kita perlu untuk mendapatkan kembali keamanan dan keselamatan. Kita teguh bersatu atau kita jatuh kerana berpecah. Semudah itu.
Masa untuk menyiasat dimana silapnya dengan pertahanan kita di Sabah akan tiba. Masa untuk menyalahkan dan mendedahkan pengkhianat akan tiba.
Sekarang, kita perlukan ahli politik untuk berhenti menyalahkan antara satu sama lain dan menuduh antara satu sama lain menghasut serangan ini. Perbuatan sedemikian tidak membina dan tidak membantu pasukan keselamatan kita melakukan kerja mereka.
Ini bukan masa untuk politik, dan kurang kita mendengar dari orang seperti Naib President PKR Tian Chua, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah lebih baik. Kita tidak memerlukan beliau untuk memberitahu kita apa yang perlu dilakukan dan untuk berterusan menghina pejuang - pejuang negara.
Kita adalah rakyat Malaysia, kita patriotik dan seratus peratus menyokong pasukan keselamatan kita untuk berhadapan dengan ancaman dari militan Filipina.
Kita harus mendengar dari orang seperti Jasica Ahmad yang menulis melalui akaun Twitternya @jasicaahmad, mengatakan “hashtag sulu menakutkan… saya suka #prayforsabah yang lebih positif dan berdoa daripada bercakap politik dan tidak berbuat apa-apa…”
Atau contohnya, 12th Kopites 1982® yang mengatakan di akaun Twitter @ElHazizyKopites,” Tidak kira apa bendera anda, apa yang penting adalah “Ini Rumah Kita” #PrayForSabah #UniteAndFight”.
Azrul Hafiz juga menjelaskan melalui akaun Twitternya, mengatakan “hentikan isu politik dan berdoa untuk negara kita #PrayForLahadDatu #PrayForSabah”.
Pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri menghantar dua batalion tentera secepat mungkin untuk memantapkan pasukan keselamatan di Sabah. Pesawat tambang murah AirAsia membantu menghantar mereka kesana.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussien berikrar untuk tinggal di sana dengan pegawai atasan beliau dan polis sehingga keadaan diselesaikan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berkata, masa untuk bercakap telah tamat, ini adalah masa untuk tindakan.
Malaysia telah cukup sabar. Anggota polis dan tentera kita berada di barisan hadapan perang tidak diduga dengan militan Filipina dan rakyat tempatan yang dilihat memberikan kesetiaan mereka kepada sultan Sulu dan bukan kepada Raja kita.
Sebuah pasukan seramai 25 anggota polis pergi untuk menyiasat aktiviti yang mencurigakan di Kampung Simunul di Semporna pulang dengan hanya 19 hidup selepas diselamatkan dari serangan hendap pada hari Sabtu manakala enam lain meninggal dunia.
Dua anggota polis lain telah meninggal dunia di Lahad Datu pada hari Jumaat. Lapan kematian yang terlalu banyak untuk negara yang aman seperti Malaysia dan negeri indah seperti Sabah.
Jadi sekarang masanya untuk melakukan tindakan. Halau militan terlebih dahulu atau tahan mereka dan hadapkan dengan undang-undang Malaysia.
Selepas itu, kita boleh kaji dan melakukan inkues tentang apa yang berlaku di Sabah. Bukan sekarang. Sekarang adalah masa untuk melawan musuh.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget