KL CHRONICLE: Analisis Pasaran Saham & Perbandingan antara @anwaribrahim Tun Mahathir dan @NajibRazak #1Malaysia #TolakPR

Thursday, March 21, 2013

Analisis Pasaran Saham & Perbandingan antara @anwaribrahim Tun Mahathir dan @NajibRazak #1Malaysia #TolakPR


Hari ini kita melihat perbandingan kadar pasaran bursa Malaysia semasa tiga pemimpin bertindak sebagai Menteri Kewangan - Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Di bawah disertakan graf kita sama-sama nilai perubahan pasaran Bursa Malaysia semasa ketiga-tiga individu ini menjadi Menteri Kewangan - dari segi turun-naik pasaran.

1. Anwar Ibrahim


Kadar bursa Malaysia pernah mencecah paras terendah dalam sejarah negara yakni 261.33 semasa Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Malaysia. Ketidakpercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim mentadbir kewangan negara merupakan faktor utama menyebabkan jumlah pelaburan semakin berkurangan seterusnya mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh menjunam sehingga paras terendah dalam sejarah negara.

Namun tindakan Anwar Ibrahim yang mahu menyelamatkan keadaan dengan mencadangkan pinjaman wang daripada sekutunya, International Monetary Fund (IMF) mendapat tentangan Tun Mahathir Mohamad  (Dato' Seri ketika itu) kerana dikhuatiri akan menyebabkan negara ini "terjajah" di bawah IMF. Maka Tun M terpaksa bertindak memecat Anwar dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara.



2. Tun Dr. Mahathir Mohamad


Pada 1 September 1998, Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam sejarah negara, 261.33 disebabkan kurang kepercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan juga turut disumbangkan oleh kegagalan Anwar menangani krisis ekonomi dunia bermula 1997.

Maka pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dan Tun Dr. Mahathir (ketika itu, Dato' Seri) telah mengambil alih semula kementerian kewangan untuk mengembalikan kepercayaan pelabur kepada Malaysia. Hasilnya, berlaku peningkatan jumlah pelaburan dalam pasaran Bursa Malaysia menyebabkan Bursa Malaysia terus meningkat dan meningkat.


3. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak


Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan di saat krisis ekonomi global ppada tahun 2008 masih terasa. Walaupun begitu, ternyata paras terendah Bursa Malaysia sepanjang Dato' Seri Najib bertindak sebagai Menteri Kewangan ialah 801.27 berbanding paras terendah Bursa Malaysia semasa zaman Anwar sebagai Menteri Kewangan, 261.33.

Malah graf pasaran Bursa Malaysia terus melonjak semenjak Dato' Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri kerana beberapa inisiatif kerajaan ternyata berjaya menarik golongan pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini, disamping kepercayaan pelabur dengan kondisi ekonomi negara yang stabil.


Hasilnya peluang pekerjaan terus meningkat dan pendapatan negara mampu dijana dengan baik.


Kesimpulan

Adakah anda mahu memilih Menteri Kewangan TERBURUK dalam sejarah sebagai Perdana Menteri? 

Anda sudah mampu menilai sendiri daripada graf Bursa Malaysia yang telah diberikan. Anda boleh lihat dan pertimbangkan, siapakah lebih layak untuk meneraju negara demi memastikan keadaan ekonomi negara terus stabil dan aman. Apa-apa pun, tepuk dada tanya iman. Wak sudah membuat pilihan, anda pula bagaimana?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget