KL CHRONICLE: [Live] SUASANA PENYAMPAIAN BR1M 2.0 PARLIMEN SEPUTEH #1Malaysia #TolakPR Cc @razlanrafii

Sunday, February 24, 2013

[Live] SUASANA PENYAMPAIAN BR1M 2.0 PARLIMEN SEPUTEH #1Malaysia #TolakPR Cc @razlanrafii

Alhamdulillah sekarang sedang berlangsung Program penyampaian BR1M 2.0 di dewan masyarakat Tmn Desa. Hampir 300 orang dan makin bertambah yang hadir. Mereka terdiri daripada rakyat berbilang kaum sejajar dengan semangat 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun majoriti yang hadir pada hari ini adalah rakyat berbangsa Cina. Ini pada pendapat penulis menunjukkan rakyat berbangsa Cina menerima baik program - program kerajaan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan.

Penulis tidak beberapa setuju dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa masyarakat Cina ini akan ambil duit BR1M tetapi tetap akan menyokong pihak DAP. Tak kan lah perangai sebegitu kan? Apa pendapat pembaca?

P/S : Berita akan dikemaskini setelah tamat program.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget