Saturday, February 23, 2013

Himpunan Bantah Datum Jelatek Tolak @khalid_ibrahim & Kerajaan Negeri Yang Zalim #1Malaysia #TolakPR

Pagi ini dianggarkan sekitar 500 orang penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di Keramat bagi menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap kerajaan negeri Selangor.

Seperti diketahui, tanah milik kerajaan Selangor ini akan dibangunkan menjadi satu kawasan ekslusif yang dirasakan sangat tidak adil bagi rata-rata penduduk yang berbilang kaum di sini.

Bahkan usaha kerajaan negeri Selangor yang menjual kepada kaum Kiasu Singapura adalah tampara  terhebat yang terpaksa diterima penduduk andai tiada usaha menghalangnya daripada berlaku.

Apa yang dikatakan oleh penduduk sekitar Keramat ini adalah satu kebenaran yang seharusnya membuka mata rakyat Malaysia khusunya rakyat Selangor apabila tanah orang Melayu dibangunkan projek hartanah yang mana nilai bagi sebuah unit adalah RM 700 ribu yang sudah pasti tidak mampu dibeli oleh orang melayu terutama penduduk Datuk Keramat itu sendiri.

Apa yang dilakukan kerajaan Pakatan Selangor ini adalah tidak lain hanya untuk memperkayakan diri mereka tanpa mempedulikan nasib rakyat dikawasan tersebut. Keuntungan jalan singkat sememangnya merupakan gerak kerja Pakatan PAS,DAP dan PKR ini bukan sahaja di Selangor malah negeri negeri yang mereka kuasai.

Harga rumah di Selangor naik dengan begitu ketara waktu ini yang mana ramai rakyat Selangor sendiri tidak mampu membeli walaupun sebuah rumah. Dengan luahan penduduk yang mengalami masaalah harga rumah yang tinggi pihak kerajaan Pakatan Selangor langsung tidak ambil peduli sebaliknya projek hartanah bilion ringgit menjadi sasaran mereka agar perut mereka kenyang dengan wang pembeli Cina Singapura.

Berkemungkinan besar suatu hari nanti nasib penduduk di Lembah Klang akan menjadi seperti penduduk di Pulau Pinang yang terpaksa merempat dan berhijrah keluar dari tanah kelahiran sendiri demi survival hidup.

Rakyat tak usah menunggu pelbagai bala dan bencana jatuh di atas kepala pada masa akan datang. Ubah pendirian dan tutupkan terus peluang kerajaan Selangor yang zalim hari ini untuk ditamatkan perkhidmatan mereka selepas PRU13 nanti.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment