Friday, February 8, 2013

BIADAP PUNYA CINA DAP! #1Malaysia #TolakPR

Biadap !!

Takda perkataan yang lebih sesuai dilemparkan kepada puak-puak DAP yang sanggup mencemarkan nama baik Malaysia semata-mata kerana mahu menggagalkan usaha kerajaan mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang minggu hadapan.

Bermula dari fitnah yang dilemparkan kononnya kerajaan BN akan membawa Psy (Gangnam Style) membuat persembahan pada majlis tersebut sehinggalah kepada fitnah puak-puak Komunis terhadap kerajaan Malaysia.

Perbuatan memburukkan imej negara kepada orang luar seakan-akan menjadi 'resepi' hidup puak PR untuk menawan Putrajaya.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan kata nista si Nurul Izzah yang memburukkan imej Malaysia di Indonesia semata-mata mahu mendapatkan sokongan negara asing terhadap mereka (PR).

Apa yang Izzah dapat ketika itu?

Sokongan moral?
Sokongan duit?
Gelak tawa?

Sama seperti kejadian yang berlaku dua tiga hari ini, di mana para troopers PR terutama dari DAP beriya-iya memberikan gambaran salah dan buruk Malaysia kepada penyanyi hits nombor 1 di laman Youtube 2012.

Apa salahnya jika penyanyi Korea ini datang untuk membuat persembahan di negeri yang berkapasiti hampir 70% Cina di sana. Apakah kaum Cina dia sana tidak boleh diberikan hiburan dalam bentuk tersebut?

Rakyat kian sedar dan alert dengan maklumat yang dihebahkan melalui media sosial hari ini bahawa kedatangan Psy ke Malaysia bukanlah menggunakan duit kerajaan BN (Malaysia) tetapi atas tajaan sebuah syarikat swasta.

Tindakan biadap pencacai PR yang cuba memalukan negara ini boleh dianggap sebagai pengkhianat. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana program yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini bukanlah baru dirancang sebaliknya saban tahun ia diadakan bagi meraikan perayaan berbilang bangsa di Malaysia.

Suara-suara yang menjaja keburukan kerajaan Malaysia di laman sosial milik Psy dilihat mempunyai niat buruk dan bersifat negatif. Andai Psy membatalkan persembahannya di Penang di saat akhir, pasti pencacai PR akan bersorak gembira dan menyatakan Psy menyebelahi mereka. Namun jika keadaan sebaliknya berlaku pastinya kerajaan Malaysia akan tetap terus dicemuh dan dicerca oleh rakyatnya sendiri.

Sebagai rakyat Malaysia menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga keharmonian kaum di sini dan mematuhi serta menghormati pemimpin andai kerajaan hari ini tidak menghalang rakyat daripada mengerjakan ibadat dan menyuruh melakukan kemungkaran.

Istilah kerajaan ZALIM tidak pernah timbul kerana hari ini rakyat bebas memilih agama, bebas melakukan pelbagai perkara dan program tanpa halangan dari kerajaan sedia ada.

Sebelum memburukkan kerajaan, haruslah difikirkan apa sebenarnya motif untuk berbuat demikian. Jangan menang sorak akhirnya kampung tergadai dan jangan biarkan hidup dikawal oleh nafsu serakah ke Putrajaya.

SUMBER : REZQEEN HILL
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment