KL CHRONICLE: USTAZ NASHA DIPANGGIL DURI DALAM DAGING OLEH BLOGGER PAS

Thursday, January 24, 2013

USTAZ NASHA DIPANGGIL DURI DALAM DAGING OLEH BLOGGER PAS



Ustaz Nasha yang juga ahli Majlis Syura Pas menjadi pegawai pengiring kepada YAB PM. 

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, 
Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh 
akibat dibom oleh Israel.

Melihat gambar orang kuat PAS yang berada disisi Perdana Menteri DS Najib Razak 
membuatkan golongan Pro-Anwarinas bagaikan cacing kepanasan... sudah pasti rancangan 
untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa daripada parti itu akan 
menjadi kenyataan nanti....

Dibawah ugutan dari blogger Pro-Anwarinas yang mahu Ustaz Nasha di pecat dari 
parti PAS dengan segera kerana risau ianya akan memberi implikasi besar sebelum pilihanraya.

Petikan dari blogger hamPAS wasukalu.com 

Terdahulu Nasharudin tampil mengeluarkan kenyataan agar parti itu mengkaji semula 
kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas mendakwa DAP secara konsisten menentang
 pelaksanaan undang-undang Islam yang dicadang PAS.

Sejak isu tersebut tercetus, mereka tidak henti-henti berusaha dengan memberi
 pelbagai tekanan kepada golongan ulama yang menggangotai masjlis syura untuk 
memecat Nasharudin.

Bagaimanapun tekanan berkenaan tidak berhasil biar pun mereka dikatakan meminta 
bantuan seorang pemimpin kanan PKR bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS.

Ustaz Nasha juga hampir dipecat gara-gara mengiringi DS Najib ke Mekah.

Kali ini kita tunggu dan lihat... apakah nasib yang akan berlaku selepas Ustaz Nasha 
pulang ke Malaysia nanti...

SUMBER : REZQEEN HILL

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget