KL CHRONICLE: SISTEM KEHAKIMAN NEGARA HANYA 'WAYANG KULIT' ATAU...??

Friday, January 25, 2013

SISTEM KEHAKIMAN NEGARA HANYA 'WAYANG KULIT' ATAU...??



Setiap yang bersalah pasti akan dijatuhkan hukuman, tidak kiralah berat atau pun tidak. Ianya bergantung dengan kesalahan yang disabitkan ke atas perilaku. Ada kesalahan yang diheret ke mahkamah mengambil masa yang agak lama kerana untuk mencari bukti-bukti yang sahih untuk dijatuhkan hukuman. Ada juga yang akan menyelesaikan sesebuah kes diluar mahkamah kerana tidak mahu ianya berleretan sampai tak ada kesudahannya. Penat naik turun itu adalah perkara biasa dalam sistem kehakiman di seluruh dunia.

Adakah sistem kehakiman negara ini masih relevan? Apakah peguam dan hakim yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas mereka dengan sempurna atau hanya kerana BAYARAN sahaja?

Memang GR bukannya pandai untuk bercakap mengenai hal undang-undang sebab bukannya Lawyer atau Majistret. Tapi apa yang dilihat sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kemusykilan yang menjadi tanda tanya. 'Orang yang tidak bersalah' yang disabitkan kesalahan. Jika diikutkan dari asalnya dan secara logiknya pihak terbabit hanya memaklumkan sahaja apa yang si perilaku lakukan. Ianya untuk memberitahu kepada masyarakat sebab itulah tugas media.

Perkara yang GR maksudkan ialah Anwar Ibrahim yang baru-baru ini dikatakan Menang Saman Ke Atas Utusan. Bukannya GR mahu mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi adakah sumber bukti yang diperolehi diperhalusi dengan adil sekali. Mahkamah adalah tempat untuk menyelesaikan sesebuah kes dan mendapat keadilan. Semua pihak yang terbabit dalam kehakiman perlulah bersikap adil dan bukannya merupakan mereka yang dari kalangan PRO kepada sesebuah pihak.


Sudah menjadi lumrah Anwar Ibrahim akan mengatakan kemenangan beliau ini adalah dorongan rakyat dan ini semua adalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkan beliau. Tidak perlulah GR huraikan sekali lagi apa yang beliau buat selama ini hanya untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan juga Kerajaan BN. Jika dulu pada tahun sekitar 1998 negara dikejutkan dengan pemecatan Anwar dan rakyat ramai tidak menyangka. Apabila perbicaraan dibuat, kita amati beliau dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan beliau. Bukti yang diberikan adalah jelas.

Selepas beberapa tahun pada 901 pula kes beliau meliwat Saiful Bukhari mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah. Kenapa Anwar perlu mengambil masa yang lama untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika perbicaraan. Ada saja helahnya. Mungkin apa yang GR katakan ini ramai pembaca yang berkata mengarut dan artikel ini bodoh. Tapi fikirlah dan hayatilah semula jika benar kita tak bersalah kita tak perlu takut dan menunding jari kesalahan kita itu atas sebab orang lain.

Dalam kes Utusan Malaysia ini, akhbar ini hanya melaporkan apa yang terkandung dalam video ini :



Pembaca lihat video di atas yang hanya dilaporkan oleh Utusan Malaysia apa yang dikatakan oleh Anwar. Apa pendapat korang bila tengok video ini dan fahami apa yang dikatakan oleh Anwar. Anwar, hang pun mesti tau kan? Menang kes atas sebab memusing fakta?

Untuk pengetahuan semua, portal menipu rakyat Malaysiakini juga melaporkan perkara yang sama tetapi kenapa mereka tidak didakwa? Isinya sama tidak ada bezanya tapi pihak lain yang jadi mangsa. Jika Anwar bersikap profesional dan adil dakwa siapa saja yang melaporkan isu LGBT ini. Mahu jadi Perdana Menteri tapi burukkan Malaysia di negara luar. Contoh yang baikkah macam nie??

Maklumat yang GR terima hasil bertanyakan sumber dalaman di kehakiman negara memberitahu hakim yang dipertanggungjawabkan mengadili kes Anwar dan Utusan ini iaitu Hakim Datuk VT Singham adalah 'Orang Anwar'Lebih senang kita panggil memihak kepada pembangkang (pro pembangkang).

Beliau juga seorang yang masih belum berkahwin lagi walaupun dah nak pencen. 'Bayaran' yang beliau terima dari Anwar agak lumayan untuk memutarbelitkan fakta sebenar dan memihak kepada Anwar? Ada juga sumber di mahkamah memberitahu GR....hakim ini Gay. Itu tidak pasti tapi jika benar ini boleh memalukan sistem kehakiman negara ini.

Pada pihak yang terlibat dalam Sistem Kehakiman ini baik dari Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang terlibat, haruslah mengkaji semula Sistem Kehakiman yang ada sekarang. Terlalu banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan jika tidak dibendung boleh menjatuhkan imej negara. Lama kelamaan orang masuk mahkamah boleh rileks kacang sebab tak ada apa-apa. Bayar saja boleh lepas dan selesai. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Pertahankan Hak Atau Batil??

sumber: GOSSIP RAKYAT

1 comment:

Anonymous said...

Biarlah dia menang di sebabkan hanya seorang Hakim tu. Tapi dia akan kalah lebih teruk jika rakyat sendiri yang menghukumnya dalam PRU13 nanti. Pe susah. Sonang bah itu.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget