KL CHRONICLE: PENGEDARAN BIBLE BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH JELUTONG, SALAH SIAPA ? #1Malaysia #TolakPR #nowplaying

Saturday, January 19, 2013

PENGEDARAN BIBLE BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH JELUTONG, SALAH SIAPA ? #1Malaysia #TolakPR #nowplaying

Pengedar Bible Versi Melayu Perlu Ditangkap !!!


Wajah Pengedar Bible di hadapan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Didedahkan. Mana Perginya Suara PAS kononnya Sebagai Parti Islam?

Perkara yang dikuathiri sudah bermula !!! Puak puak pemusnah Islam sudah memulakan agenda di sekolah Sekolah Menengah Jelutong dan kemungkinan besar ke merata sekolah di Pulau Pinang. Matlamat utama ialah memesong anak anak kita yang beragama Islam. Maklumat lah anak anak muda akan terpengaruh dengan mudah. 

Perlukah soalan ini ditanya ditanya kepada DAP? Rasanya tidak perlu, kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu? Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan orang Melayu?

Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu? Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut:

“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia. Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.” -- Nasharuddin Mat Isa, 15 Mac 2011 (Malaysian Insider)

Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS Hormati Injil Bahasa Malaysia”.

Laporan Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu “Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.”


Lapuran Polis telah dibuat
TM rasa pihak Jabatan Agama Islam negeri perlu ambil tindakan segara menyiasat dan menangkap anasir anasir yang mahu meruntuhkan akidah anak anak muda. Tindakan ini perlu dilakukan dengan segara, sebelum terlambat !!!

sumber: http://taipanmaster.blogspot.com/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget