KL CHRONICLE: Part 1 : Strategi Tidak Bertanggungjawab Dalang #KL112 Untuk Rosakkan Negara

Saturday, January 12, 2013

Part 1 : Strategi Tidak Bertanggungjawab Dalang #KL112 Untuk Rosakkan Negara



1. Di dalam perancangan pembangkang, mereka bakal melakukan satu lagi demonstrasi jalanan secara besar-besaran sebelum tibanya PRU ke-13 yang dinamakan Himpunan 1 Juta Kebangkitan Rakyat yang dirancang pada 12 Januari 2013.

2. Hishammuddin Rais yang merupakan ketua propaganda bagi pihak pembangkang ini semestinya sudah menyediakan 'game plan' beliau. Seharusnya beliau akan dibantu oleh anak buah beliau, Fahmi Redza yang bertanggung jawab menyediakan rekabentuk kreatif bagi demonstrasi sebelum-sebelum ini.

3. Hasil tangan Fahmi Redza jelas dapat dilihat di poster-poster dan juga banner-banner Pakatan Pembangkang sejak setahun yang lepas. Sebelum itu, hasil kreatif Pakatan Pembangkang sangat berlainan dan dikatakan sangat 'orang tua'. Dengan pengaruh elemen Amerikan yang dibawa oleh Fahmi Redza, rekabentuk kreatif pakatan kini mampu menarik minat dan perhatian golongan muda khasnya Gen-Y.
Rekabentuk yang dipelopori oleh Fahmi Redza

4. Modul yang akan digunakan oleh Hishammuddin Rais ini akan bersandarkan kepada modul CANVAS seperti mana yang digunakan semasa Bersih 3.0, 24 April yang lepas. Penerangan tentang strategi bersih tempoh hari boleh dilihat di sini. (baca di sini)

5. Sekiranya Hishammuddin Rais ingin membina momentum ke arah perhimpunan yang boleh mencapai angka 1 juta orang, maka beliau memerlukan penglibatan kombinasi antara NGO-NGO pro-pembangkang

6. NGO yang dilihat boleh bersama dengan mereka seharusnya adalah NGO yang selama ini melakukan rusuhan dan demonstrasi serta mampu mengumpulkan khalayak yang ramai.

Tuntutan baru dicipta bagi meramaikan lagi khalayak

7. Jika disenaraikan, NGO-NGO yang pasti akan terlibat adalah BERSIH, HINDRAF, Dong Zong, Anti-Lynas, ROYALTI, ANAK (Felda), TANAH (Johor). Sekiranya perlu maka beliau akan mencipta lebih banyak lagi NGO untuk mendapatkan lagi lebih ramai khalayak.

8. Langkah seterusnya, Hishamuddin akan menganjurkan demonstrasi kecil-kecilan yang melibatkan hanya satu kumpulan NGO sahaja. Semasa demonstrasi ini, beliau akan mnghantar mesej kepada khalayak bahawa hari besar adalah pada Hari Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat.

9. Mekanisma ini akan diulang dengan setiap NGO yang ada sehingga tibanya peristiwa 'besar' itu.

10. Sekiranya Hishammuddin Rais sedar akan 'trending' yang berlaku di kalangan rakyat kini, beliau sesekali tidak akan mempertengahkan tokoh politik pembangkang sebagai pembawa isu atau demonstrasi tersebut. Beliau akan mengetengahkan hanya kononnya rakyat yang mempunyai perasaan marah kepada kerajaan ataupun negara.

Tunggu sambungan point 11 - 20 pukul 2.30 petang nanti.. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget