Sunday, December 16, 2012

SETELAH TERBUKTI RACIST @dapmalaysia LANTIK DUA ORANG MELAYU KE MAJLIS TERTINGGI (MT)

Dua pemimpin Melayu yang tewas teruk dalam pemilihan parti kini dilantik secara terus sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini walaupun tiada seorang daripada enam calon berjaya menang. Ini adalah untuk memastikan DAP dilihat sebagai sebuah parti yang "inclusive" walaupun mereka ditolak oleh perwakilan yang hampir 95% berbangsa Cina.

Senator Dr Ariffin SM Omar dan pendatang baru Zairil Khir Johari (gambar) antara 10 orang yang dilantik secara terus ke dalam jawatankuasa tertinggi itu.

Semasa mengumumkan barisan CEC yang baru tersebut, yang kebanyakkan hampir sama seperti terdahulu, setiausaha agung Lim Guan Eng berkata kesemua 20 ahli sepakat dalam perlantikkan kepimpinan jawatankuasa pagi tadi.

Lima ahli lain yang dilantik terus ke dalam CEC adalah Dr Tan Seng Giaw, Dr P Ramasamy, Jimmy Wong Sze Phin, Dr John Brian Anthony, Dr Edwin Bosi, Leong Nga Nga, V.Sivakumar dan Thomas Su Keong Siong.

Dan bagi jawatan tertinggi, Karpal Singh masih kekal sebagai pengerusi kebangsaan manakala naib pengerusi sebelum ini Tan Kok Wai telah dinaikkan ke jawatan timbalan pengerusi.

Teresa Kok ahli parlimen kontroversi dari Seputeh yang mempunyai tujuh (7) jawatan dalam kerajaan Negeri Selangor dan parlimen, sebelum ini adalah setiausaha organisasi kebangsaan juga mendapat kenaikkan apabila dilantik menjadi naib pengerusi.

Barisan baru tersebut juga melibatkan beberapa muka baru dan pertambahan daripada Timur Malaysia, mengukuhkan pendirian parti untuk memastikan ia meliputi semua rakyat Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak memandangkan PRU 13 makin hampir dan undi rakyat kristian Sabah dan Sarawak dalam genggaman DAP.

Delegasi Sarawak, Dr John Bryan Anthony dan setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi antara dua muka baru dalam jawatankuasa daripada Timur Malaysia, turut menyertai mereka ialah setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang memperoleh undian tertinggi keempat (1,211) semalam.

Pertambahan dua delegasi tersebut menyaksikan bilangan anggota CEC daripada Timur Malaysia meningkat kepada tiga.

Lim juga mengumumkan penubuhan gabungan Biro Pakatan Rakyat (PR) dibawah CEC untuk mengendalikan semua hal ehwal PR dan memastikan kerjasama yang lancar antara gabungan ketiga-tiga parti.

Naib pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim akan mengetuai biro tersebut manakala ahli bukan CEC, A. Sivanesan telah dilantik untuk mengetuai Biro Buruh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

4 comments:

  1. Biar betul, Zairil tu melayu ke?

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap maknya Cina

    ReplyDelete
  3. Masa ayahnya jadi Menteri Pelajaran .... dan juga jadi menteri lain
    1.Tulisan Jawi mula dijumudkan
    2. Perancang Keluarga kpd Ibu-ibu Melayu

    ReplyDelete
  4. Tu bukan melayu tu, anak tiri Khir Johari bukannya anak kandung.
    Dapat jawatan DAP tu pun sebab bodek anak beranak Lim.

    ReplyDelete