Siapakah sebenarnya Datuk Ravi Dharan Chairman Daya Group Of Companies, sahabat karib Anwar Ibrahim yang menjadi jambatan buat Ketua Umum PKR ini pelbagai urusan perniagaan di Indonesia...?
Apakah pula kaitan Datuk Ravi dengan persoalan Siapa Dalang Jembalang Dibelakang Deepak Jaikishan..?
Semalam, Blog MIK memulakan kisah akan terbongkar kebenaran siapakah punya angkara mahu menjahanamkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu berlangsungnya Persidangan Agung UMNO 2012..., klik sini.
Saudagar permaidani bernama Deepak Jaikishan sememangnya mengenali Datin Paduka Rosmah Mansor kerana pernah berurusan sebagai pelanggan yang ada membeli barangan jualan Deepak. Malah mereka berurusan semenjak dari waktu Datuk Sri Najib masih belum lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.
Adat resam berniaga, ada kala diatas..., ada kala menerima ujian getir mengalami kemerosotan sehingga membawa padah mendepani kegagalan menjurus kepada kebangkrapan.
Begitulah juga nasib yang dirundung Deepak Jaikishan turut sama menghadapi masalah perniagaan dan hutang ratusan juta RM terpalit dengan Kuwait Finance House[KFH]. Pihak KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada Deepak setelah didapati pinjaman yang diluluskan sebelum itu ada unsur penipuan...!
Menurut semakan pihak KFH penipuan meluluskan pinjaman kepada Deepak turut melibatkan salah seorang Pegawai berjawatan besar dalam KFH yang memberikan kelulusan tersebut. KFH bertindak memindahkan [transfer] Pegawai tersebut dan seorang Pegawai baru ditugaskan mengambil alih tempatnya. Ini sebagai proses memudahkan pihak KFH melakukan siasatan yang lebih rapi dan teliti...
Hasil siasatan pihak KFH mengesahkan memang ada berlaku unsur penipuan dan pihak KFH telah bertindak menahan baki kemudahan pinjaman yang seharusnya berikan kepada Deepak yang masih belum dikeluarkan...
Deepak perlu membayar pinjaman yang sudah beliau terima sebelum itu dengan bayaran besar, mencecah jutaan RM sebulan....!
Apabila Deepak gagal menjelaskan bayaran bulanan maka ianya kini menjadi hutang kepada pihak KFH, maka Saudagar Karpet ini terpaksa berdepan dengan tindakan Mahkamah sehingga menjurus kepada proses Bankrap oleh pihak KFH.
Sudah jatuh ditimpa tangga.....! Difahamkan apabila ada unsur penipuan dalam usaha Deepak sewaktu menerima pinjaman,maka pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN juga turut menyiasat syarikat milik Saudagar Karpet ini. Pihak SPRM dan LHDN telah merampas semua fail fail yang berkaitan dengan siasatan dari pejabat Deepak.
Sewaktu pihak penguatkusa SPRM dan LHDN berada di pejabatnya, Depak telah bertindak menjual nama Datin Paduka Seri Rosmah... Beliau telah menalipon Rosmah didepan beberapa pegawai SPRM dan LHDN sambil bercakap dengan nada yang kuat suara lantang.... Niatnya mahu menunjuk-nunjuk didepan pegawai SPRM dan LHDN kunuunnya beliau punyai "kabel besar" boleh menghubungi isteri Perdana Menteri.
Malah Deepak semakin menggila mahukan Najib arahkan pihak KFH melepaskan baki pinjaman yang beliau sepatut perolehi...
Ada pihak yang memberitau Deepak agar segera rujuk kepada Anwar Ibrahim.... Anwar selaku bekas Menteri Kewangan sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Institusi Kewangan sekitar negara negara Timur Tengah dan dijangka dapat membantu Deepak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.
Perkara tersebut dihidu oleh Nurul Izzah.... Maka bermulalah perhubungan antara Izzah dengan Deepak. Anak kepada Anwar itu cuba mengaturkan pertemuan untuk mereka duduk membincangkan masalah Deepak.
Akhirnya, Deepak telah dibawa bertemu dengan Anwar. Buku bertemu ruas... Satu pihak sedang sesak nafas untuk bernyawa, satu pihak lagi memang menanti peluang untuk membaham mangsa..!
Pertemuan telah diadakan beberapa kali dan salah satu pertemuan mereka berlangsung di rumah Datuk Ravi Dharan, sahabat karib Anwar Ibrahim...!!
Pertemuan telah diadakan beberapa kali dan salah satu pertemuan mereka berlangsung di rumah Datuk Ravi Dharan, sahabat karib Anwar Ibrahim...!!
Seperti yang dijangkakan, Anwar berjanji mahu menolong Deepak. Sebagai permulaan, Ketua Umum PKR itu telah meminta peguam, R Sivarasa menolong Deepak berhubung kes Mahkamah yang sedang dihadapinya dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd atas urusan perniagaan.
Anwar menunjukkan kesungguhan untuk membantu Saudagar Karpet itu.. Beliau mengarahkan Sivarasa melakukan apa sahaja asalkan cita cita mahu menjatuhkan Najib dan Rosmah akan tercapai...!
Apa lagi....! Maka drama pun bermulalah.... Sivarasa telah meminta Deepak bercakap mengikut skrip yang beliau telah sediakan. Sementara itu, peguam PKR ini mengambil peluang diatas hubungan baiknya dengan SUARAM dan Malaysiakini. Satu sesi wawancara diantara Deepak dengan Malaysiakini telah diadakan. Wawancara berkenaan disiarkan semasa PAU 2012 berlangsung dengan niat untuk menghuru-harakan UMNO dan merosakkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu PAU 2012 sedang berlangsung...
Begitulah Modus Operandi niat jahat hati busok makhluk bernama Anwar Bin Ibrahim....! Nampak jelas bukan...?
Nantikan sambunganya....! Ada lagi bukti yang lebih menarik akan menyusul kemudian...
No comments:
Post a Comment