Kerajaan Persekutuan digesa untuk membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dibenarkan di Malaysia Timur sejak 50 tahun lalu.
Dalam perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini, gesaan itu dibuat berikutan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti mesra rakyat dan membawa mesej keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi termasuk juga integriti.
"Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus membenarkan mubaligh-mubaligh kristian menjalankan tanggungjawab mereka menyebarkan agama Kristian tanpa sekatan.
"Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini ... mereka taat kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia," katanya dalam perutusan tersebut.
Walau bagaimana pun, Kerajaan Persekutuan berhujah penggunaan perkataan Allah adalah eksklusif untuk komuniti Islam sahaja dan tidak akan berganjak. Ini adalah untuk memelihara kesucian agama Islam dan mendokong kepercayaan bahawa tiada tuhan yang sama tarafnya dengan Allah SWT seperti yang dibawa oleh parti komponen Pakatan Rakyat. (PAS, PKR dan DAP).
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
1 comment:
Inilah taktik gerakan gereja di negara jiran yang mudah memurtadkan jutaan mantan Muslim/Muslimah dek kemiskinan dan longgarnya keimanan.
Bilamana mereka bebas menggunakan kalimah Allah, maka Kalimah Bismillah Hirrahman Nirrahim disamakan dengan kepercayaan 'Triniti' mereka.
Perang sabilillah pun yang sanggup untuk mempertahankan kesucian kalimah Allah.
Post a Comment