Wednesday, December 5, 2012

ANTARA BUKTI MANFAAT UNTUK RAKYAT DARI #PAU2012

Acap kali apabila Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) berlangsung banyak perkara dibahaskan dan pelbagai saranan dimajukan untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti.

Kebiasaannya sebahagian besar daripada usul atau saranan yang dibahaskan akan diaplikasikan dalam pentadbiran Kerajaan Pusat dalam tempoh terdekat atau selang masa tertentu selepas kajian lanjut di peringkat pentadbiran dilakukan.

Namun segala macam kebaikan dan manfaat dari PAU 2012 atau sebelumnya jarang mendapat perhatian ramai disebabkan fokus masing-masing lebih menjurus pada pendedahan dan kupasan isu-isu politik semasa.

Untuk itu, dikesempatan ini agak elok untuk kita sama-sama perhalusi pelbagai saranan bermanfaat dan faedah yang bakal diperolehi rakyat hasil dari kesepakatan yang dibincangkan semasa PAU 2012 yang baru sahaja selesai beberapa hari lepas.

1) Had pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dinaikkan dari RM50,000.00 kepada RM100,000.00 sebagai menghargai ketekunan dan kecekalan golongan wanita dalam bidang perniagaan.

2) Sebahagian daripada lebih 240,000 rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis atau bankrap bakal mendapat peluang kedua apabila Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967.

3) Briged Orang Kurang Upaya (OKU) ditubuhkan untuk membela nasib golongan tersebut serta sebagai pemudahcara dalam memperjuangkan kebajikan mereka dalam isu perumahan, pekerjaan dan latihan.

4) Cadangan menubuhkan Yayasan Tanah Wakaf 1Malaysia untuk menyeragamkan pentadbiran tanah wakaf di seluruh negara.

5) Saranan penubuhan Madrasah 1Malaysia yang di urus tadbir oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dengan menumpukan pengajaran Al-Quran dan asas-asas agama Islam.

6) Mempraktikkan perubatan mukjizat al-Quran sebagai perubatan altenatif di hospital kerajaan.

7) Memperhebatkan program dakwah dan keagamaan melalui segenap media bagi mengubah persepsi buruk terhadap Islam serta meningkatkan pembabitan golongan agama dalam UMNO.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment