KL CHRONICLE: @rafiziramli SUDAH MULA OBSES DENGAN MUSA AMAN

Saturday, November 24, 2012

@rafiziramli SUDAH MULA OBSES DENGAN MUSA AMAN


Datuk Musa Aman membidas pihak pembangkang dan menggelar mereka bankrap politik kerana percubaan mendesak Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah yang menurut beliau sudah dibersihkan.
“Dari awal lagi, saya mempunyai keyakinan tinggi dengan integriti ICAC dan saya akan dilepaskan. Sekarang ICAC sudah membersihkan saya. Ia membawa pengakhiran kepada kesakitan dan penderitaan yang terpaksa keluarga saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini,”katanya dalam satu kenyataan malam tadi, merujuk kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong.
Musa mengatakan beliau tidak faham mengapa PKR tidak boleh menerima kebenaran.
“Apa lagi yang mereka mahu? Mereka cuba lagi untuk menggunakan aduan untuk mendapat keuntungan politik.
“Mereka mengulangi kisah lama yang sama. Saya fikir saya berhak untuk menyimpulkan bahawa pihak pembangkang bankrap politik. Kami berhak untuk melayan dakwaan ulangan mereka baru-baru ini dengan penghinaan yang layak mereka terima.
“Saya tetap merendah diri, tetapi sudah tentu terdapat had terhadap kesabaran seseorang.” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Nazri, ICAC menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan Musa.
Pada hari Rabu Nazri berkata dakwaan bahawa badan anti-rasuah Malaysia gagal untuk bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Hong Kong adalah “tidak benar”.
Menjawab soalan daripada pemberita yang menegaskan terdapat dakwaan bahawa siasatan telah ditutup oleh ICAC kerana tidak mendapat kerjasama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menteri itu berkata:
“Tidak benar ... apabila ia melibatkan rasuah, mereka adalah rangkaian antarabangsa dan kita tidak boleh untuk tidak bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah negara lain. Rasuah sekarang adalah jenayah yang tidak mengenal sempadan ... ia tidak benar.
“Jangan dengar cakap orang, orang boleh cakap macam-macam. Mereka bercakap tanpa fakta dan hanya membuat tuduhan, kita tidak harus mengambil serius dakwan-dakwaan seperti itu kecuali badan berkenaan sendiri mengatakannya ... apa yang penting adalah apa yang ICAC kata.”

176 comments:

Borneo Native said...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

RAFIZI DOUBLE STANDARD TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI HERO

Sekarang ini, PKR menerusi Rafizi Ramli dan Sivarasa Rasaiah sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengenakan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang dikatakan memperolehi RM40 juta secara haram dari seberang laut. Sekalipun telah dijelaskan bahawa wang berkenaan adalah derma politik, namun PKR tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Bahkan sewaktu ICAC Hong Kong menegaskan bahawa siasatan mereka tidak menemui sebarang penyelewengan atau money laundering sepertimana yang dituduh oleh PKR, Rafizi Ramli dan konco-konconya ke Hong Kong untuk memujuk agar kes tersebut dibuka semula.

DARIPADA BANGKITKAN ISU YANG SUDAH SELESAI, BAIK BANGKITKAN ISU RM3 BILION ANWAR

Borneo Native said...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

RAFIZI DOUBLE STANDARD TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI HERO

Dan seperti dalam kes Scorpene, Rafizi Ramli segera mewar-warkan bahawa kes tersebut telah dibuka semula oleh ICAC untuk disiasat. Manakala Sivarasa Rasaiah pula menyatakan bahawa UBS Bank di Switzerland sedang membuka kes siasatan berhubung penggubahan wang haram (money laundering) membabitkan USD90 juta yang juga melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Hebat sungguh PKR berusaha untuk mengenakan pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Namun ada satu kes yang sudah sangat lama dan sehingga sekarang, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun perbicaraan dibuat. Kes tersebut melibatkan penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


DARIPADA BANGKITKAN ISU YANG SUDAH SELESAI, BAIK BANGKITKAN ISU RM3 BILION ANWAR

Borneo Native said...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

RAFIZI DOUBLE STANDARD TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI HERO

Jumlahnya pula adalah sebanyak RM3 bilion... jumlah yang sangat besar berbanding tuduhan yang dilemparkan kepada Musa Aman mahupun Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

5 Jun 2012, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal lebih 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.

7 Jun, Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula meminta Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Abdul Murad, sekiranya pengakuan berkanunnya itu adalah fitnah semata-mata. Anuar Shaari juga meminta Anwar menjelaskan sama ada akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan.

10 Jun, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut memberikan respons agar Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.


DARIPADA BANGKITKAN ISU YANG SUDAH SELESAI, BAIK BANGKITKAN ISU RM3 BILION ANWAR

Borneo Native said...

RM40 juta sudah siasat, RM3 bilion Anwar bila lagi?

RAFIZI DOUBLE STANDARD TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI HERO

Namun Anwar Ibrahim langsung tidak menjawab. Pun begitu, pada masa yang sama, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun ulasan yang diberikan oleh pihak berkuasa berhubung Pengakuan Berkanun Datuk Abdul Murad bin Khalid. Manakala konco-konco Anwar Ibrahim juga, langsung tidak berani bersuara atau mencuit perkara berkenaan, walaupun pada masa yang sama, mereka begitu sibuk dengan para pemimpin UMNO yang lain, seolah-olah mereka cuba mengelakkan orang ramai dan para pengundi daripada mengetahui kisah Anwar melarikan wang negara secara haram.

DARIPADA BANGKITKAN ISU YANG SUDAH SELESAI, BAIK BANGKITKAN ISU RM3 BILION ANWAR

Borneo Native said...

Rafizi ke Hong Kong hanya untuk makan angin

RAFIZI DOUBLE STANDARD TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI HERO

"Menurut delegasi PKR, mereka percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar, dan mereka berharap ICAC dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman. Selain itu, delegasi PKR juga telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC."

ingatkan Rafizi benar-benar dedahkan bukti dalam bentuk dokumen, resit, bank statement, gambar, video atau sebagainya, rupanya dia hanya petik kenyataan Lajim dan Bumburing dan menggambarkan kenyataan itu adalah bukti yang mewajarkan pihak ICAC membuka semula kes RM40 juta? Belum reda lagi isu Rafizi terkantoi dalam sidang media beliau sendiri dimana beliau membuat pendedahan video Hummer yang tidak nampakpun kelibat pihak tertuduh berada dalam Hummer berkenaan. Selepas beliau gagal memperbodohkan wartawan, kini beliau ke Hong Kong pula untuk memperbodohkan pegawai-pegawai ICAC.


DARIPADA BANGKITKAN ISU YANG SUDAH SELESAI, BAIK BANGKITKAN ISU RM3 BILION ANWAR

Borneo Native said...

Rafizi ke Hong Kong hanya untuk makan angin

RAFIZI DOUBLE STANDARD TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI HERO

Jauh-jauh dia datang, dari Malaysia ke Hong Kong, hanya 3 "bukti" itu saja yang dia bawa? Dia ke Hong Kong semata-mata untuk makan angin ka? Boleh percaya ka bila Rafizi cakap akan menyerahkan lebih banyak bahan bukti dalam tempoh 3 minggu? jika benar bukti-bukti itu ada dalam simpanan beliau, kenapa tidak serahkan saja hari ini? Sepatutnya Rafizi berterus terang kepada pihak ICAC bahawa buat masa ini beliau tidak mempunyai apa-apa bukti selain dari kenyataan dua ekor katak dan video Hummer yang telah gagal menarik minat wartawan di negara ini.

DARIPADA BANGKITKAN ISU YANG SUDAH SELESAI, BAIK BANGKITKAN ISU RM3 BILION ANWAR

Borneo Native said...

Rafizi ke Hong Kong hanya untuk makan angin

RAFIZI DOUBLE STANDARD TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI HERO

Kenyataan Lajim dan Bumburing tidak boleh dianggap sebagai bahan bukti, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua ahli politik ini mempunyai kepentingan dengan parti politik Pakatan Rakyat. Sudah tentulah Lajim dan Bumbring akan membuat kenyataan yang memburuk-burukkan kerajaan BN. Malah, kedua-dua katak ini juga tidak pernah mendedahkan bukti bahawa wang itu dimasukkan ke akaun peribadi menteri. Jesteru, Bagaimana Rafizi boleh anggap kenyataan itu sebagai bukti?

DARIPADA BANGKITKAN ISU YANG SUDAH SELESAI, BAIK BANGKITKAN ISU RM3 BILION ANWAR

Borneo Native said...

Rafizi ke Hong Kong hanya untuk makan angin

RAFIZI DOUBLE STANDARD TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI HERO

Nampaknya Rafizi begitu obses dengan kerja yang direka oleh parti beliau sendiri sehinggakan saban hari tidak ada perkara lain yang difikirkannya selain dari berusaha untuk mencari kesalahan UMNO dan Barisan Nasional. Namun sesuatu yang amat-amat perlu rakyat ketahui adalah dalam kesibukan Rafizi berusaha mencari dan mendedahkan kepincangan ataupun apa yang beliau faham sebagai penyelewengan pernahkah anda semua terfikir mengapa agaknya Rafizi berbuat demikian?

DARIPADA BANGKITKAN ISU YANG SUDAH SELESAI, BAIK BANGKITKAN ISU RM3 BILION ANWAR

Anonymous said...

PKR sudah semakin terdesak untuk menjadikan Anwar PM sehinggakan menggunakan kes yang telah settle.

Anonymous said...

Rafizi boneka Anwar pasti sanggup untuk lakukan apa saja untuk kepentingan sendiri.

Anonymous said...

Pembankang yang bersikap hipokrit dan double standard hanya membosankan.

Anonymous said...

Pasti kepulangan Rafizi dari Hong Kong berbekalkan kenyataan2 palsu.

Anonymous said...

Kita jangan mudah terpedaya dengan helah pembankang

tul said...

tuduhan yang tidak berasas patut dibiarkan saja.

tul said...

tuduhan yang tidak berasas patut dibiarkan saja.

tul said...

sehingga kini pembangkang gagal buktikan tuduhan yang mereka buat.

tul said...

isu ini dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat Sabah.

tul said...

isu jet peribadi dan bas mewah tidak pula diambil perhatian oleh pembangkang.

tul said...

oleh itu, setiap orang harus bijak dalam membuat penilaian.

Anonymous said...

Sudah lama Rafizi Ramli Obses dengan Musa Aman.

Anonymous said...

Memang sudah habis bankrap idea untuk menjatuhkan UMNO-BN.

Anonymous said...

Tapi ICAC bukanlah naif macam PKR ni, mereka tidak membuka kes selagi tiada bukti baru dalam isu ini.

Anonymous said...

Mereka ingat senang mendesak pihak ICAC untuk membuka kes ini semula, tidak semudah yang mereka fikirkan.

Anonymous said...

Jika pihak pembangkang masih gagal mengemukakan bukti yang baru, jangan harap ICAC akan buka semula kes ini.

Anonymous said...

ICAC sudahpun melepaskan Musa Aman, tapi PKR tidak mahu lepaskannya.

Anonymous said...

Pihak ICAC sudah pernah menyiasat Musa Aman sendiri tapi gagal mendapatkan sebarang bukti yang menunjukkan bahawa beliau terlibat dalam rasuah.

Anonymous said...

ICAC melepaskan beliau kerana tiada bukti untuk mendakwa beliau. PKR masih tidak faham-faham lagi.

Anonymous said...

Bagus kita tunggu dan lihat apa macam nanti, tiada bukti, tiada pembukaan semula kes ini.

Anonymous said...

ICAC tidak akan layan Ramli Rafizi jika tiada bukti yang mencukupi.

elle said...

The opposition are good at spinning stories so they could confuse the people.

elle said...

luckily the people are now wise enough to think and judge the situation for their own self.

flash said...

If Rafizi is sincere about fighting corruption then he should insist sprm investigate on the pkr members.

flash said...

the opposition are a bunch of hypocrites that only cares about becoming the government without providing a proper solution to the people's problem.

flash said...

The opposition way of getting votes is through lies and fake promises. People must vote wisely. The future of sabah is in our hands.

flash said...

this issue is no longer an issue. icac has confirmed that there is no element of corruption in this case. Thus, case close!

flash said...

Unless the opposition could provide a strong evidence to prove that there is element of corruption,then the case will re-open.

klaus said...

Why must it take 3 weeks for rafizi to obtain the evidence????Sounds very fishy don't you think. He could have brought the evidence with him to hong kong to avoid waste of time and money.

klaus said...

Its typical for a strategy director to act such a way in order to get the people votes. Let us not easily get influence by the opposition.

mantera said...

Pembangkang ketandusan politik aka bangkrup, kerana mereka terus memutar-mutar kisah lama, megulang-ulangnya agar supaya kelihatan betul.

mantera said...

Pembangkang benar-benar mengunapakai cara Nazi, menungulang-ulang isu palsu, agar supaya isu tidak benar menjadi betul dan menerimanya.

mantera said...

Pembangkang tidak boleh menerima tindakan ICAC Hong Kong yang memberishkan Musa dalam kes RM 40 Juta sumbangan kepada Umno Sabah.

mantera said...

Pembangkang melalui Rafizi Ramli sanggup ke Hong Kong untuk mengemukakan "bukti" untuk mendesak badan pencegah rasuah Hong Kong itu membuka semula isu itu.

mantera said...

Rafizi membuat tuduhan bahawa kononnya kerajaan Malaysia yang beri tahu ICAC, bahawa RM40 juta daripada Hong Kong itu adalah sumbangan.

mantera said...

Berasaskan dakwaan daripada Rafizi, seolah-olah, pihak ICAC menerima sahaja kenyataan daripada pihak Malaysia, atas sebab itu ICAC menutup kes itu.

mantera said...

Rafizi tidak merungkai, hasil sisatan lebih sebulan oleh ICAC di Sabah.

mantera said...

apabila ICAC selesai membuat siasatan, badan pencegah rasuah Hong Kong itu berpuas hati, bahawa memang wang RM40 juta adalah sumbangan kepada Umno Sabah.

mantera said...

Kenyataan Rafizi berhubung dengan keputusan ICAC sebelum ini, seolah-olah badan itu terlalu bodoh dan tidak buat siasatan.

mantera said...

Rafizi tidak puas hati, apabila ICAC Hong Kong dan SPRM memberi jawapan, bahawa tiada sebarang unsur rasuah berhubung sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah.

mantera said...

Pihak ICAC Hong Kong telah menjalankan siasatan terperinci mengenai perjalanan wang tersebut, bermula daripada bagaimana wang itu dihantar ke akaun Umno, sehinggalah kepada penggunaan wang tersebut.

mantera said...

Demi memutar belitkan fakta, Rafizi menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri- Datuk Nazri Aziz berbohong di dewan rakyat, apabila menteri itu memberi jawapan sepertimana yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepadanya.

Melalui jawapan yang disediakan SPRM itu, sudah tentunya dilampirkan keputusan daripada ICAC pihak yang melakukan siasatan.

mantera said...

Rafizi mahu mengwujudkan persepsi bahawa pihak SPRM yang melakukan siasatan, kebenarannya pihak SPRM hanya berkerjasama dengan ICAC semasa siasatan itu selama berlangsung lebih sebulan di Sabah.

mantera said...

Rafizi Ramli mengelirukan pengertian kenyataan Pengarah Pendakwaan Hong Kong Kevin Zervos, yang menyatakan melalui temubual dengan portal Malaysia yang Pro pembangkang, bahawa badan Hong Kong itu, bersedia membuka semula siasatan jika ada bukti-bukti baru.

mantera said...

Rafizi hanya membuat tohaman dan dakwaan. Bagi dia, betul kah dakwaan itu, bukan penting, yang mustahak, dia mampu mengwujudkan persepsi negatif.

mantera said...

Pembangkang akan terus mengwujudkan fitnah kerana mereka telah memutuskan mengambil pendekatan, menghalalkan sebarang cara untuk mendapat sokongan rakyat.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat kalau bercakap kononnya merekalah yang paling bersih, paling tulus, paling adil.

Anonymous said...

hakikatnya byk penyelewengan pakatan lakukan. Pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor bukan lagi dilakukan secara tersorok malahan ianya dilaksanakan secara terang-terangan seperti skandal pasir oleh kerajaan pakatan Selangor.

Anonymous said...

PKR dan DAP dikesan paling banyak menyalahgunakan dana negeri untuk kepentingan mereka.

Anonymous said...

bagi pembangkang sesuatu isu itu ada kene mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.

Anonymous said...

Mengapa Rafizi tidak mengulas ataupun menegur kepimpinan PKR iaitu Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan PKR yang lain mengenai isu Pesawat Peribadi.

Anonymous said...

mana Rafizi dalam isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ambil alih hutang Talam Corporation Bhd. (Talam)? Di mana Rafizi dalam isu RM3 bilion melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan?

Anonymous said...

semakin banyak isu yang dibongkar oleh pembangkang, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau ‘desperate’ untuk mencari populariti.

Anonymous said...

RAKYAT saban hari didodoi dengan fitnah, kerana itulah agenda pembangkang. Para pemimpin pembangkang tidak lagi berperanaan sebagai pembangkang, untuk memberi maklumat dan cadangan alternatif kepada rakyat, akan tetapi mengatur bagaimana membuat fitnah, kemudian fitnah itu diputar belit, seolah-olah benar.

Anonymous said...

Apa sahaja dibuat kerajaan pada masa ini semuanya tidak betul. Mereka memutar belit tindakan kerajaan, kononnya untuk kepentingan para pemimpin BN sahaja, bukannya untuk rakyat.

Anonymous said...

Bajet 2013 misalnya, mereka memperlekehnya, kerana kononnya bajet itu bajet tidak bermoral, malah angka pendapatan negara, kononnya palsu.. dan permainan matematik.

Anonymous said...

Sebenarnya, para pemimpin pembangkanglah yang bercakap tembak-tembak, sebagai contoh, angka-angka bajet Pakatan Rakyat yang berjumlah RM234bilion dengan pendapatan RM179 bilion adalah angka tembek-tembek, kerana mereka tidak mempunyai data yang cukup untuk merangka bajet. Pun demikian, mereka beranggapan, bahawa bajet merekalah kononnya yang betul, manakala bajet kerajaan BN adalah bajet palsu.

Anonymous said...

Anggapan para pemimpin Pakatan Rakyat ini sebenarnya bahaya untuk negara, kerana apabila ada rakyat yang mempercayainya, maka boleh menimbulkan masalah kepada negara.

Anonymous said...

Masalah kapal selam scorpene misalnya, mereka memutar-mutar fitnah, seolah-olah Najib terlibat dalam isu yang mereka reka. Mereka mahu mengwujudkan persepsi, bahawa kejelekan ada pada Najib, agar supaya rakyat percaya, kemudian itu mempengaruhi rakyat dalam memlih kerajaan dalam pilihanraya.

Anonymous said...

Tindakan BERSIH dalam mengecam SPR berhubung daftar pemilih misalnya, sekurang-kurangnya telah mengwujudkan persepsi, bahawa badan yang mengendalikan pilihanraya itu tidak telus; sedangkan selama 12 kali pilihanraya, badan yang sama juga yang mengendalikan.

Anonymous said...

SPRlah yang membolehkan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan dan Kelantan dimenangi Pembangkang. Kalaulah SPR berpihak kepada BN, takkanlah sejak tahun 1990, BN berusaha menang di Kelantan, tetapi hingga tahun 2008, semuanya gagal.

Anonymous said...

Pembangkang kini semakin gah kerana selain mempunyai sumber kewangan daripada kerajaan negeri yang mereka kuasai untuk menghadapi pilihanraya, juga mereka mendapat dana daripada negara asing.

Anonymous said...

Melalui berbagai instrumen media dan pengamal media alternatif yang dikepalai Malaysiakini, Malaysian insider dan beberapa media laternatif lain, spin fitnah mereka telah sampai ke seluruh pelosok tanahair, kerana media internet sudahpun terdapat di mana-mana.

Anonymous said...

Kerajaan melalui media arus perdana, seperti TV3 dan media kawalan Umno, berjaya mereka lampaui, sehingga apa sahaja berita yang disiarkan oleh media-media itu, kononya palsu dan hanya propaganda.

Anonymous said...

Dikhuatirkan, semasa pilihanraya ke-13 nanti, rakyat ke peti undi dan mengundi berasaskan fitnah. Jika ini berlaku, maka malapetaka untuk negara.

Anonymous said...

Yang peliknya, walaupun janji-janji pembangkang semasa kempen pilihanraya 2008, hampir sepenuhnya belum tertunaikan, akan tetapi, parti-parti itu masih mendapat sokongan, malah ada pemimpin BN sendiri berjaya mereka pengaruhi sehingga menyebelahi mereka.

Anonymous said...

Faktor apa kah yang menyebabkan pembangkang masih dapat mempengaruhi rakyat? jawabnya mereka bijak memilih isu. Isu majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka misalnya, mereka angkat sebagai isu utama, untuk menggambarkan bahawa pemimpin BN lebih suka berpoya-poya berbanding membantu rakyat.

Anonymous said...

Suatu ketika dahulu, mereka juga mengangkat isu pertunangan anak Najib, isu gelang isteri Najib, isu lawatan Najib ke luar negara dan isu bil litrik kediaman Perdana Menteri.

Anonymous said...

Cara mereka itu, apabila dikuti oleh pihak BN dengan mengangkat isu Jet Peribadi Anwar, isu Talam; mereka menjawabnya dengan melakukan himpunan Bersih dan dijadualkan pada 3 November.

Anonymous said...

Sebenarnya BN tidak mahu memberikan rakyat maklumat yang tidak berasas dan berbaur fitnah, kerana kerajaan BN hanya ada beragenda untuk membangun negara.

Anonymous said...

Kerajaan BN hanya memberikan apa yang perlu dibuat demi kebaikan negara. BN bukan bercakap retorik, akan tetapi berasaskan JANJI DITEPATI, berlainan dengan Pembangkang, janji bukan untuk ditetapi, tetapi JANJI ASALKAN DAPAT SOKONGAN UNTUK MERAMPAS PUTERAJAYA.

Anonymous said...

Inilah yang dihadapi BN sekarang ini, apakah jumlah rakyat yang memelih JANJI DITEPATI akan lebih ramai berbanding dengan yang menyokong JANJI UNTUK BERJANJI, UNTUK DAPAT SOKONGAN?

Anonymous said...

Masing2lah rakyat tentukan nasib pembangkang mahupun kerajaan PRU nanti.

Anak Sabah said...
This comment has been removed by the author.
Anak Sabah said...

PKR’s Rafizi Ramli should stop pestering Hong Kong to reopen Datuk Musa Aman’s RM40 million graft probe, says Sabah Barisan Nasional (BN) secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan, adding he will reveal official correspondence from the territory’s anti-graft agency tomorrow to prove they had closed the case of their own accord.

Anonymous said...

“I will reveal the letter from the ICAC showing that the case was closed. I have the document that he has been hunting for... I will reveal it in a press conference in Parliament on Thursday,”

Anak Sabah said...

He was responding to Rafizi’s plan to lead a four-man mission to Hong Kong to pressure the Independent Commission Against Corruption (ICAC) into reopening the graft probe against Musa and Sabah timber trader Michael Chia.

Anak Sabah said...

Rafizi is heading a four-man delegation hoping to resurrect the ICAC probe.

Anak Sabah said...

He called Rafizi an 'actor' and a 'hypocrite' obsessed with 'political theatrics' for organising the trip just because he refused to believe that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the ICAC had investigated the matter thoroughly and dropped the case for valid reasons.

Anak Sabah said...

Abdul Rahman further accused Rafizi of practising double standards for distrusting the MACC’s decision to close Musa’s case when he had accepted the Anti-Corruption Agency’s (ACA) decision in the late 1990s call off its probe on allegations that Datuk Seri Anwar Ibrahim once controlled some RM3 billion in master accounts.

Anak Sabah said...

“But stop, stop being an actor. This is something very serious in nature because there is mention of the Sabah Chief Minister (Musa),” he told Rafizi.

Anak Sabah said...

If Rafizi insists on going to Hong Kong, however, Abdul Rahman said he will match the PKR man’s theatrics by collecting donations to fly him to the UK, US and Singapore to dig up the dirt on the RM3 billion allegation against Anwar.

Anak Sabah said...

“Dig up what happened to that RM3 billion... after you (Rafizi) finish your business in Hong Kong, take a connecting flight to the UK, the US and Singapore.

Anak Sabah said...

“If he (Rafizi) does not have money, I will take pity of him... I will try to raise funds among Umno members, start a fund... ‘Tabung Pembongkaran RM3 billion’ during the Umno annual general meeting next week and get members to donate and buy him the flight tickets,” Abdul Rahman said.

Anonymous said...

Perwakilan telah membuat pilihan sebuah saf kepimpinan yang dianggap oleh Najib sebagai cukup ampuh buat Umno untuk mengharungi cabaran mendatang.

Anonymous said...

Berdasarkan perbahasan perwakilan, rata-rata menyifatkan saf kepimpinan yang diterajui Datuk Seri Najib ini sebagai yang terbaik lantaran menggabungkan muka lama dan baru.

Anonymous said...

Kini terpikul tanggungjawab besar pada bahu setiap pemimpin yang dipilih untuk merealisasikan impian bagi pembaharuan itu sebagai satu realiti.

Anonymous said...

Harapan begitu tinggi disandarkan oleh perwakilan untuk melihat perubahan dan pembaharuan itu dalam tempoh yang tidak begitu lama. Proses ke arah itu tidak boleh dilambatkan atau diperlahankan, kerana ahli di peringkat akar-umbi memerhati perkembangan dan mengikuti setiap gerak-geri pemimpin yang diharapkan.

Anonymous said...

banyak suara harapan kedengaran dari segenap kawasan, yang mahukan suatu anjakan paradigma untuk parti, supaya Umno kekal unggul dan relevan.

Anonymous said...

Umno perlu berubah segera sebelum hanyut dan terjerumus dalam putaran arus politik yang ganas.

Anonymous said...

bahawa Umno harus berubah kerana, jika tidak, parti akan rebah dalam pilihan raya akan datang.

Anonymous said...

Melihat kepada nada suara perwakilan dan pimpinan pelbagai peringkat, jelas bahawa Umno kini berada di landasan betul untuk mengharungi proses transformasi.

Anonymous said...

Keyakinan bagi Umno melakukan perubahan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan tegas Datuk Seri Najib

Anonymous said...

Antara yang ditekannya, sebagai bukti keseriusan Umno untuk melakukan perubahan ialah cadangan bagi meminda perlembagaan parti, bagi menghapuskan sistem kuota, dan menggubal sistem pemilihan parti yang baru

karulnaim said...

Nampak benar PKR ini sedang mencari kebenaran yang tidak ada benarnya. Ini cuma cara pembangkang mencari sokongan daripada rakyat.

karulnaim said...

Inikah kerajaan seterusnyan yang diinginkan oleh Rakyat? PKR ini layakkan menjadi Kerajaan jika berperangai seperti ini.

karulnaim said...

Nampak sangat yang mana PKR ini pihak yang cuba mengelirukan rakyat. Apa jadi kalau mereka ini menjadi kerajaan? pasti pelbagai undang-undang ditukar untuk kepentingan peribadi politik mereka.

karulnaim said...

Buat apa kita mahu tukar kerajaan yang sedia ada ini kalau kerajaan yang ada ini sudah memberikan yang terbaik untuk Sabah.

karulnaim said...

2minggu? kenapa lama sangat. Kenapa tidak 2tahun lagi. Rafizi sudah-sudahlah mahu reka cerita mengenai RM40m. Sudah terbukti yang mana duit itu adalah sumbangan politik kepada UMNO Sabah.

karulnaim said...

Datuk Musa Aman terpaksa keluar dari sarang berdiamnya atas desakan tipu dan fitnah yang dibuat oleh pihak PKR ini. Kalau kita lihat pun hanya PKR yang sedang memainkan isu ini. Tapi bukan DAP dan PAS.

karulnaim said...

Kenapa PAS langsung tidak bersuara akan perkara ini? Kerana tahu yang mana PKR sedang melakukan kesalahan besar iaitu menfitnah orang lain. Jadi PAS tidak mahu membantu untuk mencari dosa besar ini.

karulnaim said...

Apa yang kita dapat cakapkan mengneai Pembangkang ini adalah Pembangkang ketandusan politik aka bangkrup. Sengaja memutar belitkan cerita dan membongkar semula isu yang selesai untuk kepentingan politik mereka sendiri.

karulnaim said...

Mereka terus memutar-mutar kisah lama, megulang-ulangnya agar supaya kelihatan betul. Itulah yang kita dapat lihat apa yang PKR cuba lakukan sekarang ini.

karulnaim said...

Mengulang-ulang isu palsu, agar supaya isu tidak benar menjadi betul dan menerimanya. Tidak patut begini bukan rakyat Malaysia. Ini satu penipuan, menipu satu kesalahan dan kesalahan patut masuk penjara.

albet wong said...

Sebenarnya apa yang berlaku adalah Pembangkang tidak boleh menerima tindakan ICAC Hong Kong yang memberishkan Datuk Musa.

albet wong said...

Dalam kes RM 40 Juta sumbangan kepada Umno Sabah mendapat respon yang negatif daripada Pembangkang kerana mereka dengki dengan apa yang BN dapat itu.

albet wong said...

Pembangkang melalui Rafizi Ramli sanggup ke Hong Kong untuk mengemukakan "bukti".Tapi tidak ada bukti yang kukuh diberikan.

albet wong said...

Balik lepas itu cakap akan mendedahkan bukti lagi selepas 2 minggu. Jadi apa guna datang ke Hong Kong baru-baru ini.

albet wong said...

Habiskan duit rakyat saja kalau macam itu. Datang tapi tidak ada apa-apa pun yang dilakukan.

albet wong said...

Mendesak badan pencegah rasuah Hong Kong itu membuka semula isu itu. Ini saja yang Rafizi lakukan. tapi sayang juga bukti tidak ada.

albet wong said...

Dengar-dengar lagi semua bukti yang diberikan baru-baru ini ditolak sebab itu bukannya bukti tapi tidak tahu mahu panggil apa lagi.

albet wong said...

ICAC tahu apa tugas mereka. Setiap perkara yang disiasat maka perlulah mengikut prosuder yang ditetapkan dan bukannya terus buka begitu saja seperti kehendak Rafizi.

albet wong said...

Menunggu lagi 2 minggu. Itu pun tidak pasti lagi bukti apa yang akan didedahkan oleh Rafizi. tahu-tahulah kalau sudah bankrap isu ini. Macam macam boleh diputar belitkan.

albet wong said...

Apa pun yang pasti sekarang ini Datuk Musa telah dibersihkan dalam kes ini dan yang mana duit itu bukannya kes rasuah dan penyelewangan namun itu adalah sumbangan politik untuk UMNO Sabah.

Datuk Seri said...

Penguatkuasa anti-rasuah Hong Kong menulis secara peribadi kepada Datuk Musa Aman pada Disember lepas untuk memaklumkan Ketua Menteri Sabah itu bahawa beliau tidak lagi disiasat untuk tuduhan rasuah RM40 juta
— sumbangan kepada Umno negeri tersebut, menurut surat yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.

Datuk Seri said...

Dalam surat pada 22 Disember 2012, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) menjelaskan kepada ketua menteri itu mereka memulakan siasatan selepas menerima aduan terhadapnya, sambil menambah bahawa
ini dikehendaki oleh undang-undang Hong Kong berkenaan dengan rasuah.

Datuk Seri said...

Tetapi agensi itu berkata bahawa selepas melengkapkan siasatan dan memfailkan laporan kepada Jawatankuasa Semakan Operasi (ORC), kedua-dua jawatankuasa dan Pesuruhjaya ICAC bersetuju untuk tidak meneruskan lagi penyiasatan “di atas asas fakta sudah diketahui”.

Datuk Seri said...

Surat, yang menggunakan kepala surat ICAC, ditandatangani oleh Ketua penyiasat Tso Wai-Yan dan ditujukan
kepada Musa dialamatkan ke pejabat beliau di Kota Kinabalu. Tiada individu lain diberi salinan dokumen itu.

Datuk Seri said...

Surat, yang menggunakan kepala surat ICAC, ditandatangani oleh Ketua penyiasat Tso Wai-Yan dan ditujukan
kepada Musa dialamatkan ke pejabat beliau di Kota Kinabalu. Tiada individu lain diberi salinan dokumen itu.

Datuk Seri said...

Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menunjukkan kepada The Malaysian Insider gambar surat
tersebut daripada iPad, sambil berkata satu halaman surat-menyurat boleh mempertahankan Musa dan Umno terhadap dakwaan daripada pemimpin pembangkang mengenai skandal tersebut menjelang pilihan raya akan
datang.

Datuk Seri said...

Abdul Rahman menegaskan bahawa surat itu adalah peribadi dan sulit kerana ianya hanya ditujukan kepada Musa, menunjukkan bahawa agensi telah bertindak secara bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

“ICAC profesional. Tiada seorang pun diberikan salinan surat tersebut. Mereka menghormati hak tertuduh untuk kerahsiaan,” Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider.

Datuk Seri said...

Ahli parlimen Kota Belud pada mulanya berjanji untuk mendedahkan surat pada sidang akhbar Khamis lepas tetapi berkata bahawa nasihat daripada peguam, salinan fizikal dokumen akan disimpan buat masa sekarang dandigunakan sebagai “senjata” Umno Sabah untuk membuktikan Musa tidak bersalah.

Datuk Seri said...

Beliau berkata, Ketua Menteri dan Umno Sabah sedang memikirkan tindakan undang-undang terhadap
pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, yang kembali minggu lepas dari misi dua hari di Hong Kong untuk menggali maklumat mengenai kes Musa.

Datuk Seri said...

“Saya berjanji untuk mendedahkan surat ini tetapi selepas membincangkan perkara itu dengan peguam bagi Ketua Menteri dan Umno Sabah, mereka menasihatkan saya supaya tidak mendedahkan ia kerana akan digunakan jika ada tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

“Ia memang satu pilihan. Rafizi melanggar beberapa undang-undang,” kata Abdul Rahman.

Datuk Seri said...

Sebagai contoh, ahli parlimen Sabah itu berkata bahawa selain daripada fitnah, Rafizi melanggar seksyen 29 (4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang melindungi identiti seorang tertuduh.

Datuk Seri said...

Seksyen tersebut menyatakan laporan yang dibuat terhadap suruhanjaya tersebut, “hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang yang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan dibawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu melainkan dengan persetujuan Pendakwa Raya atau pegawai berpangkat Pesuruhjaya keatas.”

Anonymous said...

Rafizi ni macam dah angau sangat dengan Musa..haha

Anonymous said...

Budaya rasuah ternyata cukup sukar untuk dicabut keluar daripada pentadbiran dan pengurusan di negara ini. Biarpun muncul 'Kerajaan Pakatan Rakyat', kerajaan tersebut ternyata jauh lebih RASUAH berbanding kerajaan Barisan Nasional. Bagaimanapun, kaedah rasuah yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat, lebih 'mulus', lebih 'mesra rakyat' dan kelihatan 'lebih mulia'.

Anonymous said...

Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh kerajaan Cina berketuakan Lim Guan Eng, benar-benar menggunakan budaya Cina yang tidak memandang salah kepada rasuah sebaliknya menganggap rasuah sebagai
hadiah dan hamper, menggunakan kaedah itu tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah sekalipun pada peringkat kempen, menanam iltizam untuk menjadikan 'rasuah sifar' di Pulau Pinang.

Anonymous said...

Rasuah pertama yang dilakukan oleh Lim Guan Eng adalah dengan menyogok golongan tua menerusi pemberian RM100 setahun. Dan selepas itu, dalam apa-apa sahaja program, sogokan wang dan rasuah dibuat atas nama bantuan, derma dan sebagainya. Terbaharu adalah duit raya kepada kakitangan awam negeri dan guru-guru KAFA.

Anonymous said...

Ternyata RASUAH dalam bentuk duit raya adalah yang paling popular dan golongan kakitangan awam sama
ada di peringkat persekutuan dan negeri, merupakan golongan sasaran untuk amalan rasuah berkembang biak dan berleluasa. Malah dalam keadaan biasa, golongan ini jugalah golongan teramai dan terbanyak mengamalkan rasuah....

Anonymous said...

Kempen pemberian duit raya kepada kakitangan awam sebenarnya tidak lebih daripada paparan sebenar dan
realiti rasuah yang berlaku di negara ini. Rasuah yang dianggap halal ini memperlihatkan keupayaan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk mendapatkan sokongan dan undian daripada kakitangan awam pada pilihanraya nanti.

Anonymous said...

Maka tidak hairanlah, rasuah terus berakar-umbi dan setiap pemimpin pula begitu berbangga kerana mereka boleh memberi rasuah kepada kakitangan awam. Sekalipun masing-masing sibuk beriltizam kununnya ingin membasmi rasuah, hakikatnya para pemimpin politik Malaysia akan MAMPUS KEJUNG kalau rasuah benar-benar dapat dibanteras secara tuntas!!!

Anonymous said...

Cerita kononnya Lajim Ukim hendak melompat parti bukan cerita baru pun. Malah sudah ada yang riuh
bercerita di Sabah bagaimana Lajim sudah mempersiapkan dirinya dengan parti baru tetapi masih menunggu-
nunggu waktu yang sesuai untuk diumumkannya.

Anonymous said...

Barangkali ketidak sabaran Anwar Ibrahim jugalah yang membuatkan Lajim terkedu. Sepatutnya bukan
semalam, sebaliknya 16 Jun...Itu yang dikatakan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang cukup mengenali dan memahami gerak langkah Lajim Ukim.

Anonymous said...

Dari sumber kawasannya sendiri, ORANG KANANNYA bersama-sama beberapa orang AJK Bahagian sudah
siap sedia untuk membantainya. Paling malang sekali ialah apabila dendam masyarakat Kadazan masih
mendendaminya disebabkan kes lompat parti pada tahun 1995 dahulu.Itu belum lagi urusniaga yang berjaya digagalkan oleh Musa Aman. Urusniaga yang dimaksudkan adalah TELUK LIKAS dengan Tan Sri Tiong, ketua puak Foochow Sarawak!

Anonymous said...

Semakin banyak onar yang dibuat oleh Lajim Ukim membuatkan semakin banyak cerita tentang masalahnya di Sabah didendangkan. Ianya tidak sahaja berkisar di Sabah atau kota Kinabalu bahkan sudah sampai ke
COFFEE HOUSE PWTC! Kesilapan besar Lajim Ukim ialah mengorek kuburnya sendiri dengan tangan Anwar Ibrahim. Bahkan manusia pendosa seperti Anwar Ibrahim yang diharapkan oleh Lajim untuk
menyelamatkan dan meneruskan nyawa politiknya semakin mempercepatkan Sakratulmautnya!

Azroy said...

TUDUHAN RAFIZI SATU PERSATU DISANGKAL.. TIDAK LAMA LAGI TERKANTOILAH DIA NI.. TERBANG KE HONG KONG PUN SEKADAR BAWA KENYATAAN LAJIM DAN BUMBURING? MANA BUKTI LAIN YANG KONON ADA PADA RAFIZI?

Azroy said...

JIKA RAFIZI BENAR2 MEMPUNYAI BUKTI KUKUH, KENAPA BELIAU TIDAK SERAHKAN SEKALIGUS KEPADA PIHAK ICAC? KENAPA PERLU TUNGGU DUA MINGGU?

Azroy said...

RAFIZI TUDUH KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA PIHAK ICAC SEDANGKAN PEGAWAI2 ICAC SENDIRI DATANG KE SABAH MENJALANKAN SIASATAN.. SO UNTUK APA ICAC BERGANTUNG SEPENUHNYA DENGAN MAKLUMAT SPRM JIKA PEGAWAI2 MEREKA BOLEH JALANKAN SIASATAN DI NEGARA INI?

Azroy said...

RAFIZI YANG SEBELUM INI DIGELAR AKAUNTAN BODOH, TIDAK LAMA LAGI AKAN DAPAT GELARAN BARU.. IAITU PENYIASAT BODOH DAN DOUBLE STANDARD..

Azroy said...

DALAM ISU RM3 BILION ANWAR, BOLEH PULA RAFIZI SENDIRI YANG SIASAT DAN UMUMKAN TIDAK ADA ELEMEN RASUAH.. DAN DALAM ISU JET MEWAH, BOLEH PULA RAFIZI BERPUAS HATI BILA ANWAR CAKAP PINJAM JET SAMA DENGAN PINJAM JAKET..

Anonymous said...

Kenapa Rafizi obses dengan Musa? Ada unsur2 LGBT?

Anonymous said...

Berhentilah menfitnah wahai Rafizi

Anonymous said...

Janji pembangkang adalah janji retorik.

Anonymous said...

Musa adalah KM yang terbaik di Sabah. Banyak yang cuba menjatuhkan beliau.

Anonymous said...

Musa Aman akan kekal sebagai KM untuk 5 tahun akan datang.

Anonymous said...

Rafizi cakap saja banyak tapi bukti entah apa2.

Anonymous said...

Memang dah obses pun dia ni kat Musa. Ee geli.

Anonymous said...

I think he is simply out of his mind.

Anonymous said...

Much more it is all recycle.

Anonymous said...

Kasihan sungguh pembangkang sekalian.

Anonymous said...

This is too much already.

Anonymous said...

Yes, perhaps the influence of Anwar has made him like that

Anonymous said...

Penjarakan diri sendiri dalam awang awangan.

Anonymous said...

Bersemuka la dengan alam realiti wahai Rafizi.

Anonymous said...

Imagine if he is the one who is holding the money, what would he say?

Anonymous said...

Memang dia sudah obses dengan Musa Aman

Anonymous said...

I don't care who he is.

Anonymous said...

Kerajaan telah memberi apa yang ada kepada kita semua

Anonymous said...

Housing developers nationwide have been encouraged to build more 'green concept' buildings and residential areas to ensure better environmental quality.

Anonymous said...

Sabah will have 32 Automatic Enforcement System (AES) in 21 accident-prone locations, State Road Safety Department (JKJR) director Herdiansah Abdul Karim said.

Anonymous said...

Find ways to deter sale of 1Malaysia notebooks, says Dr Yee

Anonymous said...

The government’s Economic Transformation Programme (ETP) has wrapped up its second year by announcing approximately RM20.6 billion in realised investments as at third quarter 2012.

Anonymous said...

The figure constituted 71 per cent of some RM29 billion in investments committed for the first two years of implementation, said Minister in the Prime Minister’s Department and Performance Management and Delivery Unit chief executive officer, Datuk Seri Idris Jala.

Anonymous said...

“The projects are progressing well. Of the 152 EPPs, 93 per cent are already under way, with 36 per cent currently operational,”

Anonymous said...

Private investment achieved robust growth again to reach a record RM112.2 billion as of September 2012, up 25.5 per cent from the same period last year.

Anonymous said...

In 2011, private investment accounted for 57 per cent and public investment 43 per cent of total investment.

In the nine months of 2012, private investment was at 63 per cent versus 37 per cent public investment.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget