Hari ini Putra World Trade Centre (PWTC), lokasi utama Perhimpunan Agong UMNO (PAU2012) dikejutkan dengan kebiadapan NGO Pro - Pembangkang, Royalti Kelantan yang merempuh masuk ke tempat persidangan Pemuda UMNO dengan niat untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Pemuda UMNO Kelantan.
Pertama sekali persoalan penulis mengapa bersikap sungguh biadap dan kurang ajar merempuh majlis UMNO? Tidak pernah sama sekali UMNO, atau pun Pemuda merempuh mana - mana mesyuarat Agung atau muktamar parti pembangkang?
Keduanya, adakah ini sikap bakal - bakal pemimpin dalam Pakatan Rakyat? Datang mencari publisiti murahan dan berharap pihak UMNO akan bertindak ganas sekaligus memberi political mileage kepada P.R? Jauh skali, UMNO kini semakin matured dan pemimpin Pemuda kini peka terhadap cubaan - cubaan provocative pihak pembangkang.
Hari ini juga merupakan satu detik yang bersejarah buat UMNO dimana partu Hamas yang mentadbir Gaza telah memuji dan berterima kasih kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyokong perjuangan rakyat Palestin. Tidak pula penulis mendengar pihak Hamas memuji PAS, mengapa agaknya?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment