Ketua Ulamak PAS, Datuk Harun Taib menganggap Nurul Izzah tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam agama.
Umur Nurul yang masih muda boleh menyebabkan beliau boleh membuat kesilapan jika bercakap mengenai agama Islam, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.
“Saya mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap mengenai agama Islam.
“Kalau orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama,” kata Harun.
Harun menegaskan beliau tidak mengambil serius bimbang dengan kenyataan Nurul, sebaliknya lebih risau orang yang pandai agama tetapi banyak membuat salah dalam agama.
Dan tokoh PAS itu meminta orang ramai memaafkan Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
“Nurul masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama,” katanya.
KL Chronicle :
Mengapa orang ramai kena maafkan Nurul? Datuk Harun Taib pun akui kenyataan Nurul Izzah itu salah, kenapa Nurul Izzah tidak memohon maaf kepada DYMM Sultan dan orang Islam di negara ini? Beliau pula berlagak sungguh bongkak hingga ingin saman Utusan, dan orang yang mengkritik beliau.
1 comment:
aku sokong NURUL tukar ugama, sebab cakap mesti ada tindakan. NURUL ORANG MELAYU, JADI DIA BOLEH SET A GOOD EXAMPLE FOR OTHER MELAYU.
Post a Comment