KL CHRONICLE: LAGI BUKTI ISU SCORPENE HANYA FITNAH SUARAM DAN PEMBANGKANG

Wednesday, November 7, 2012

LAGI BUKTI ISU SCORPENE HANYA FITNAH SUARAM DAN PEMBANGKANG

Akhbar hari ini melaporkan Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan minat untuk memperluaskan hubungan dagang dengan Malaysia terutama melalui penjualan barangan ketenteraan. Antara yang ditawarkan ialah jet pejuang, helikopter dan juga peluru berpandu. Presiden Hollande juga menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi kerjasama ekonomi.

Kenyataan ini tentulah pelik jika diambil-kira tuduhan SUARAM bahawa kepimpinan Malaysia sedang disiasat atas tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene dari Perancis. Tidak mungkin kerajaan Perancis akan berminat untuk berdagang lagi dengan Malaysia jika tuduhan SUARAM tersebut benar.

Maka, buat kesekian kalinya semakin terang benderang lagi bersuluh bahawa SUARAM telah menipu dan bahawa ia adalah pertubuhan yang diterajui oleh para penipu.

Mengimbas penipuan SUARAM, pertubuhan itu telah mencemarkan imej dan nama bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga kerajaan, polis, hakim dan undang-undang Perancis. SUARAM telah dengan sewenang-wenang menggunakan nama hakim Perancis apabila membuat kenyataan bahawa perbicaraan tentang isu rasuah pembelian scorpene sedang berjalan. Malah, kononnya beberapa nama yang bakal disapina juga sudah diperolehi.

Walaupun telah terkantoi lagi buat kesekian kalinya apabila pendakwa Perancis membuat kenyataan rasmi bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di negara tersebut, SUARAM masih lagi berdegil untuk meneruskan penipuan.

Sejurus itu, SUARAM menggunakan nama Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara bagi menggambarkan kononnya siasatan masih berjalan dan tuduhan mereka benar. Bagaimanapun, Tan Sri Musa pantas menafikan yang beliau akan mengadakan sidang media di Bangkok untuk mendedahkan penemuan baru mengenai isu ini sepertimana yang didakwa SUARAM.

Hakikatnya, aduan SUARAM telah ditolak oleh mahkamah Perancis sejak bulan Mac lagi atas alasan ianya tidak berasas. Dan SUARAM kini sedang berusaha untuk mengemukakan rayuan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget