Kempen Deepavali 2012 Petronas menggunakan konsep untuk mendekati sejumlah besar masyarakat Malaysia daripada segenap lapisan dengan membawa mesej utama yang membawa sifat dan nilai positif yang mempunyai kaitan dengan semangat Deepavali.
Petronas dalam kenyataan di sini hari ini berkata kempen bertemakan 'Be the light - a celebration of culture and tradition' bertujuan membantu menyemai dan mempromosi nilai, tradisi dan budaya bersama yang dikongsi oleh masyarakat majmuk di Malaysia.
"Keseluruhan kempen yang berlangsung dari 5 hingga 25 Nov itu merangkumi pameran di Galeri Petronas bertajuk 'Be the light - a celebration of culture and tradition', siri iklan televisyen dan ucapan selamat memaparkan bakat serta personaliti yang sebelum ini membintangi iklan perayaan syarikat berkenaan bagi melengkapkan pameran itu.
"Selain itu klip video 'Do the Dappan' yang disulami mesej positif, dihasilkan untuk siaran dalam domain YouTube Petronas, dan siri ucapan selamat sempena Deepavali serta iklan bercetak dalam akhbar tempatan," menurut kenyataan itu. — Bernama
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment