KL CHRONICLE: [GAMBAR] BUKTI @teresakok ABAIKAN PENGUNDI INDIA DI PARLIMEN SEPUTEH

Thursday, November 8, 2012

[GAMBAR] BUKTI @teresakok ABAIKAN PENGUNDI INDIA DI PARLIMEN SEPUTEH

Datuk Mustapha Kamal, Ketua Bahagian UMNO Seputeh memberikan ucapan

Tahniah diucapkan kepada Pergerakan UMNO Bahagian Seputeh yang pada hari ini telah berjaya mengendalikan satu Majlis meraikan golongan India di kawasan Parlimen Seputeh.

Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Seputeh
Program tahunan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk membantu golongan masyarakat India di kawasan Seputeh. This is on top of program - program bulanan yang biasa diadakan.

Untuk pengetahuan pembaca, seramai 300 penerima kaum India  yang menerima bantuan untuk kali ini, peningkatan seramai 100 org berbanding tahun lepas.

Rakan - rakan berbangsa India yang menerima sumbangan
Ini menunjukkan Parti UMNO, walaupun terasnya dipimpin oleh pemimpin Islam, tetapi kaum - kaum agama lain tidak pernah dilupakan.

Perlu diingatkan juga bukan hanya semasa perayaan sahaja UMNO membantu rakan - rakan kaum lain yang di dalam kesulitan, tetapi di Seputeh hampir setiap bulan program - program rakyat diadakan.

Malangnya, YB Seputeh Teresa kok sehingga hari ini, hampir seminggu sebelum perayaan Deepavali, tidak kelihatan sekitar kawasan Seputeh. Ini berbeza ketika perayaan Tanglung Cina yang diadakan baru - baru ini dimana Teresa Kok telah memberikan sumbangan dan merasmikan festival Tanglung di Taman Desa.

Sekitar suasana majlis sumbangan Deepavali Parlimen Seputeh
Persoalan saya, why the double standard? Bila perayaan Cina kaum Cina diberi sumbangan dan sebagainya, tetapi semasa Deepavali diam seribu bahasa?

Bagi saya, ini sedikit sebanyak membuktikan Teresa Kok telah abaikan rakan - rakan bangsa india dan hanya pentingkan orang Cina di Seputeh. Mungkin juga kerana hampir 90% pengundi di Seputeh berbangsa Cina.

Undi itu lebih penting daripada berkhidmat untuk rakyat barangkali.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget