Sunday, September 23, 2012

@mediaumno : KANTOI APA WAKIL SUARAM BUAT DI PILIHANRAYA KAMPUS #UM?


Tindakan ala-ala samseng sebahagian mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan calon mereka pro-M yang di tolak percalonan untuk bertanding di dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya membawa kepada bibit tercetusnya keganasan fizikal pilihanraya kampus kali ini.

Seperti yang dilaporkan oleh seorang pengirim email kepada editor blog ini, tindakan sekumpulan yang terdiri penyokong calon pro-M membuat demo menunggu Timb Naib Cancelor TNC HEP di kolej 1 UM tengah malam semalamuntuk membantah tindakan menolak pencalonan membuktikan tindakan fizikal telah digunakan.


Ditambah lagi dari sumber yang boleh dipercayai dengan kehadiran aktivis mahasiswa yang pro parti pembangkang dan foto yang dirakamkan cukup membuktikan kehadiran campur tangan luar didalam gerakan sepenuhnya yang diterajui oleh pro-M di Universiti Malaya.



Kelihatan Syukri menimbulkan tanda tanya..

Kehadiran juga wakil SUARAM yang kononya ingin melihat perjalanan piliharaya kampus di Universiti Malaya juga sudah kuat bahawa wujudnya parti pembangkang dan NGO suara negara asing yang sudah mula ingin mengawal mahasiswa haluan kiri yang suka membuat onar dengan protes.

Menggunakan mahasiswa untuk tujuan politik mula serius selepas parti pembangkang mula merekrut seberapa ramai pelampau dikalangan mahasiswa untuk tujuan politik mereka.


No comments:

Post a Comment