KL CHRONICLE: @NajibRazak BUAT PEMBANGKANG & @anwaribrahim KALUT Cc @mediaumno

Monday, July 2, 2012

@NajibRazak BUAT PEMBANGKANG & @anwaribrahim KALUT Cc @mediaumno

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah. Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan 'janji ditepati' juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang.

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri.

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka.

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan.

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit 'jasa' atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut.

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya. Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipapark oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan. Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget