Rafizi Ramli, ayam tambatan PKR dan anak emas Anwar Ibrahim berkokok lagi, kali ini bukan ke atas diri seorang menteri tetapi terhadap Perdana Menteri sendiri.
Rafizi yang tidak tahu untung ini terus menerus bertindak melawan kerajaan seolah-olah mahu dijulang sebagai hero oleh partinya walaupun kepandaiannya adalah hasil biasiswa kerajaan yang diperolehinya melalui PETRONAS.
Seperti anak-anak muda lain yang pernah dirosakkan Anwar samada dari segi moral atau pemikiran mereka, Rafizi tergolong sebagai salah seorang pencacai beliau yang tersohor.
Malah tindakan Rafizi yang membuat siri pendedahan kononnya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya sudah dilihat seakan-akan menjurus ke arah meroyan dan fanatik.
Ia bukan lagi untuk mempertahankan integriti atau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tetapi telah menjadi satu perlumbaan di kalangan pemimpin pembangkang siapa yang paling banyak membuat pendedahan.
Samada perkara yang didedahkan berlandaskan kepada fakta atau berunsur fitnah dan tohmahan bukanlah satu perkara yang penting.
Yang maha penting bagi pembangkang sesuatu isu itu ada kene mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.
Menghidu sesuatu yang boleh memberi kelebihan politik kepada mereka, pembangkang tidak menunggu lama tetapi terus menerkam untuk menuduh kerajaan dan menconteng imej seburuk yang mungkin.
Tujuannya hanya satu iaitu untuk meraih undi dan simpati rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan harapan dapatlah mereka merasa kerusi empuk di Putrajaya.
Tindakan individu seperti Rafizi bukan didorong oleh perasaan tanggungjawab dan cinta kepada negara tetapi agenda peribadi dan politik yang jijik.
Biar kerajaan Malaysia dan pemimpinnya yang dipilih secara sah oleh rakyat dihina, dicaci dan difitnah, hatta di persada antarabangsa sekali pun, namun pembangkang sedikit pun tidak berasa salah malah mendapat kepuasan luarbiasa daripada perbuatan mereka.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment