KL CHRONICLE: Edisi Sahur : Mengapa @DrRaisYatim Teruk Dihentam Pengamal Media Sosial? @mediaumno

Monday, July 30, 2012

Edisi Sahur : Mengapa @DrRaisYatim Teruk Dihentam Pengamal Media Sosial? @mediaumno


Memang patut pun seorang Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia ni diBELASAH sekali sekala oleh pengamal media sosial samada pro BN mahu pun tidak.

Saya selaku blogger pro BN terpaksa melanggar prinsip dan etika blogger di bawah sayap Pemuda UMNO yang telah berjanji tidak akan menyerang pemimpin parti BN. Saya berharap tindakan saya ini dimaafkan ;D

Tapi disebabkan rasa sakit hati ini yang mewakili banyak pihak daripada peringkat bawahan dan pertengahan yang terlalu kecewa melihat logo sambutan Merdeka tahun ini yang dilancarkan pada 16 Julai 2012 lepas.

Pertama, saya MENYIRAP apabila logo tersebut seakan-akan papan tanda program larian merentas desa sekolah rendah. Semalam, Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan logo tersebut merupakan logo tidak rasmi.

Ok fine, tidak rasmi.
So di mana pula logo rasmi sambutan hari Merdeka 2012 ??
Tengah bertungkus lumus nak siapkan ker atau dah siap tapi tengah pikiaq nak buat 2nd launching sambutan Merdeka?

Keduanya, saya rasa nak MENCARUT dengan Menteri ini kerana disebabkan kelembapan dirinya untuk menangkis dan menjawab segala persoalan rakyat mengenai logo tersebut telah menyebabkan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi mangsa kecaman dan cacian pihak Pembangkang.

Apahal pulak tiba-tiba PM diheret sama dalam isu logo yang boleh dianggap terlalu remeh sangat. Sebenarnya memang PM dan Isteri tak patut diheret sama tapi perangai Pembangkang lahabau ni, tak boleh dijangka.

Ketiga, saya cukup YAKIN apabila YAB PM mewujudkan rangkaian media sosialnya sendiri dengan tujuan merapatkan jurang antara rakyat dan pemimpin negara. Saya sendiri telah melihat beberapa keberhasilan pemimpin negara dan parti menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk berhubung dengan rakyat di bawah.

Suka saya sebut beberapa nama pemimpin seperti Dato Seri Hishammudin Tun Hussein, Dato Seri Noh Omar, Datuk Seri Ismail Sabri, Dato Razali Ibrahim dan lain-lain lagi Menteri menggunakan twitter dengan baik sekali berhubung dengan rakyat.

Tetapi tweet saya kepada Menteri PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN langsung tidak dijawab walaupun ianya sudah lama (seminggu je) ditweet. Saya sangat kesal, seorang Menteri yang diletakkan portfolio Menteri KOMUNIKASI gagal menguasai media ini sebaik mungkin.

Saya tidak meletakkan kesalahan ini 100% kepada Rais Yatim tapi apalah kiranya jika ada kelapangan, balas la tweet dari sebilangan rakyat marhein ini. Jangan pilih kasih membalas tweet tersebut.

Saya tegur ni bukannya marah tapi sebab sayangkan Menteri, Kerajaan dan Parti.

Harapan saya pada masa akan datang ini, Rais Yatim harus lebih peka tentang isu semasa dan jangan main syok sendiri je buat itu ini.

Satu cadangan saya, jika boleh logo sambutan Merdeka ditentukan @ dipilih oleh rakyat. Kementerian di bawah Rais Yatim mungkin boleh aturkan undian terbanyak beberapa logo yang telah disenarai pendekkan untuk dipilih rakyat menerusi laman Facebook. Barulah ia bertepatan dengan hasrat YAB PM, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Saranan saya, semoga pemimpin atasan sedar dengan setiap apa yang dilakukan. Jangan cuba buat-buat MASALAH. Cybertroopers BN dah penat asyik COVER LINE dan menangkis kelemahan pemimpin yang lemah. Saya percaya, YAB Najib juga bersetuju dengan artikel saya hari ini.

Itu saja nak tegur kali ni. Lepas ni saya takkan tegur lagi pemimpin kerajaan melalui medium blog. Malu sebenarnya terpaksa cerita perkara ini.

Twitter : @REZQEENHILL

*saya mahukan kontrak YAB PM, Dato Seri Najib Tun Razak terus disambung beberapa penggal lagi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget