Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu teksi kehilangan pendapatan seharian serta mengotorkan jalanraya, Ambiga Sreevanesan berharap akan dapat pulang berehat di rumah agamnya di kawasan elit Bukit Damansara sebagai seorang pejuang rakyat yang keletihan, baru pulang dari perbatasan.
Namun, tidak terjangka oleh Ambiga bahawa mereka-mereka yang terkesan dari perbuatannya itu akan membalas dendam dengan mengganggu hidupnya pula. Tidak sangka semangat srikandi rakyat ini begitu pantas goyah apabila sekumpulan peniaga IKHLAS dan Bekas Tentera, berniaga dan bersenam di hadapan rumahnya.
Walaupun gangguan yang dihadapinya tidak termasuk kerugian dari segi kewangan, mahupun menyekat pintu rezekinya seperti yang dialami oleh rakyat yang terlibat, tetapi Srikandi murtad dan LGBT yang dipandang mulia oleh PAS ini jelas amat tertekan apabila sukar untuk masuk ke kawasan rumah sendiri.
Hairan, bagaimana seorang pejuang fahaman liberal yang kuat, bersemangat tinggi dan begitu hebat boleh menjadi sebegitu gabra hanya kerana "sukar untuk keluar masuk ke kawasan rumahnya".
Mungkin juga bauan asap burger membuatkannya lemah jantung atau senaman ponggong sekumpulan bekas tentera kita pula membuatkan darah tingginya naik secara tiba-tiba. Tidak tahan melihat tekanan yang dihadapi Ambiga akibat "sukar keluar masuk ke rumah", A. Samad Said juga turut merayu agar jangan diganggu Ambiga.
Apapun, dengan meminta bantuan polis dan Majlis Bandaraya untuk menangani masalah 'sukar keluar masuk ke rumah sendiri", Ambiga telah mengaku kalah.
Seolah-olah menjilat kahak sendiri Ambiga langsung tidak malu meminta bantuan mereka-mereka yang digelarnya 'anjing' yang dihina sebagai pemalas, lembab, bodoh. Mereka-mereka ini jugalah yang dituduhnya sebagai korup, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya.
Ya, kali ini Ambiga mungkin akan menafikan yang beliau pernah menghina polis, kerajaan dan semua agensi-agensi kerajaan tetapi hakikatnya, itulah yang dimomokkan saban hari oleh puak berfahaman liberal dan juga ekstremis Cina yang bernaung di bawah berbagai-bagai nama pertubuhan dan parti politik yang menyokong BERSIH.
Maka, sahlah, manusia yang bernama Ambiga ini tidak sehebat mana pun di mana hanya kerana "sukar nak masuk ke rumah" pun sudah meroyan dan merengek kepada A.Samad Said. Bayangkan, jika beliau berada di tempat peniaga-peniaga yang mengalami kerugian itu bagaimana agaknya reaksinya? Mungkin bakar diri juga sudahnya.
Sewajarnya pihak polis dan kerajaan tidak perlu mengambil pusing dengan rengekan Ambiga. Persetankan saja jika Ambiga dan kuncu-kuncunya menuduh pihak polis sebagai tidak professional jika tidak melindungi privasinya kerana percayalah, mereka akan tetap menuduh yang sama tak kira apa pun kebaikan yang dilakukan oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan mereka, masyarakat dan negara keseluruhannya.
KEPADA PIHAK POLIS, KITA MENYERU AGAR JANGAN SEKALI-KALI LUPA BAHAWA BEBERAPA RAKAN ANDA HAMPIR KEHILANGAN NYAWA KERANA AMBIGA.
JANGAN LUPA LAUNGAN PERUSUH YANG INGIN MEMBUNUH SEMUA POLIS-POLIS YANG ADA.
DAN JANGAN LUPA PEGANGAN UNDANG-UNDANG AMBIGA IAITU: MELERAIKAN DEMONSTRASI ADALAH PERBUATAN TIDAK DEMOKRATIK.
AKHIR SEKALI, JANGAN LUPA BAHAWA MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA PESERTA DEMONSTRASI BERSURAI ADALAH SATU BENTUK 'KEGANASAN POLIS' MENGIKUT AJARAN AMBIGA.
Justeru, biarlah rakyat berdemo di hadapan rumah Ambiga dengan apa saja cara yang mereka suka termasuk mengganas sekali pun.
Jika beliau ingin rakyat berhenti mengganggunya, bayar saja pampasan kerugian yang dialami mereka, habis cerita. Kalau tak ada duit, jual saja rumah agam tersebut dan kembalilah ke estet kalau pun tidak ke negara asal nenek moyangnya. Tapi tak mungkin Ambiga tak ada duit. Entah berapa dana Zionis NED yang diterimanya dan entah berapa yang disonglapnya pun tak ada siapa tahu. Tak gitu?
1 comment:
saya sudah pautkan blog bro dlm medan tempur ;)
Post a Comment