Saturday, May 5, 2012

KETUA WANITA PKR BIDAS KHALID IBRAHIM

DAMANSARA: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya tersenyum dengan jawapan ‘tiada komen’ kepada media yang bertanya isu imej aksi lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.


Katanya, keengganannya mengulas isu itu ketika ditanya oleh wartawan selepas mesyuarat Exco Negeri pada Rabu lalu bukan saja memberi implikasi buruk terhadap Mohamed Azmin , malah boleh disalah anggap oleh media dan masyarakat.


Beliau berkata, jawapan ‘tiada komen’ dan sekadar tersenyum apabila diajukan soalan oleh media mengecewakan Mohamed Azmin yang banyak berjuang untuk parti.


“Secara peribadi, saya kesal dengan jawapannya. Dia seharusnya lebih berhati-hati apabila memberikan komen supaya tidak memberi tanggapan negatif kepada umum atau media. Kita dalam persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan hendak pastikan kita dalam satu saf,” katanya pada sidang media, semalam. 

Terdahulu, beliau bersama beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara PKR menyatakan pendirian menolak dan mengecam politik fitnah yang mereka dakwa tuduhan jahat terhadap Ahli Parlimen Gombak itu.

Sementara itu, Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, berkata PKR tidak perlu melakukan siasatan terhadap dakwaan imej lucah itu kerana ia fitnah tanpa bukti. 

SUMBER: BERITA HARIAN

THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

Seems that Khalid Ibrahim also thinks that the person in the photos currently online IS Azmin Ali. The statement that this is "politik fitnah" shows how hypocrite PKR is. It is ok for them to accuse the government of various wrongdoings and scandals, but when it is them that is being accused, it suddenly turns into "fitnah" and what not. 

I also don't get the statement from Kamarul Bahrin, what the hell is he talking that this is "Fitnah tanpa bukti", is he blind to the fact that there are photos going around showing Azmin ali "in the act"? well i think once the videos come out it would be more clearer to Kamarul Bahrin and the gang. 

Hopefully the answer from Azmin would not be "the guy's tummy in the video is bigger than me" sort of thing as what his best friend Anwar Ibrahim answered previously. 

No comments:

Post a Comment