Khabarnya, Naib
Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan sudah membuat laporan kepada
SPRM perihal percubaan Lim Guan Eng menyogok Tunku Aziz dengan jawatan bergaji
RM50,000 serta peluang makan angin ke luar negara. Khabarnya juga berpeluh-peluh Guan Eng cuba
menepis isu ini dan berpencak silat serta berkung-fu sakan pencacai-pencacainya
cuba menyelamatkan boss mereka.
Mana tidaknya, apabila
veteran parti, termasuk Karpal Singh sendiri yang sudah lama makan hati dengan
kebiadapan Guan Eng juga tampil menempelak beliau.
Malah bapanya, Lim Kit
Siang juga tidak menyebelahi beliau sebaliknya memihak kepada Tunku Aziz dalam
hal ini. Memetik kata-kata Tunku Aziz, Guan Eng tidak
boleh dipercayai, kurang ajar, biadap dan korup.
Jika Lim Kit Siang
lebih pandai mendidik anak, tentu DAP tidak menghadapi masalah sebegini.
Namun, apakan daya, Lim
Guan Eng adalah produk rasis, chauvinis tulen yang akar umbinya menjangkau jauh
hingga ke Singapura dan negara asal nenek moyangnya. Sifat
hormat, tolak ansur, timbang-rasa, belas kasihan, kasih sayang dan ikhlas
terutama terhadap bangsa lain tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.
Tidak pasti bagaimana
taktik Guan Eng dan DAP untuk keluar dari masalah ini. Tetapi di peringkat awal ini nampak
seolah-olah Guan Eng perlu memikul kesalahan ini sendirian.
Bagaimanapun, kita
tidak hairan jika keadaan ini bertukar apabila siasatan mula dijalankan oleh
SPRM.
Kita yakin, pada waktu
itu, Karpal dan Kit Siang juga akan menyanyi lagu yang sama dengan Guan Eng dan
menuduh Tunku Aziz menipu. Ini kerana,
DAP mengamalkan prinsip parti lebih penting dari kebenaran. Prinsip ini amat berbeza dengan BN yang
sanggup mengaku dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang benar-benar
bersalah sebagai mendaulatkan integriti.
Dengan SPRM menjadi
musuh utama parti yang penuh rasuah ini, kita yakin yang drama mengalihkan isu akan
berulang lagi. Jika sebelum ini seorang
saksi utama SPRM dalam kes rasuah DAP iaitu Teoh Beng Hock, telah ditemui mati,
maka tidak mustahil taktik yang hampir sama juga akan dilakukan untuk mengalih
isu dalam kes ini.
Kenapa agaknya DAP sukar
sekali mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah? Adakah kerana pemimpin yang terlibat selalunya
merupakan pemimpin di peringkat paling atas dan bukannya bawahan? Justeru, bagaimana kita mengharapkan pemimpin
atasan ini mengambil tindakan terhadap diri mereka atau anak beranak mereka
sendiri?
Inilah akibatnya jika
parti mengamalkan nepotisme dan kronisme seperti DAP di mana hanya bapa, anak,
menantu, rakan baik dan keluarga rakan baik sahaja yang berpeluang memegang
jawatan tertinggi.
Apapun yang pasti, pendedahan
Tunku Aziz berkenaan budaya rasuah dan kilas tangan DAP bukan perkara
baru. Sikap ketidaktelusan DAP juga sudah
terlalu biasa kita dengar dan sudah pun dijangka sejak sebelum mereka
memerintah mana-mana negeri pun.
Nampaknya, apa yang kita
jangka itu bukanlah tidak berasas. Ini
terbukti apabila semua pemimipin mereka yang keluar parti memberikan alasan
yang sama iaitu tidak lagi boleh menerima sikap kuku-besi, kiasu, samseng dan
korup kepemimpin atasan DAP.
Justeru, adalah menjadi
satu perkara yang lucu bila DAP terus-terusan melaungkan slogan CAT (Cekap,
Amanah dan Telus) sedangkan sifat sebenar mereka sudah lama terserlah luas dan
semakin hari semakin jelas dan terang
benderang. Nampak benar mereka tidak tahu malu walaupun
seluar sudah terlondeh hingga ke lutut.
No comments:
Post a Comment