Monday, May 14, 2012

AZMIN ALI MASIH TIDAK INSAF

KUALA LUMPUR – Genap dua minggu Che Tom Yahaya meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya dengan perlakuan anak kesayangannya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, namun ia masih tidak mampu mengubah apa-apa.Menurut sumber, Azmin masih lagi 'buat bodoh' dan tidak menghubungi mahu pun bertanya khabar ibunya yang uzur itu walaupun pada satu peringkat beliau pernah diminta berbuat demikian oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah sendiri, iaitu isteri kepada bos kesayangannya itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Azmin hanya menggunakan laman media dan blognya untuk menjelaskan pada masyarakat

– SAYA TIDAK PERNAH DERHAKA.

Bukan itu saja, Azmin juga menuduh UMNO menjadi dalang di sebalik rakaman video klip itu." Walaupun Che Tom menangis dan merintih meminta Azmin kembali ke pangkal jalan, namun sehingga kini beliau masih membisu seribu bahasa sebaliknya hanya menggunakan laman blog peribadinya untuk menafikan perkara tersebut." Bahkan sejak kali terakhir datang beraya di rumah ibunya pada tahun lepas, itu jugalah kali terakhir beliau bertemu ibunya dan tidak pulang-pulang hingga ke hari ini." Nak tahu pejabat Azmin? Dari rumah Che Tom tak sampai 10 minit, bayangkan," kata sumber dalaman keluarga tersebut.

Baru-baru ini Che Tom meluahkan perasaan sedihnya mengenai Azmin dalam satu pertemuan dengan pihak media di rumahnya di Hulu Klang, Selangor.Berikut sedutan pertemuan itu.- Insiden di pagi Syawal tahun lalu"Saya teramat sedih atas apa yang berlaku terhadap anak-anak saya. Selama hari ini saya mendiamkan diri sebab dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 30 Ogos tahun lalu. Sejak itu dia tiada menelefon, tanya khabar dan tak datang tengok saya serta tak bagi duit belanja.Masa dia datang pagi Syawal, Ummi (adiknya, Ummi Hafilda) ada. Dia terus masuk (ke rumah) dan marahkan saya serta cakap yang bukan-bukan terhadap Ummi. Jadi saya pun menjawab.

Apabila saya menjawab, dia tanya mengapa saya nak sokong Ummi. Dia perempuan sial, perempuan sundal. Saya kata Min (Azmin), hari ini hari baik bulan baik, kita bermaaf-maafan. Itukan darah daging Min. Kemudian dia jawab, itu (Ummi) bukan darah dagingnya. Saya tanya siapa darah daging dia. Dia jawab Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim).Selepas itu Azmin menyuruh saya halau Ummi dari rumah. Bila dia kata begitu, hancur hati saya. Anak-anak dan isterinya pun ada sama. Anak-anak dia nak makan pun dia halang dan kata jangan makan apa-apa dalam rumah ini, semuanya haram.Kemudian, anaknya nak duduk pun dia halang.

Kata Min, jangan duduk di kerusi itu kerana ia tak disamak. Itu yang buat hati saya hancur sehingga hari ini. Saya tak dapat nak berkata apa. Saya malu kepada masyarakat, malu dengan kerajaan dan tuhan."

- Tidak pandai jaga anak?

"Orang kata saya tak pandai menjaga anak. Tapi saya rasa saya dengan abahnya (Allahyarham Ustaz Ali Omar yang meninggal dunia pada 1999) ajar macam-macam. Abah dia ajar mereka enam beradik dengan ilmu akhirat, sopan santun dan budi pekerti. Saya cukup jaga anak-anak tetapi apabila sudah besar, bekerja dan ada pangkat, boleh jadi begini.

- Azmin dahulu

"Azmin dahulu baik. Dia ingat ibu bapa dan menyayangi adik-beradiknya. Kalau pergi ke luar negara, ada sahaja buah tangan yang dibawa balik tetapi sekarang tidak.Sekarang saya sakit, beritahu dia pun tiada jawapan.

Beberapa kali saya masuk IJN (Institut Jantung Negara), dia tiada kata nak bayar atau nak tolong hantarkan.(Jadi) Parti Keadilan (PKR) ini di mana letaknya keadilan itu. Dengan orang lain dia boleh ambil berat, tetapi ibu sendiri yang mengandungkan dia, dia boleh buat begini. Itulah yang hancur hati saya sekarang ini. Baru-baru ini saya terjatuh dan kepala bengkak. Cucu saya yang hantar ke klinik jumpa doktor.Saya mengandungkan dia sembilan bulan 10 hari. Nak bersalinkan dia punyalah susah. Tiga hari tiga malam saya sakit. Tiba masanya sekarang, dia tak ambil berat tentang saya.

- Kenapa Azmin berubah

"Saya rasa tentulah mungkin (berpunca daripada) Anwar. Dulu dia tidak begitu. Sekarang kakak dia pun dia tak mengaku kakak. Adik pun tidak mengaku itu adiknya. Dengan dua orang kakaknya pun dia tidak bertegur sapa. Baru-baru ini anak kepada kakaknya berkahwin, ada jemput Min tapi dia tak datang.

Tetapi saya sabar. Saya diamkan sahaja.Sehingga dia buat rumah terbuka (Aidilfitri) tahun lalu pun dia tak jemput saya. Sudah saat-saat akhir baru Shamsidar (isteri Azmin) hubungi dan mengajak saya ke rumah terbuka itu. Saya kata tak payahlah.

- Tentang hubungan Shamsidar dan Anwar

"Itu saya tidak boleh kata betul sebab saya tak pandang, saya tak nampak. Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat. Kenapa tak mahu saman? Berani kerana benar, takut kerana salah."

- Mengenai gambar Azmin bersama seorang wanita yang banyak disiarkan dalam blog.

"Orang banyak tanya kebenaran tentang dakwaan itu. Saya kata saya tak nampak, jadi saya tak mahu kata ia betul.

Tapi itulah, adat orang Islam, kalau betul kita tak buat, kita bersumpah di masjid atau saman orang yang menjatuhkan maruah kita.

- Pernah cuba hubungi Azmin?

"Sejak raya (Syawal) tahun lepas, saya sudah tidak menghubunginya. Dia pun tak hubungi saya. Tapi sebelum itu, bila dia datang sini, dia ada pesan kalau ada apa-apa, cepat-cepat hubungi Min. Tapi malangnya apabila saya telefon, tak berjawab. Sampai ke hari ini, tidak ada telefon tanya khabar dan datang jenguk saya.Dia pernah datang kampung ini bagi ceramah tetapi saya tak tahu. Orang kampung yang beritahu dan tanya Min tak singgah rumah? Saya kata tidak ada, dia sibuk. Sedangkan kalau nak dikira pun pejabat (wakil rakyat) dia dengan rumah saya jarak 10 minit sahaja.

- Harapan Che Tom

"Tiada harapan, hati saya bukan luka, bukan sakit. Kalau sakit boleh diubati, kalau luka boleh dijahit, tapi ini hancur. Hancur sama sekali.

Pagi Syawal dia maki adik dia (Ummi), dia kata perkataan yang dahsyat yang tuhan tak suka perkataan itu. Itu yang hancur hati saya.Kalau boleh, Min sedarlah diri. Baliklah ke pangkal jalan. Janganlah teruskan perangai diri begitu. Saya tak ajar perangai seperti itu. Saya malu. Dalam Parlimen pun nak bergaduh. Buat demonstrasi pun bergaduh sehingga kerana mereka, ramai yang luka parah. Ini bukanlah keadilan. Itu namanya menjahanamkan orang."

- Jika Azmin minta maaf

"Saya tak buang anak. Anak mana pun tetap anak saya kerana saya yang mengandungkan dan melahirkan. Saya tak buang dia (Azmin). Tapi kalau dia nak balik, ikut dua syarat ini. Baliklah ke pangkal jalan, sedarlah diri dan bertaubat kepada Allah. Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar. Kalau boleh dia pun begitu.(Kemudian) Barulah dia balik.

Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok. Tiada maknanya. Saya hidup lagi pun dia tidak mahu tengok, jadi dah mati baru nak tengok, tak payahlah.Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bersusah payah kerana saya. Jika ada terkasar bahasa, saya minta maaf. Mungkin satu dua hari ini saya mati, saya minta maaf dunia akhirat. Apa sahaja kesalahan saya, saya minta maaf.

SUMBER: My newshub

No comments:

Post a Comment