Dakwaan 8:
SPR sengaja menambah ramai petugas yang
akan mengundi secara pos pada PRU Ke-13 nanti
Bagaimanapun, tidak kesemua
petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat
Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas
tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih
awam yang lain. Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di
sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama
beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk
pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan.
Adalah menjadi amalan SPR
untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu
kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Ini akan membolehkan mereka
mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian. Bagaimanapun perlu
disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai.
Justeru itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri
daripada pemilih di kawasan mereka bertugas.
No comments:
Post a Comment