KL CHRONICLE: N SURENDRAN, JANGAN KAY POH LA

Sunday, February 12, 2012

N SURENDRAN, JANGAN KAY POH LA

N. Surendran, Naib Presiden PKR
Saya tergerak untuk menulis isu berkaitan blogger Saudi Arabia yang dihantar pulang ke negara asal kerana didapati menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini adalah isu dalaman negara Arab Saudi dan rakyat mereka sendiri. Sebagai sebuah negara yang pernah memimpin OIC dan sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam, saya berpendapat tindakan kerajaan adalah tepat dan amat baik. 

Namun, siapa N. Surendran untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia? Walaupun beliau adalah antara orang kuat parti PKR, melalui jawatan sebagai salah seorang Naib Presiden parti tersebut, ini tidak bererti beliau boleh sesuka hati mencampuri urusan seperti ini yang dianggap sensitif bagi umat Islam. Adakah Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil tindakan terhadap N. Surendan? 

Apakah N. Surendran dan PKR bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakyat Arab Saudi ini dan sanggup membela rakyat ini di dalam mahkamah Malaysia? Sehingga hari ini, parti paling "Islam" di Malaysia, PAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengecam tindakan yang dilakukan oleh rakyat Arab Saudi ini, mengapa? Persoalan saya adalah:
  1. Mengapa N. Surendran begitu teruja untuk mempertahankan seorang warga Islam Arab Saudi yang didapati telah menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w? 
  2. Adakah kenyataan N. Surendran ini adalah suara PKR? 
  3. Dimanakah Ulamak, Ustaz dan Tok-Guru di dalam PAS, mengapa diam seribu bahasa walaupun PKR dengan terang mempertahankan warga Arab Saudi ini? 
Saya berharap pembaca tidak lah mengikut sangat N. Surendran dan parti PKR ini, ini adalah isu dalaman negara Arab Saudi, kita sebagai sebuah negara Islam yang berhubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi telah melakukan tindakan yang betul. Biarlah kerajaan Arab Saudi berurusan sendiri dengan rakyatnya. 

Sekali lagi saya ingatkan N. Surendran, jangan Kay Poh lah!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget