KL CHRONICLE: #KLChronicle : Selepas Kemasukan Tan Sri Muhammad Mohd Taib ke UMNO, who is next? #YP #Negaraku #Malaysia

Monday, September 18, 2017

#KLChronicle : Selepas Kemasukan Tan Sri Muhammad Mohd Taib ke UMNO, who is next? #YP #Negaraku #Malaysia



Semalam Yang Amat Berhormat Presiden Parti mengumumkan kemasukan semula bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mat Taib) ke dalam keluarga besar UMNO. Namun begitu pengumuman ini sedikit sebanyak tidak dapat diterima oleh ahli akar umbi UMNO kerana Mat Taib dikatakan telah belot terhadap UMNO.


Bagi kami di *#KLChronicle*, apa yang disuarakan ahli akar umbi UMNO ada benarnya tetapi kita perlu melihat kepada *_the bigger picture_* iaitu bagaimanakah kemasukan Mat Taib kedalam UMNO dapat membantu UMNO menang pada PRU - 14 yang akan datang.

Pertama sekali, UMNO sekarang sudah berjaya mengurangkan musuh kita. Mat Taib yang dahulunya "musuh" kerana berada dalam Pembangkang kini sudah menjadi kawan. *_One enemy down_*. 

Kedua, Mat Taib terlibat dengan pihak pembangkang di Selangor selama 5 tahun. Ini bermakna kita (UMNO) mendapat seorang ahli baru yang telah *_berada behind enemy lines_*. Sudah semestinya beliau mempunyai maklumat - maklumat sulit yang boleh digunakan oleh UMNO - BN bagi merampas Selangor pada PRU - 14 yang akan datang.

Ketiga, penerimaan semula Mat Taib kedalam keluarga besar UMNO oleh YAB Presiden parti serta kepimpinan MKT membuktikan pemimpin UMNO berjiwa besar dan tidak pernah berdendam. Apa yang dilakukan dan segala keputusan yang dibuat adalah supaya perjuangan memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara diteruskan secara konsisten dan istiqamah. 

Persoalanya sekarang, selepas kemasukan Mat Taib, siapa lagi yang akan membuat U-Turn dan masuk semula kedalam keluarga besar UMNO?

*#KLChronicle* 

4 comments:

Anonymous said...

bro, masuk kubur terus lagi cantek!!!

Anonymous said...

setepek tujukan pada Tun M la bro, komen di atas tu

Anonymous said...

Kalau madey buat u turn pun tak mustahil sbb dia dah buat u turn trhadap dap sblum ini.

Anonymous said...

Datuk Hamidah Osman keluar Parti Bunga
masuk parti apa lak ?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget