Monday, August 3, 2015

#DemiRakyat SPAD Jalankan Ops PARASIT & TEGAS REVUS

Kerata yang disita oleh SPAD
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar yang secara konsisten melakukan operasi dan pemantaun berkaitan pengangkutan awam darat di negara ini. Umum ketahui bahawa rakyat Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan mereka ini (rakyat) terdedah kepada penipuan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. 



Menyedari hakikat ini, pada 30 July 2015 yang lalu, SPAD menjalankan Ops PARASIT & TEGAS REVUS dimana objektif utama operasi ini adalah untuk membanteras ulat kereta dan juga "kereta sapu" dikawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2). Operasi tersebut bermula selama hampir 5 jam iaitu dari (1400 - 1900) dan melibatkan sejumlah hampir 56 anggota diketuai oleh SPAD yang menghantar 3 Pegawai dan 47 anggota petugas. 

Dari operasi yang dijalankan, jumlah mereka yang berjaya ditangkap adalah 9 orang melibatkan:

  • 7 individu yang mengendalikan sesuatu perkhidmatan tanpa lesen pengendali (Kereta sapu)
  • 2 individude memujuk dan merayu (ulat)


Kedua - dua perbuatan diatas adalah salah dari segi undang - undang. Lebih spesifik lagi mereka menyalahi Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) Seksyen 16 dan Seksyen 205. Susulan dari operasi diatas, 7 buah kereta telah disita iaitu:

Toyota Prius antara kereta yang disita
 a. Van Merzedez.
 b. Van Nissan Urvan.
 c. Toyota Prius.
 d. Proton Preve.
 e. Exora.
 f. Alza.
 g. Wira.

Secara konklusinya, kami di #KLChronicle berharap SPAD dapat meneruskan secara istiqamah operasi dan penguatkuasaan yang dijalankan supaya rakyat tidak tertipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Adalah penting SPAD, sebagai sebuah Suruhanjaya mendapat kepercayaan rakyat dalam hal-hal berkaitan pengangkutan awam darat supaya rakyat yakin bahawa SPAD menjaga kebajikan rakyat dan bukan pihak berkepentingan. Keep up the good work!

No comments:

Post a Comment