KL CHRONICLE: Kini KUIN juga iktiraf Pengajian Sekolah Pondok, Satu Milestone Penting Bagi YPPM

Thursday, March 5, 2015

Kini KUIN juga iktiraf Pengajian Sekolah Pondok, Satu Milestone Penting Bagi YPPM



Langkah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menubuhkan pusat kajian pondok merupakan satu langkah yang sangat baik dan tepat pada masanya. Bagi kami di #KLChronicle institusi Pondok, sebagai institusi pengajian yang tertua di negara ini wajar dikaji dan diselidik bagi mengetahui bagaimana "this institution can withstand the evolution of time".



Langkah KUIN juga membuktikan bahawa KUIN kini telah bangkit daripada zaman "kegelapan" mereka ketika kerajaan Kedah dibawah pemerintahan PAS dimana telah timbul pelbagai isu yang negatif berkaitan KUIN seperti penyalahgunaan kuasa, salahguna wang dan sebagainya. Namun kini things are looking good for KUIN. 

Selain itu, langkah KUIN menubuhkan pusat kajian pondok menunjukkan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sebagai orang terpenting didalam pentadbiran kerajaan negeri juga mengiktiraf peranan yang dimainkan institusi pengajian pondok dalam mendidik dan membangunkan ummah.

Bagi kami di #KLChronicle, langkah KUIN dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ini juga merupakan satu "endorsement" yang paling jelas bahawa KUIN dan Yang Berhormat Menteri Besar gembira dan selesa dengan peranan yang dimainkan oleh Dato Dr. Mashitah Ibrahim yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia. Umum ketahui bahawa YPPM adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memantau semua sekolah pondok di negara ini. 

Akhir sekali, kami berharap kerjasama antara KUIN, YPPM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Dato Dr. Mashitah Ibrahim dapat menjulang institusi pondok ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Insyallah.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget