KL CHRONICLE: Bila Dr. Maza nak Selfie dengan Anjing?

Monday, October 20, 2014

Bila Dr. Maza nak Selfie dengan Anjing?


Kuala Lumpur – Menyatakan haram bagi umat Islam untuk menyentuh atau memegang anjing merupakan satu kesimpulan hukum yang cetek.




Demikian pandangan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza.

Menerusi status terbarunya di laman Facebook, DrMaza.com yang bertajuk `Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia’, beliau menulis, berdasarkan pandangan ulama tersohor dan beberapa mazhab, menyentuh anjing hukumnya tidak haram.

“Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

“Haramlah juga mereka yang bekerja membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek,” katanya.

Dr. Maza memberikan pandangannya itu dengan memetik hukum dari beberapa mazhab tersohor.

“Maka tidak haram menyentuh anjing. Ulama bersepakat bahawa menyentuh anjing yang kering adalah tidak najis, sementara hukum menyentuh anjing basah pula adalah khilaf (tidak sependapat atas sesuatu perkara) bagi pendapat dalam kalangan sarjana.

“Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah,” tulisnya lagi.

Sementara itu katanya, sebahagian fuqaha (ahli dalam bidang kefahaman al-Quran dan hadis) membataskan konteks najis anjing hanya pada jilatan sahaja sepertimana yang disebut oleh riwayat Al-Bukhari.

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah.

“Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat,” jelasnya dalam kenyataan yang sama. 

5 comments:

fahmy said...

Tunggu nk tgk konon ulama berselfie ngan anjing pastu ngan babi pulak

Unknown said...

Saya setuju dgn Dr Maza. Ramai org mengetahui pandangan mazhab Maliki tentang anjing. Malangnya ramai Muslim yg tak tahu.. Mereka hanya dengar dan terima pendapat saja. Nk tanya takut dicop sesat.

Gabenor johor said...

Kita ni dibesarkan sebagai org melayu islam..nenek moyang dan org yg terdahulu dari kita telah mengajar kita ttg binatang bernama Anjing..mereka telah mengajar kita ttg hukum hakam ttg binatang bernama Anjing..menangis mereka melihat org melayu islam skrg yg memuji binatang bernama Anjing..jangan kita jadi seperti Anjing Menyalak Bukit dan Anjing Dengan Bayang Bayang..itu semua simpulan bahasa dari nenek moyang kita yg memberitahu kita tentang binatang bernama Anjing.

Unknown said...

MACAM DAH XDA BINATANG LAIN DALAM DUNIA INI YG NAK JADIKAN PET...AMJING BETUL BETINO2 DAN JANTAN2 INI

wayau said...

Nabi dah lama ajar. Ada hadith yang berbunyi "yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang tidak jelas. Jika kamu mengelak daripada perkara yan tidak jelas sesungguhnya kamu menjaga kehormatan dan agamamu". Boleh semak hadith sahih tersebut.

Jadi, tentang anjing yang tidak jelas hukumnya ada perbezaan pandangan ulama mazhab.

Jelas daripada hadith tersebut, lebih baik elakkan. Golongan liberal sekarang ni, benda yang tidak jelas nak dihalalkan sedangkan yang tidak jelas itu menghampiri hokum haram.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget