KL CHRONICLE: Walaupun telah ditegur Sultan Selangor, @khalidSamad tetap berkeras mahu kerajaan negeri semak kembali kuasa MAIS

Thursday, July 17, 2014

Walaupun telah ditegur Sultan Selangor, @khalidSamad tetap berkeras mahu kerajaan negeri semak kembali kuasa MAIS


Ahli Parlimen PAS Shah Alam yang telah dimurkai Sultan Selangor, Khalid Samad hari ini menegaskan pendiriannya kerajaan negeri Selangor perlu menyemak kembali kuasa eksekutif yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).


Beliau menjelaskan niatnya bukan untuk mencabar Sultan namun "melindungi" institusi beraja daripada kritikan sekiranya Mais melakukan kesilapan semasa menjalankan tugas.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Khalid dalam ucapannya pada Selasa kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kuasa eksekutif pihak berkuasa agama itu ditarik balik.

Baginda pada titah ucapan semasa merasmikan Masjid Pekan Sepang, di Selangor baru-baru ini berkata, meskipun bukan anak jati Selangor, Khalid yang diberi peluang menjadi wakil rakyat di negeri itu seharusnya mengambil peluang mendalami sejarah negeri Selangor dan undang-undang yang terpakai terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

"Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais," kata baginda dalam ucapannya.

"Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu."

Baginda berkata, kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor.

"Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang. – 17 Julai, 2014.

MENYUSUL LAGI

1 comment:

usin said...

Tindakan khalid menjelaskan lg bahawa dia memang jahil mukarrab..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget