KL CHRONICLE: Isham Jail : MAHATHIR AKAN TUBUH SATU LAGI PARTI MELAYU PETANG INI

Friday, August 7, 2020

Isham Jail : MAHATHIR AKAN TUBUH SATU LAGI PARTI MELAYU PETANG INI


Oleh: Isham Jalil

Petang ini Tun Mahathir dijangka akan mengumumkan penumbuhan parti baru, setelah mahkamah semalam mendapati dia bukan lagi Pengerusi PPBM (Bersatu).

Parti baru Mahathir ini dikhabarkan akan dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) yang terdiri daripada serpihan ahli-ahli Bersatu di kalangan orang-orang Melayu.

Sebelum ini saya pernah berkata jika kita ingin menyatupadukan orang-orang Melayu, tidak boleh ada banyak parti Melayu.


Sebab jika ada banyak parti Melayu, orang-orang Melayu berkemungkinan besar akan lebih bertelagah dan berpecah belah.

Lebih dua puluh tahun dahulu, Mahathir telah memecahbelahkan orang-orang Melayu dengan penubuhan parti PKR oleh Anwar akibat pergaduhan Mahathir dengan Anwar.

Lima tahun lalu Mahathir telah memecahbelahkan lagi orang-orang Melayu melalui penubuhan parti Bersatu (PPBM) untuk menjatuhkan Dato' Sri Najib
kerana Najib tidak bantu anak Mahathir iaitu Mukhriz dalam pemilihan UMNO dan Najib tidak bantu kroni-kroni Mahathir untuk menyambung kontrak-kontrak dan konsesi kerajaan yang diperoleh selama berpuluh tahun sebelum itu.

Dan kini Mahathir akan memecahbelahkan lagi orang-orang Melayu dengan penubuhan satu lagi parti Melayu.

Ini tidak akan berhenti sehinggalah anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri dan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya dipenuhi.

Dengan perpecahan demi perpecahan akibat penubuhan parti-parti Melayu oleh Mahathir ini, orang-orang Melayu akan menjadi semakin lemah dan bukan sebaliknya.

Dan yang paling untung dan bersorak dengan tindakan Mahathir ini adalah musuh-musuh Melayu dan DAP.

Jika masih ada lagi orang-orang Melayu yang masih tidak sedar dan masih mengikut Mahathir lagi, saya tidak tahu apa nak kata.

Kepada Tun Mahathir dan pengikut-pengikutnya ini, daripada mereka menjadi musuh dalam selimut untuk orang-orang Melayu, mungkin lebih baik mereka terus masuk DAP secara terang-terangan seperti segelintir Melayu DAP yang lain.

Dengan ini mereka tidak perlu bersorok atau berselindung lagi tentang perjuangan sebenar mereka.

Dan Mahathir kini amat layak untuk ditabalkan sebagai "Bapa Pemecahbelah Orang-orang Melayu".

ISHAM JALIL
7 Ogos 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/778417142913812/?d=n

52 comments:

Anonymous said...

WALAUN UNTA JER YANG TERGILA GILA
GILA KAN SANG FITNAH PUAKA PURBA
DEMI ANAK CUCU KRONI MASIH BAHAYA
WALAUN DOAKAN LAH 120 PANJANG USIA


KIKIKI... WALAUN KATA NNTI MESIA X SELAMAT PLAK

Anonymous said...

Atok Tua patut namakan parti barunya, 'Parti Deddykasi'.. maka akan berduyunlah rakyat mengisi borang utk join parti beliau itu... kikiki ♫ ♪

Anonymous said...

Jangan ditegah atau dilarang atok nak tubuh partj baru. Nanti ada yang kata kita takut dan gerun konon atok legend berprestasi tinggi. Lagipun hak dia nak tubuh parti baru dan tak salah dari segi undang2 pun.

Teresa Cock said...

Parti Anak Beranak. Malaysia ni kan milik Maddy. Dia nak anak cucu dia jadi Maharaja Malaysia.

cikminah said...

Party baru ini platform utk MP-MP bebas yg tak mahu join Robinhood and his 40 thieves. Juga golongan muda yg berprinsip yg sedang mencari platform utk berjuang.

Bagi kamu semua, pencaci yg berjuang nak jadi menteri, pengerusi GLC dan mengumpul kekayaan, party baharu Tun M ini memang bukan tempat kamu.
Joinlah PN.

Selagi ada semangat juang, selagi itu Allah akan memberi peluang. Cemohlah macam macam msna pun, cemohan kamu tak ke mana-mana. Takkan bunuh semangat juang orang.

Moga-moga Allah akan membetkati perjuangan yang jujur dan berprinsip. Aminnnn.....

Anonymous said...

Unta ada bonggol tu simpan stok. Kena buatlah parti baru nak tambah stok. Kah kah kah.

Unta moden. Nak cari sokongan undi cari melayu konon nak selamat melayu. Dah berkuasa hina melayu PEMALASSSSSS pungpang pungpang. Bagi stok mkn kat anakberanak kroni.

Anonymous said...

PARTI BERSAMUN.....
HAHHHHHHHHHHHHH

Anonymous said...

BETUL BETUL BETUL

Tengok pemimpin tu anak atok tersohor, stokin kasut hitam, lulusan luar negera markah perghhh....

Tapi ada kurenggggggg sikit. Mana pi anak muda batu geliga hilang dlm peti besi ekkkk.

Anonymous said...

Selamat pagi... ceria komen. Ni mesti teresa dah minum segelas sawit kannnn. Aku suka aku suka. Family aku sebotol buat goreng keropok lekor nyambut gembira mcm raya tengok tv krup krap hihihi.

Pdn muka titik perpuluhan dah jd titik peluh sekeluarga.

Anonymous said...

CALUN KETUA WANITA.

JAP LAGI ADA CALL U DI LANTIK KETUA WANITA TANPA BERTANDING.

KAH KAH KAH

Anonymous said...

Agak agaknya ada tak mak lampir. Org pkr perati je. Hihihi
Mak aiiiiiiiii

Anonymous said...

TUBUH PARTI BARU NAK SOKONGAN MELAYU NAK SELAMAT MELAYU TERINGAT ALLAH.

AGAK AGAKNYA ALLAH TERINGAT TAK PEMIMPIN PUTAR BELIT KAKI FITNAH?

Anonymous said...

Betul tu ingatkan Allah. Kena pulak umur dah lanjut. Byk bonus umur tu Allah bagi dibanding umur nabi saw. Dktkan diri ke Allah. Jgn asik cari habuan dunia. Peringatan utk kita semua.

Ingat ingatlah Allah di hari usia tua. Indon kata lansia: LANJUT USIA hihihi.

Anonymous said...

NAK SELAMATKAN MELAYU.....?
BANDAR MALAYSIA PI MANA KAT TGN SAPA?

Anonymous said...

Tuduh najib jual ehhhhhhhhhh boleh pulak jual sekali lagi. Ramai anak muda percaya, yg masuk uni, cerdik pandai. Masa tu la. Kat sana kalau dah bangun mesti ada byk kedai roti. Mcm mcm roti. Roti canai satu. Hmmmmmmmmm

Anonymous said...

NAK SELAMATKAN MELAYU?
ZMN DIA ASET NEGARA/UMMAT ISLAM JUAL MURAH/LELONG?

Part paling syok rakyat suruh guaneng bertanggungjawab. Wajib disiasat. Dia suruh tanya gombak sapa jual?. kihkihkih.. Bersoal balas dlm parlimen. PM sapa? Boleh ke jual semua tu tanpa persetujuan/pengetahuan PM? Masa tu mereka semua bekerjasama dlm kerajaan PH.

Kita penonton beb

cikminah said...

Kamu semua memang TAK SESUAI JOIN PARY BARU NI. Party ini untuk mereka yg bersemangat juang, tiada had umor. Bukan perjuangan short term untuk jadi MENTERI, PENGERUSI GLC atau kumpul duit, kayakan diri.

Kamu semua paling sesuai join geng ROBINHOOD & HIS 40 THIEVES.

Anonymous said...

Cik Minah orang pertama join party sang saka puaka purba...

parti tu tak ada kepentingan...

ye le tuuewww apak presiden anak timbalan presiden.. ko rase..!?

kikikiki... perjuangan suci ssgt ler tuewww..!!

cikminah said...

Kahkahkahkah..... reaksi korang jelas menggambarkan KETAKUTAN korang kat Tun Mahadir. Memang patut pun korang gerun. Tun tak pernah gagal.

Anonymous said...

Manusia tak Sedar diri......

Anonymous said...

cikminah meroyan kat sini bila gone end laki bini & sahabat karib akan didakwa kes rasuah telowong, amla dll.. kahkahkahkah

Anonymous said...

Tak pernah gagal? Dlm sejarah dunia pm menjatuhkan kerajaannya sendiri kah kah kah.
Tak pernah gagal hingga anaknya dijatuhkan dr mb setelah ayhnya menjatuhkan diri.
Memang diakui tak pernah gagal menjatuhkan org lain secara licik?
Memang tak pernah gagal membodohkan pengundinya dgn misi misi dan manifesto bkn kitab suci?

Anonymous said...

MEMANG KAMI SEMUA AKUI TAK SESUAI TAK LAYAK TAK SUDI JOIN PARTI MANIFESTO BKN KITAB SUCI.

KAH KAH KAH

SAPA MAU JOIN? NI BLOG HANTAM LU PUNYA PH. GILA LU. KAH KAH KAH

LU WAJIB MASUK BLOG 10% TITIK PERPULUHAN. BARU SESUAI LU PUNYA KEMPEN.

Anonymous said...

Gelak weeiiiiii....

Org pro blok ni dr dulu hingga kini setia pro umno.

Ada yg masuk blog ni dr parti umno pi pkr/bersatu pi lagi parti baru lantik diri sendiri anak beranak kroni.
Berapa kali mau lompat ini katak?

Sesuai dgn katanya mereka tubuh parti baru nak jd presiden kah kah kah. Sapa kata tu? Cik minah pasti tau?

Anonymous said...

Adakah ini semua bnr?

Zmn ph, najib dgn jaminan 2 juta?
Guan eng 1 juta je berbanding 6.3 BILION?

Akaun bank najib sekeluarga di beku?
Hingga dikatakan najib sukar mau membiayai rawatan kanser anaknya?
Akaun guan eng sekeluarga?

Rumah najib digeledah bln puasa?
Rumah guan eng?

Rumah bonda najib di geledah pecah siling?
Dikatakan bondanya tak mau dgr lagi nama pemimpin itu?
Rumah kitsiang isteri?

Harta najib sekeluarga dirampas? Ada yg dikata hilang?
Harta guang eng sekeluarga?

Hari hari berita heboh di astro malaysiakini?
Kes guan eng?

Maaf bertanya adakah KPN sama? Utk urusan penggeledahan dan penangkapan di bawah kuasa polis. Tapi utk jaminan di bawah kuasa mahkamah/hakim. Maaf jika salah.

tunfatimah said...

Aku dah kata , cikminah mesti dgn hujah org akan " gerun" bila atok tubuh parti baru.
Its more like geli hati tau.

Cikminah, masa tun dah berlalu pergi. He overstayed his welcome. Tun is obselete.

Tun tak pernah gagal? Dah kena singkir drp parti yg dia tubuhkan@ Bersatu, itu bukan gagal namanya?

Tak dpt jadi PM 8 bukan satu kegagalan juga?

Tak dpt tenggelamkan UMNO bukan kegagalan juga?

Aku ni berterima kasih kpd kerajaan BN kerana dpt belajar sampai kat US. Tapi , not to tun alone. He was NEVER the goverment. Faham x cikminah?

Anonymous said...

BAPAK WOOOIIIIIII 6.3 BILION

PERSOALAN RAKYAT: BERAPA CUKAI YG WAJIB DI BYR KE LHDN?

Anonymous said...

Madey umum parti baru, org dlm bersatu keluar bersatu sokong madey.

Laa dlm bersatu tinggal sape? Tu kan org yg sama, dah la ahli sikit? Satu satu keluar? Dah tu cam mana nak kerusi byk? Sape mau undi? Harap org umno pas?
Kah kah kah.....

Jika ahli dah ramai keluar sokong madey tak kan umno pas nak angkat parti takde/sikit ahli/kerusi jd PM. Syok betul? Ahli pro umno setuju ka? Dgr kata 80% lebih ahli umno tdk setuju bergabung dlm PN?
Apa punya keputusan tetap nak angkat muhyiddin jd PM? Mcm ada tak kena je?

Mana la tau bila menang isytihar keluar bersatu masuk parti madey? Sejarah berulang kembali? Yg undi org umno pas? Katak menimbulkan diri yg hidup dlm jiwa manusia?
Kah kah kah

Anonymous said...

MN kena kukuhkan kedudukan dan kuasa. Jika berbincang , perlu bertegas dengan segala macam katak di kolam.

cikminah said...

Cik tun fatimah, janganlah awak gusar.

Parti ni, bukan je belum didafatar, nama pun belum ada. Nak daftar bukan senang bagi Tun M yg dah tak relevent ni. Ross akan diarah tolak permohonannya. Kalau dia masih relevent, tentulah tak sesukar ini, ya tak cik tun fatimah.

Tengok je Tengku Razali dan Pak Lah yg masih relevent, takda siapa setiap masa kata mereka tak relevent. Memang payah jadi orang tak relevent macam Tun M ni. Orabg asik cakap dia tak relevent.

Lagipun baru seminit je ditubuh, dua MP je istihar keluar party dan sokong party baru Tun. Apa awak nak risaukan. Yang kata sanggup bekerja sama dgn party tak relevrnt ni pun, cuma Warisan dan Pkr je. Dan grassroot Bersatu. Apa nak heran, grassroot Bersatu bukannya ramai macam grassroot umno & Pas. Memang sah Tun dah tak relevent.

Betul cakap awak. Kalau Tun masih relevent, tentu orang takkan sentiasa sebut dia dah tak relevent. Tengok Tengku Razali dan Pak Lah yg relevent. Ada sesiapa sebut mereka tak relevent?
Begitulah bezanya antara orang relevent dgn tak relevent.
Hehehehe.

cikminah said...

Kahkahkah....Tun fatimah belajar di US rupanya!!!!
Hehehehe...Patotlah otak macam Trump. Pikir nak kumpul duit je.

Saya berterima kasih pada Tun kerana kalau saya membesar di zamab Najib, semua kolej perguruan ditutup. Bajet untuk sekolah dipotong. Ibubapa kena beli sendiri Kertas A4 utk anak-anak di sekolah. Biasiswa keluar negara, terhad.

Terima kasih Tun.
Di zaman Tun, grade 2 pun dapat pergi US, belajar. Sekarang ni 10A, pun payah.
Cakaplah apa kamu nak cakap cik tun fatimah, the silent majority semua behind Tun yang dah tak relevent lagi tu. Mereka inilah yang Tun beri peluang belajar tinggi di zaman dia jadi PM. Setiap tahun, beribu-ribu anak petani, nelayan dan buruh dihantar belajar samada di dalam atau luar negara. Mereka inilah sekarang membentuk middleclass Malay. Terima kasih Tun. Jasamu sentiasa dikenang.

cikminah said...

Biar orang muda yg sama balik ke pangkuan dpd katak-katak puru tua yg gemok gedempol. Buat kotor air dikolam je.

Setiap orang, belajar dpd kesilapan. Bila sedar dah buat silap, balik je pangkal jalan. Mereka yg nak kumoul kekayaan, hang on to Robinhood & his gang of 50 thieves. Tiada siapa halang kamu. Hak kamu, memilih. Saya cuma ucapkan"
Selamat maju jaya".

Party baru, perlukan pengikut baru. Ia platform utk orang-orang muda yg memburu impian. Orang tua yg tak relevent cuma bina asasnya. Orang-orang mudalah yg bakal membangunkan impian itu.

cikminah said...

Ya, bertegaslah supaya katak-kata itu melompat keluar dari kolam MN.
Hahahaha......😆

Apa yang tinggal...????

Pak-pak lebai Frerer Tuck dan Robinhood & his gang yg menunggu masa untuk berehat di Sg.Buluh.
Good luck!.

Anonymous said...

1. Kerajaan PH di bawah Dr. Mahathir sanggup berkorban habiskan berpuluh2 JUTA untuk selenggara kapal mewah Equanimity (katanya milik Rosmah).
2. Selepas Kerajaan selenggara dengan duit rakyat, akhirnya kapal mewah tersebut dijual dengan harga murah-murah kepada Genting group.

3. Naza dan Berjaya dapat tender supply kereta kerajaan bernilai lebih RM1.5 billion untuk 5 tahun di bawah PH.

4. Kemudian, viral gambar anak Vincent Tan of Berjaya, si Chryseis Tan, dan suaminya , Faliq Nasimuddin of Naza, bercuti di atas Equanimity. Sewa seminggu Equanimity adalah 1.1juta Euro paling murah. Support bisnes kawan2.

5. Genting dikatakan akan jual Equanimity dengan harga yang lebih tinggi. Diberitakan lebih dari USD74 juta dari yang dibeli dari Kerajaan PH. Genting untung atas angin. Maknanya Genting lagi bijak berniaga dari Kerajaan Dr. Mahathir.

6. Selama setahun lebih dibawah PH, rakyat diminta derma ke Tabung Harapan kononnya untuk bayar hutang 1MDB. Jumlah terakhir lebih dari RM250 Juta berjaya dikutip oleh Kementerian Lim Guan Eng

7. Lim Guan Eng ketika itu selalu cakap negara banyak hutang dan tidak ada duit.

8. PM minta rakyat ikat perut dan berjimat cermat. Jangan harap bantuan kerajaan.

9. Apa yang rakyat Malaysia dapat? E-wallet RM30 ringgek, lepas tu kena pulangkan semula jika tak habis pakai.

10. "Perjuangan belum selesai". Nampak tak Dr. Mahathir berjuang untuk serve siapa?

11. Terima Kasih Dr. Mahathir selama menjadi Perdana Menteri kami untuk 22 bulan. Jasamu akan dikenang (oleh kroni2)

Buat Parti Baru dengan harapan dapat sambutan hangat supaya penyokong Bersatu Mahyuddin beralih arah ke parti bersatu Tun.

Jalan yang sangat panjang, berliku perlu ditempuhi oleh Tun dalam usia 95 tahun untuk hijack Bersatu Mahyuddin dan Mufakat Nasional (UMNO/PAS).

cikminah said...

Hahaha.....donging yg tak habis dari facebuk Najib. Patutlah loyer dia Shafiee Abdullah pun dah hilang sabar. Meroyan siang malam nak sucikan dosa tapi tak sedar bukak pekong di dada. Shafiee cakap kat mahkamah 1MDB diurus oleh a group of stupid goons.
Ok....bye-bye goons. Teruskan royanan anda. Ada siapa kisah.....????

Anonymous said...

Katak mana yg keluar dr MN? Katak katak tu semua dah berkubang dlm bersatu dan geng madey. Yg belum lompat belum di panggil katak tapi musuh dlm selimut ngokkkkk. Ko juling kah kah kah. Dr 13 kerusi pru14 jd bertambah dek lompat kodokkkkk kah kah kah. Lagi lawak warisan parti madey suruh kembali mandat rakyat. Mandat rakyat sabah umno menang. Katak tu dah dlm geng lu?

Aku takut atok lo berehat selama lamanya. Mcm lo cakap ingat Allah. Nuor duk dlm sg buluh luas tau, boleh tengok langit boleh keluar selalu. Dlm 6ka kebawah hmmmmmmmm....

Anonymous said...

Minah bebal. Mengaku muda tapi otak pikiaq cam tuo. Anon tu kata MN kena tegas kerana MN + PN. Tu maksudnya. Dlm MN semua dah tau. Dlm PN hanya tambah bersatu. Dlm bersatu tu penuh kodok. Geng lu and madey la dulu. Tak mengaku pulak kodok lu KAH KAH KAH

Anonymous said...

Org muda? Tak paham lagi minah biol ni. Org parti bersatu yg KELUAR, SEBIJIK SAMA masuk dlm parti baru madey. Org tu je tarak yg lain. Lagi gempak buat video ambik gambar beratur jarang jarang (sop covid) nampak byk sikit keh keh keh. Kira berapa tu? Hahhhhh

Katak la tu. Apa yg tambah. Apa yg bertaubat. Org muda apakebende. Bersepah tuo tuo. Madey pun tuo kah kah kah. Platform apakebende? Lantik anak jd presiden?

Tak sabor nak tunggu marina di lantik ketua wanita? Ko jgn berebut pulak? Ko berebut mesti ko kena tendang. Kah kah kah.

Org tua tak releven. Betul tu. Keluar masuk tubuh parti baru hanya nak jd presiden. Kah kah kah.

Anonymous said...

Dongeng? Melalak tuduh kapal tu kat indon ada kaitan dgn 1mdb. Sebelum kat indon dgn jolo dah memekak tuduh. Mintak indon tahan kapal?

Dongeng? Mintak jokowi kerajaan indon kembalikan kerana ada kaitan 1mdb.

Dongeng? Dah bawak masuk berduyun duyun la ahli politik ph menziarah kapal layar. Buto mata lu tarak masuk dlm media? Rumah lu tarak astro. Penyokong kuat ph. Hari hari malaysia memilih.

Dongeng? Kapal layar ni dijdkan bhn fitnah termasuk kes altantuya kevin morais. Engkau salah sorang yg main isu ni. WOOIII MINAH bukak balik artikel lama di blog ni apa lo cakap bahlol.

Dongeng? Bila bawak balik gempak gempita cai ph. Konon bahan bukti.

Dongeng? Diservis. Keluar tender beli rahsia? Tommy idup lagi ke nak cakap dongeng?

Dongeng? Kata bhn bukti. Kenapa tak jd bhn bukti dlm mahkamah?

Engkau duduk dlm jamban mana.

Anonymous said...

BERSATU BERSATU... jd katak lagi.
Org kata jd katak sbb takde jawatan dah dlm bersatu. Lompat cpt cpt supaya ada jawatan. money money.

Yg bertahan dlm bersatu pulak mintak kerusi yg menang di pertahankan. Ramai terkekeh kekeh. Menang kerusi umno, ahli umno undi bkn bersatu. Dah menang lompat masuk bersatu. Ni nak kerusi sama harap org umno undi. Kah kah kah.

Anonymous said...

Syok ni.... umno jgn jd ngok lurus bendul tak bertmpt?

Geng madey bertanding tmpt pilihannya.
Bersatu midin tmpt pilihannya termasuk nak tmpt menang atas tiket umno? Org dah keluar tinggal kepala harap pengundi umno pas. Waduh waduh... MN yakin ke org bersatu tak jd katak balik masuk geng madey jika menang dlm pru15? Mereka telah membuktikan kesetiaan kpd madey?

Tengok gelagat mb perak. Terlepas cakap. Bila dah sdr cpt cpt ubah cakap. Hahaha.

Guruh tak tau dr mana tetiba muncul suara nuor nak berpakat pulak ngan madey? Dgr mcm dah berpakat? Balik asal weeiii tapi madey kata tak tau? Hihihi...jika bnr bengang madey rahsia bocoq.

Mengapa terlepas cakap? Rakus nak berkuasa?

Sebelum ni dap pan setuju cadangan madey calunkan shafie jd pm? Bkn nuor?

Waduhhhhh waduhhhh plan asal ph bergerak utk pru15?

Dihitung hitung kembali asal GENG PAKATAN HARAPAN?

Anonymous said...

Sekarang berpura pura bermusuh?
Belakang buat plan?

Anonymous said...

Mengapa ph tak berkutik? Kerana tindakan mereka kembali mencoreng muka sendiri.
Semasa ph jd pembangkang ph tuduh mcm mcm ke umno. Bila ph berkuasa 22bln, ph sendiri yg buat padahal dulu tuduh org lain. Rakyat melihat. Anak anak muda tdk akan terpedaya kecuali cai. Lihat twitter majoriti anak anak muda yg dah sdr dibohongi. Mereka bangkit melawan.

Anonymous said...

Jangan lah dimarah cikminah. Dia dah capai tahap imbecile. Level paling tinggi bodohnya. Takziah ucapan paling cool utk cikminah. Kahkahkah.

Anonymous said...

Jangan termakan perangkap musuh. Kita buat hal kita. Jgn kongsi2..musuh dalam selimut bukan kita tau.

Anonymous said...

PRU15 DAH HAMPIR.

MADEY NAK TUBUH PARTI BARU UTK KODOK LOMPAT?
NAK BAGI ANAK JD BAKAL PM?
PIE BEDAL PI MANA? KATA CALUN PM? PIE BEDAL TAK PASTI MENANG DI SABAH, HANYA NAK SEDAP DGR DITELINGA JE SEBELUM TUBUH PARTI BARU?

SATU PIHAK DI MN? SATU LAGI DI PARTI BARU/CALUN BEBAS? LEPAS PRU BERGABUNG?

Anonymous said...

Mengapa aku was was dgn bersatu?
Mahathir hanya sebut ulang nama midin. Yg lain ok je. Kalau nak marah nak kata khianat kena marah semua kerana terlibat join pn. Ngapa midin sorang? Jika tak setuju dgn langkah sheraton takut atok marah undurlah diri. Sebelum join dan diumum nama menteri kabinet, relax dan santai depa semua (kecuali midin) berjumpa mahathir?

Cer dgr dan paham maksud kata mahathir? "Memang parti baru nanti tak ramai org tapi boleh menjadi kuasa penentu yg menang/berkuasa selepas pru", kalau tak silap mcm tulah katanya? Ada sesiapa boleh sahkan? Maksudnya apa? Jd penentu? Hahaha..

Bagi aku betullah tu. Memang bnr jika plan berjaya? Memang boleh jd penentu sbb ada orgnya/kerusi di pihak lain walau sikit tapi jika dikumpul boleh mengubah kedudukan majoriti kerusi sesebuah parti/muafakat? Di sinilah titik tolak/tarik menarik akan berlaku?

Lihat bersatu walau sikit tapi PM dlm PH kemudian PM dlm PN.

Berhati hati UMNO PAS. Tdk mustahil ia akan berulang.

Anonymous said...

Betul ke madey kata: "saya sedia timbang jd pm sekali lagi".
ASTAGHFIRULLAHHHH..

Kerusi mana? Dr bersatu? Pkr? Dap? Pan?
PH 2.0

Anonymous said...

Ins. Pendidikan Perguruan IPG ditutup?
Menjawab tuduhan dilempar ke BN dan diulang fitnah ci minah?

Kecoh heboh negara apabila terdgr PH mau IPG ditutup? Rakyat mau jawapan? Dlm parlimen mau jawapan? Pihak ph dgn mudah menuduh ia ikut polisi bn? Dah kantoi tuduh bn?

Dlm parlimen dibalas bn? Diluar parlimen pun sama. Bn tdk menutup IPG tetapi menukar fungsi bkn tutup.

Polisi BN tak tutup IPG tapi tukar fungsi. Keputusan dibuat hanya 11 IPG akan bertukar fungsi kpd kolej vokasional, politeknik dan permata. IPG tdk pernah ditutup. Tegas menteri pendidiksn zmn bn. Pertukaran fungsi selaras perkembangan dan keperluuan TVET. Manakala yg tdk terlibat pertukaran fungsi akan terus kekal latihan program ijazah sarjana muda pendidiksn (PISMP)

Apabila dah bocor info, Maszlee berkata cadangan tutup 21 drpd 27 IPG di seluruh negara pd thn dpn 2020 (kecoh 2019) mengikut polisi kerajaan lalu bn.
Wowww byknya, 21. Dipersoalkan rakyat ke mana nak pi pekerja itu semua?

Bantahan keras dan penafian BN memalukan maszlee teo ph. Jika ditutup ia melibatkan majoriti melayu? Kedua semakin kurang yg akan dpt melanjutkan pendidikan guru. Yg ini betul kata minah, semakin kurang guru. Dah la rakyat masih marah ke ph memberhentikan ramai penjawat awam ketika itu. Ini salah satu perkara yg dipandang serong ke maszlee termasuk yg lain spt pertukaran kasut hitam stokin kolam renang dana ke sek cina dll.

Minak boleh cari info ini dlm alam maya. Bersepah info. Kata org muda tapi nyanyuk cam org tua. Jgn selalu dilabel cai ph tak boleh dipisah dgn fitnah? Sesedap mulut minah mengatakan semua IPG akan ditutp?

Kita akan jawab tuduhan minah. Terhad biasiswa? Zmn siapa? Cari info brain? Biasiswa zmn ph? Berdekah dekah aku ketawa teringat ada pemimpin politik bergambar dgn sejumlah kecillllll pelajar nak pi luar negara. Tu pun bkn biasiswa tapi berbentuk pinjaman.

Anonymous said...

Mengapa maszlee letak jawatan/dipecat/dinasihat letak jawatan?

Terpalit isu isu di atas?
Isu UEC?
Konflik dalaman?
Atau apa?

Platform org muda?
Maszlee org muda?
HAHAHAHA

Anonymous said...

Atok nak pejuWANG apa lagi?
Kroni dah kaya raya.
Anak-anak pulak bertaraf billionaire, sepuluh keturunan makan tak habis! 💲💰💵😋

Anonymous said...

Please see this YIP KUM FOOK cheated amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Devotees to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar

Information and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:

https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/

SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget