KL CHRONICLE: Isham Jalil : Surat Terbuka kepada Tun Dr. Mahathir

Sunday, September 8, 2019

Isham Jalil : Surat Terbuka kepada Tun Dr. Mahathir


Daripada: ISHAM JALIL, rakyat biasa.

Assalamualaikum Tun,

Selepas solat Jumaat tadi saya baru terbaca penulisan Tun yang disiarkan tadi berkenaan orang-orang Melayu.



Dahulu Tun kerap berkata Melayu pemalas. 

Sekarang Tun kata Melayu masih enggan bekerja.

Tun juga masih bernostalgia dan terkenang zaman dahulu kala di zaman British. 

Tun kata, "British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina."

Tun tentunya tahu British buat begini sebab dasar pecah dan perintah, bukan sebab orang Melayu malas bekerja.

Tun juga kata, "Tidak ada orang Melayu yang bekerja sebagai buruh kasar, dan orang Melayu rela serah segala kerja kepada orang asing."

Tun kata, "Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja."

Dan, "Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini."

Kepada Tun, saya tidak pernah hidup semasa zaman British atau zaman Jepun seperti Tun. 

Dan saya juga bukannya seorang billionaire seperti anak-anak Tun, yang mendapat manfaat dari banyak kontrak kerajaan.

Semasa saya muda, saya pernah buat kerja buruh kasar, kerja kilang, jadi waiter, jaga kaunter, buat air dan sebagainya.

Selepas saya tamat pengajian dari universiti pada tahun 1999, keadaan ekonomi amat teruk semasa pentadbiran Tun sebagai PM-4, beratus-ratus ribu orang hilang kerja dan graduan-graduan baru seperti saya sukar untuk mendapat kerja walaupun saya kembali ke tanahair dengan ijazah kelas pertama dari salah sebuah universiti terkemuka di dunia.

Saya telah buat macam-macam kerja yang tidak memerlukan ijazah untuk mencari sesuap nasi termasuk sebagai buruh kasar.

Apabila saya ingin berkahwin dan memulakan keluarga pada awal tahun 2000, keadaan kewangan amatlah sukar kerana ekonomi negara yang telah ranap semasa pentadbiran Tun, saya terpaksa membuat dua kerja selama lebih dua tahun untuk mengumpul wang untuk berkahwin. 

Pada ketika itu, pada siang hari saya berkerja di pejabat dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dan selepas itu terus ke kerja kedua pada malam hari dari pukul 6 petang sehingga pukul 10 malam. 

Setiap hari saya berkerja sekurang-kurangnya 14 jam, tidak termasuk masa perjalanan dan menempuh kesesakan jalanraya.

Kini keadaan ekonomi menjadi semakin teruk dan menuju ke arah krisis seperti tahun 1997-1999 dahulu.

Ramai orang hilang kerja dan graduan-graduan terutama graduan Melayu sukar untuk mendapat kerja.

Saya amat faham masalah yang dihadapi oleh orang-orang muda sekarang sebab saya pernah mengharunginya dahulu.

Saya rasa Tun dan keluarga Tun yang kaya raya tidak faham masalah rakyat biasa, dan saya pasti Tun atau anak-anak Tun tidak pernah bekerja seperti saya bekerja dan tidak pernah menjadi buruh kasar.

Sebab itu apabila orang tidak bekerja atau miskin, Tun cepat sahaja panggil mereka pemalas seolah-olah itu pilihan mereka dan seolah-olah mereka yang bersalah ke atas keadaan mereka ini walaupun hal sebenar adalah jauh berbeza.

Orang Melayu bukannya pemalas. 

Dan mereka bukan tidak mahu bekerja. 

Jika mereka tidak bekerja, mereka tidak makan. Kebanyakan mereka bukan ada simpanan berbillion ringgit di dalam bank seperti keluarga Tun.

........

Ramai graduan Melayu sekarang yang mempunyai ijazah cemerlang tetapi bekerja sebagai pembantu jualan di kompleks membeli belah, bawa Grabfood dan Food Panda, jual burger dan sebagainya.

Kini Tun mahu mereka jadi buruh kasar dan bawa Gojek pula.

Tun tentunya tahu bahawa beberapa kajian membuktikan bahawa antara sebab graduan Melayu tidak dapat kerja bukan sebab mereka pemalas atau tidak mahu bekerja seperti yang Tun kata, tetapi sebab mereka didiskriminasikan di pasaran kerja.

Menurut kajian, hanya 4% daripada graduan Melayu dipanggil untuk temuduga berbanding 28% graduan Cina dengan kelulusan yang sama. 

Saya pasti graduan Melayu yang diberikan tawaran kerja selepas ditemuduga adalah lebih rendah dari 4% tersebut.

Pada saya, kerajaan perlu membuat dasar supaya ekonomi berkembang dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, menggunakan teknologi dan akal fikiran untuk rakyat dan graduan-graduan.

Bukan menyuruh rakyat undur ke belakang dan menjadi buruh kasar dan memanggil mereka pemalas apabila peluang pekerjaan tiada akibat kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi.

....... 

Tun juga tentunya tahu berkenaan monopoli dan kartel perniagaan kaum lain yang mendiskriminasi ke atas perniagaan orang-orang Melayu. 

Tun telah menulis berkenaan ini dengan panjang lebar dalam buku "Malay Dilemma" dahulu.

Jika Tun baca buku "Chinese Dilemma" pula, Tun juga tentunya nampak bahawa masalah perkauman dalam perniagaan adalah nyata berlaku di pasaran, dan hal ini mendatangkan masalah kepada peniaga-peniaga Melayu untuk menembusi rantaian bekalan yang dimonopoli kaum lain.

Akibatnya banyak perniagaan Melayu telah gagal kerana diskriminasi bekalan dan harga yang dikenakan ke atas mereka.

Sebab itu dahulu saya pernah kata salah satu sebab utama orang-orang Melayu masih miskin dan tidak bekerja adalah bukan kerana mereka malas dan tidak mahu kerja, tetapi kerana mereka terus didiskriminasi di negara sendiri.

........

Dasar-dasar Tun hanya mengayakan kroni-kroni namun tidak mempedulikan orang-orang miskin. 

Dahulu Tun pernah berkata, jika Tun mengayakan beberapa orang, orang itu akan mengayakan lebih ramai orang di bawahnya. 

Dasar "trickle down economics" Tun ini ternyata tidak berjaya dan tidak benar, kerana beberapa orang kaya kroni-kroni ini telah terus menjadi lebih kaya raya namun kekayaan ini tidak sampai ke bawah.

Di tengah-tengah zaman pemerintahan Tun semasa tahun 1990an, jurang antara yang kaya dan yang miskin telah melebar, perkongsian kekayaan negara kepada golongan 20% teratas (T20) telah meningkat dari 50% ke 52%.

Namun jumlah perkongsian pendapatan negara untuk golongan 40% terbawah (B40) telah menurun dari 15% ke 13%.

Tun sepatutnya mengaku bahawa dasar-dasar Tun selama ini iaitu 23 tahun sebagai Perdana Menteri telah tidak berjaya untuk menghapuskan diskriminasi ke atas orang-orang Melayu ini.

Namun walaupun Tun tentunya tahu berkenaan fakta ini, namun saya pasti Tun tidak akan mengaku bahawa ianya adalah salah Tun, tetapi seperti biasa Tun akan salahkan orang lain.

Dan sebab itu Tun tidak akan berhenti daripada menyalahkan orang Melayu dengan berkata mereka pemalas, tidak mahu bekerja dan tidak sedar diri seperti biasa.

Selagi Tun bersikap begini, selagi itulah kita tidak akan dapat keluar dari kepompong pemikiran begini dan kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah orang-orang Melayu ini.

Yang lebih teruk lagi ialah masalah diskriminasi, prejudis dan bias ke atas orang-orang Melayu oleh kaum lain akan menjadi lebih teruk sebab seorang pemimpin Melayu seperti Tun telah mengaku bahawa orang-orang Melayu ini memang pemalas, walaupun ianya tidak benar dan malah sebaliknya.

........

Saya tahu pemikiran lama sukar dibuang. 

Namun, jika Tun tidak boleh membuang pemikiran lama ini, sekurang-kurangnya dengarlah masalah rakyat semasa.

Rakyat sedang susah. Masa telah berubah. Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu.

Orang Melayu bukannya tidak sedar seperti kata Tun. 

Malah mereka sebenarnya sudah terlebih sedar dan sudah pandai menilai dan tidak lagi mudah ditipu, bukan seperti dahulu. 

Sebab itu mereka kini tidak lagi percaya kepada tanggapan lama Tun tersebut.

Kita perlu berubah mengikut peredaran zaman. 

Dan mengubah pemikiran sejajar dengan persekitaran semasa.

Jika tidak, kita akan terus ketinggalan. 

Salam,
ISHAM JALIL
Marhaen
6 September 2019

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/527700637985465?sfns=mo

18 comments:

Anonymous said...

Bila Daim penasihat kerajaan gagal memulihkan ekonomi rayat yang jadi mangsa DIBODOHKAN mereka!
Bila Kutty gagal menyediakan peluang2 pekerjaan rakyat sekali lagi jadi mangsa dituduh MALAS bekerja!

Senang betul jadi penasihat, menteri2 pakatan hancing? Akhir bulan kira gaji elaun itu ini berjumlah ratusan ribu ringgit.

Kesian graduan2, sudahlah berhutang berpuluh2 ribu untuk kos pengajian, keluar2 U tiada kerja, khabarnya yang bekerja pula nak dilanjuatkan sehingga 65 tahun, sehingga kojol!

Anonymous said...


Ok Mahathir kata Melayu pemalas.... Bagaimana mana pula dengan India...penduduk India semasa di perintah oleh British adalah sepuluh kali lebih banyak dari penduduk British... Mengapa penduduk India tidak mampu melawan British yang penduduk hanya 10% sahaja dari penduduk India. Ini bermakna penduduk India lebih bodoh dari Melayu, kerana orang Melayu zaman pemerintahan British sekitar 6 juta sahaja berbanding dengan penduduk British seramai 40 juta, jadi orang Melayu tidaklah malu sangat dijajah kerana orang British berkali2 ganda lebih daribanyak dari orang Melayu..... Tetapi India yang penduduknya lebih ramai dari British pun kena jajah...malu malu malu..

Saya akan ceritakan bagaimana Jepun yang penduduknya cuma 10% dari cina boleh manjajah negara cina dan membunuh ramai orang cina di seluruh dunia di masa lain.

Anonymous said...

Ckp byk Tun, family dia pernah susah ke. Rakyat msa umir 30 thn berhempas pulas kerja setiap haro demi mencaro sesuap nasi tp Murkriz toloooong kwn dia dptkn 1000 hektar tanah yg dh tentunya turut berkepentingan dlm hal tersebut. Tu msa Mukriz umur 30 thn .. !!!. Blm lg 21.6 billion kontrak kpd OPCOM SDN BHD direct nego utk projek 5G. Apa benda yg melayu MALAS..????. Org lain xpandai bisnes??. Untunglh ada bpk tlg anak lg2 si boboi yg hnya tahu merengek nk projek..!!!!. BOLEH JALAN LH ..!!!

Anonymous said...

GAGAL MENYEDIAKAN PELUANG2 PEKERJAAN, ORANG MELAYU PULA DIKATAKAN MALAS! TAK GUNA PUNYA KUTTY!

tunfatimah said...

Hujung tahun , tarif air akan naik. Menteri Xavier kata ini TIDAK akan membebankan rakyat ! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Dey! masa jadi pembangkang, pHampeh mengaku serba serbi pandai..skg masih pandai. Pandai menyusahkan rakyat!!! 😠😠😠

tunfatimah said...

Apa cerita sekolah tamil di Sungaj Siput lukis mural gambar pemimpin2 dari negara India????
πŸ€”

Sini , negara India ka? Kesian tun, lukisan wajah dia pun takda. πŸ˜‚

ted manoff said...

Poorahhhhh..baru sekarang jadi marhaen..time ada kuasa sombong nk mamposs..rasuah sana sini,projek semua masuk poket..tapi sekarang mcm cacing kepanasan..kikiki..☣πŸ¦πŸ―πŸ…πŸƒπŸ‚πŸ½

ted manoff said...

Tunpatimah tlg jgn klon2 pula..😎😎

Anonymous said...

Rasuah ke? Tapi wkonomi masih okay masa tu. Sekang ni auci? Mimpi la...antara sssama ahli parti pon kena bela membela..bela as bela antu

Anonymous said...

Woi pundek.. Org bodoh mcm kau ni elok gi mampus je lah..

Anonymous said...

Najib jawab isu gaji dan pencen penjawat awam
SEMALAM PM ke-7 kata gaji dan pencen penjawat awam adalah bebanan besar kepada negara.

Lalu dia salahkan saya menaikkan gaji penjawat awam dengan signifikan sehingga menyebabkan ‘beban’ ini.

Saya nak beri beberapa fakta yang tidak boleh disangkal oleh PH tentang isu ini.

Tidak boleh dinafikan bahawa gaji penjawat awam masa PM ke-4 adalah jauh lebih rendah berbanding sektor swasta.

Masa PM ke-4 itu juga, jurang pendapatan antara yang kaya dengan miskin serta antara bandar dengan luar bandar adalah jauh lebih besar berbanding hari ini.

Seperti apa yang Daim Zainuddin kata bulan lepas apabila dia pertikaikan laporan PBB tentang kadar kemiskinan negara, rakyat sekarang lebih selesa berbanding dahulu.

“Dahulu, kita naik basikal, sekarang penuh dengan kereta,” katanya.

Mereka yang pernah melalui era 80-an dan 90-an tentu boleh membuat pembandingan – terutama untuk keadaan di kampung dan untuk mereka yang menjawat di kerajaan masa itu.

Oleh itu, kerajan BN masa saya PM naikkan gaji dan pencen penjawat awam.

Kalau masih tak setara dengan sektor swasta pun, janganlah jauh berbeza sangat.

PM ke-7 kata nak Malaysia menjadi negara maju tapi negara maju yang manakah gaji penjawat awam mereka begitu rendah?

Saya ingin memberitahu PH bahawa pada tempoh saya menjadi PM, defisit kerajaan (iaitu beza antara perbelanjaan dengan pendapatan) turun setiap tahun untuk lapan tahun berturut-turut.

Tetapi defisit meningkat semula dengan ketara di bawah PH.

Nisbah hutang negara kepada KDNK juga menurun sehingga menjadi 48.7 peratus pada akhir suku pertama tahun 2018 – iaitu sebelum PRU14.

Namun, nisbah ini melonjak naik setiap suku tahun selepas PRU14 dan dijangka cecah 53 peratus pada akhir tahun.

Jika beban sangat, kenapa pula kerajaan BN dahulu dapat mengurangkan defisit kerajaan dan nisbah hutang setiap tahun sambil meningkatkan bantuan kepada rakyat setiap tahun tetapi hutang naik semula dan bantuan turun di bawah PH?

Kenapa pula BN mampu menambah begitu banyak aset negara yang menguntungkan supaya PH boleh jual secara lambak?

Semalam, PM ke-7 kata bayaran pencen sudah meningkat menjadi RM28 bilion setahun dan ini menjadi beban besar buat kerajaan.

Tapi saya tengok kerajaan PH sanggup memberi tempoh tiga bulan bebas cukai tahun lepas di mana puluhan bilion hasil cukai kerajaan telah hilang.

Yang mendapat manfaat terbesar masa itu adalah orang kaya.

Mereka yang membeli Ferrari bernilai RM1 juta boleh jimat RM60,000 cukai GST.

Syarikat yang membeli pejabat komersial bernilai RM5 juta dapat berjimat RM300,000 untuk GST.

Anonymous said...

Kerajaan PH juga sanggup menggantikan cukai GST dengan SST dan menghilangkan hasil lebih dari RM22 bilion setiap tahun.

Sanggup memberi cukai bebas cukai di mana orang kaya yang mendapat manfaat terbesar.

Tetapi kini PH mengadu pula bahawa bayaran pencen meningkat sedikit menjadi RM28 bilion.

Tahun pertama GST dilaksanakan, hasil kerajaan adalah RM27 bilion.

Tahun kedua meningkat menjadi RM32.7 bilion.

Tahun 2017 pula naik ke RM44 bilion dan dijangka naik lagi pada tahun 2018 sebelum dimansuhkan.

Perlu ingat bahawa kadar GST tetap pada 6 peratus dan tidak pernah dinaikkan.

Senarai barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST juga tidak bertambah.

Tetapi kenapa hasil GST naik setiap tahun pula?

Kerana saiz ekonomi berkembang setiap tahun. Dengan itu, kutipan GST turut meningkat.

Tetapi sistem ini telah dimansuhkan oleh kerajaan PH.

Hasil cukai daripada ekonomi gelap yang sepatutnya mengalir ke kerajaan dan seterusnya diagihkan kepada penjawat awam dan rakyat pula terlepas.

Yang untung adalah peniaga serta eknomi gelap yang tidak bayar cukai.

Kini PH sudah menjadi kerajaan.

Kalau tak cukup wang, carilah wang.

Tetapi apa yang mereka buat?

Mereka mansuhkan GST dan membenarkan ekonomi gelap bermaharajalela.

Mereka menjualkan aset-aset negara yang memberi keuntungan dan pendapatan setiap tahun.

Sekarang PH ada hati pula nak mengadu serta menyalahkan pihak lain bahawa gaji dan pencen penjawat awam membebankan sehingga mereka perlu mengorbankan penjawat awam dengan Rakyat. – 8 September 2019.

DATUK SERI NAJIB RAZAK
Bekas Perdana Menteri keenam

Rayme Razali said...

Mangkuk ni tak pernah kenal isham kut, isham bkn jenis mcm tu lah cai aku rasa antara pegawai najib dia yg paling ok yg lain jahanam

Anonymous said...

Tahniah! Anda baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi Top Top Mahacai of the month

Rayme Razali said...

Isham Jalil ni pegawai khas bekas pm yang bersih, takde kes rasuah, tak mkn rasuah, mesra pada rakyat tak kira darjat dan pangkat tu yg bagus isham ni sbb tu dia berani bersuara tak mcm orang lain

tunfatimah said...

Mana kau tahu? Kau masih mentah dlm politik elok dok diam saja.orglain takde suaralah maksud kau?

Anonymous said...

Wikipedia


Nanjing Massacre



"Rape of Nanking" redirects here. For Iris Chang's book, see The Rape of Nanking (book).
"Nankin Jiken" redirects here. For the 1927 Nankin Jiken, see Nanking incident of 1927.
The Nanjing Massacre or Rape of Nanjing, previously written as the Nanking Massacre or Rape of Nanking, was an episode of mass murder and mass rape committed by Imperial Japanese troops against the residents of Nanjing (Nanking), then the capital of China, during the Second Sino-Japanese War.

Nanjing Massacre
Part of the Second Sino-Japanese War
Nanking bodies 1937.jpg
The corpses of massacre victims on the shore of the Qinhuai River with a Japanese soldier standing nearby
Date December 13, 1937 – January 1938
Location
Nanjing, China
Result
50,000–300,000 dead (primary sources)[1][2]
40,000–300,000 dead (scholarly consensus)[3]
300,000 dead (Chinese government, scholarly consensus in China



ted manoff said...

UNDI PORNHUB DAPAT πŸ’©

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget