KL CHRONICLE: Rampasan di Pavilion tidak ada kena mengena dengan #1MDB

Sunday, May 20, 2018

Rampasan di Pavilion tidak ada kena mengena dengan #1MDB


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa rampasan yang dilakukan baru-baru ini di dua unit kediaman keluarganya di Jalan Raja Chulan di sini awal Jumaat adalah barangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




Peguam beliau,Datuk Harpal Singh Grewal berkata Najib menyatakan kecewa dengan tindakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyerbu kondominium yang didiami anaknya,Mohd Norashman atau Ashman dan Nooryana Najwa atau Gina,dengan mendakwa serbuan itu tidak mengikut prosedur operasi standard.

Harpal mendakwa serbuan di kondominium Gina dilakukan semasa ketiadaan anak perempuannya itu,sebaliknya hanya pembantu rumah yang ada.

“Ini merupakan kejutan besar kepada keluarga apabila barangan yang disita dari bilik nombor satu adalah pakaian dan kasut yang dimilikinya secara peribadi dan telah dibeli atau dihadiahkan kepadanya sejak bertahun-tahun.

“Lebih mengecewakan,hadiah perkahwinan pasangan ini dirampas dan dikeluarkan oleh pihak yang membuat serbuan tanpa sebarang usaha untuk mengenal pasti ciri-ciri barangan yang disita.Selain itu,polis turut merampas beberapa pasang kasut bayi dan pakaian yang dibeli untuk anak kecil pasangan ini,” kata Harpal pada sidang media di hadapan kediaman Najib di Langgak Duta,di sini,hari ini.

Beliau berkata di kondominium Ashman,barangan peribadinya seperti telefon bimbit lama,lpad dan komputer riba telah disita.

“Kesemua barangan ini adalah peralatan kerja Ashman yang merupakan seorang pekerja bergaji.Di samping itu,barangan kepunyaan pembantunya seperti jam tangan dan komputer riba juga dirampas.

Menurut Harpal,Gina bekerja dengan sebuah syarikat dana ekuiti swasta antarabangsa yang kukuh dan merupakan seorang wanita yang berjaya dengan caranya sendiri manakala suaminya juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan caranya sendiri serta berasal daripada keluarga yang berada.

“Rampasan ini boleh digambarkan dengan cara anggota polis mengambil sendiri makanan dan coklat di dalam peti sejuk selain mendesak agar makanan disediakan untuk mereka,” katanya.

Di samping itu,Harpal berkata publisiti meluas berhubung rampasan yang pada dasarnya barangan peribadi milik anak-anak Najib mengakibatkan penghinaan dan amat memalukan keluarga beliau.

“Kedua-dua penghuni kondominium tersebut merayu kepada JSJK supaya segera mengembalikan semua barangan peribadi dan mengelakkan daripada terus memalukan dan memberi tekanan kepada keluarga ini. Tidak ada kaitan dan tidak ada bukti prima facie untuk rampasan ini dilakukan,” kata Harpal.

4 comments:

Anonymous said...

Janji janji ke laut.. konon kurang kos membebankan rakyat.. bertambah beban lagi ada.. semakin mahal brg.. kuih keciknya.. perubahan drastik sebelum pru selepas pru.. tetiba harga berubah saiz pun berubah.. jumlahpun berubah.. la ni byk kuih 4 rm2.. dulu 5.. kecik..

Haiyaaa... dulu 24 jam salah kerajaan.. tokey tak sebut kerajaan lagi ke? Buat propaganda mudah.. si pengundi byk bangang.. melopong semua nak free.. semua nak murah.. astro awani mana.. kata berita telus dipercaya.. bayar mahal ke berita telus hihihihi

Tokey dah ubah ayat.. mana ada murah semua dah naik dah mahal looooo... kencing

Lagi syok cakap.. haiyaaaa itu cakap cakap politik saja looooo... sekalang semua sudah mahal..

Syoknya tokey tokey boleh claim gst.. semua berapa bilion tu? Takpe najib tinggalkan bilion bilion utk tokey tokey..

Anonymous said...

MAMAK MATDEY HATI KOHOK....HATI IBLIS...NAUZUBILLAH...

MAMAK MATDEY#NOT MY PM....

Anonymous said...

Sah melayu pandir menang sorak kampung tergadai.

Anonymous said...

Fellow dumb farks. Berapa gaji PM? How does he own so much luxury goods? Donation lagi Ke? Ni Bukan macam bagi orang buta RM5 tau... this is too much.. siapa iblis sebenar... gunalah otak sekejap.. after that go back to your BN dreamland

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget