Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 18 bulan ke atas Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli kerana memiliki dokumen kerajaan yang telah diklassifikasikan sebagai rahsia (Official Secret Act) di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan yang dikemukakan Rafizi terhadap sabitan dan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 November lalu.
Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pandan itu daripada pertuduhan memiliki laporan audit berkenaan yang juga dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan sebelum ini.
Mahkamah turut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman pemenjaraan itu bagi memberi peluang Rafizi melalui peguamnya Gobind Singh Deo merayu di Mahkamah Rayuan.
Pada 14 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Rafizi yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Hukuman tersebut diperintah berjalan serentak, sebelum Rafizi memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.
Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi didakwa memiliki satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.
Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Rafizi, turut didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.
Somoga tetap kena jil 18 bulan kat kaki fitnah ni.
ReplyDeleteBagi pengajaran agar tak fitnah org lgi
ReplyDelete18 bulan, tak lama, patutnya 18 tahun
ReplyDelete